Wednesday, March 9, 2016

Diet. Semoga Istiqamah. Cia cia cia.

Assalamualaikum..

Semalam teringin gila nak makan Spaghetti Carbonara sampai termimpi-mimpi. Dugaan nak diet macam ni la. This time, I really fat like real fat OMG. Lembu pon tak gemok macam ni woh! Orang lain cakap biasa je, takde beza etc tapi bila I masuk fitting room, maka air mata pon jatuh berujuran. Hahaha. Segala babat tebal giler ok? I taknak bagitau berapa tapi 1kg lagi, dah sama macam max weight yang I pernah achieve dalam hidup I. How’s that? Terror giler kan? I bangga giler dengan diri I. Ni la akibat always makan sedap sampai lupa diri. Bajet Metabolism tinggi macam Dyba and Sarah. Jenis makan 3 kali sehari nasik, berat badan tak naik-naik jugak. Mana la keadilan dalam dunia ni.


I bagitau Ellis nak makan Spaghetti Carbonara dekat Delicious. Ellis kata tunggu dapat turun 2kg, baru boleh makan. Baik lah T___T


Kita up satu lagi. Nasi Kerabu Delicious. Sexy benar ko ni.


Itu pon dalam seminggu 2 to 3 time je yang I ambik dinner bila ada any occasion. Occasion tu macam keluar dinner atau tengok movie. Other than that I takde pon take dinner. I admit, I makan sedap almost every day. Hahaha. Sapa suruh KLCC depan office je? So nasib la. Meal kalau lunch, air musti sedap. Tak manis tak main la. Lepas meal dessert wajib. WAJIB kena ambik kalau tak I moody. Snack pon semua nak yang manis-manis. Malam tak makan takpe, tapi cake sedap-sedap kena makan. Bajet kalau tak makan nasik, cuma makan kek maka boleh kurus. Kentut la.

Pagi usually I just ambik simple breakfast sebab I jenis kalau makan pagi nasik lemak, tengahari dah tak boleh makan heavy. Makanan I memang lambat digest. Berak pon seminggu 3 kali je, kekadang gas kentut naik kepala dah sampai pening tapi beraknya tak jugak. Hahaha. So unhealthy kan? So pagi I makan simple, tengahari makan sedap complete dengan dessert. Balik kerja kang singgah umah Bapak and Mak kekadang depa beli Nasi Royale la, Satay la… Dah tu takkan nak tengok je? Kang membazir pula. Membazir tu kan amalan Syaiton? So malam dah tak makan. Sazli exercise pergi gym, I dekat rumah layan tv dengan Shein. Dia makan baulu, Mama makan cake. Cake memang wajib ada dalam peti ais. Lama-lama tu yang jadi gemok macam badak ni.

Since last month, Anny bising suruh I diet. So I pon diet tapi ala kadar. Tak sepenuh hati. Until masa weekend, I feel really fat. Isnin timbang dekat office terus terkeluar bijik mata dari paksi. So kali ni I kena bersungguh sikit. Dah tak boleh nak main-main. I know if I have determination like this, I boleh je kurus. Naka tau taknak je. Semua dalam kepala. Nothing impossible. Yang penting jangan beria nak count days. I pernah berjaya 2 kali dalam diet profram. Sekali masa sebelum kawen dapat la 58 KG, lepas tu masa hujung 2011 I dapat sampai 61kg selepas I gemok sampai muka sembap. Lepas tu I pregnant and maintain 64-65 sampai la sebelum yang timbang sekarang. Ikut BMI I memang dah lebih (hahahaha) tapi maybe sebab I tak berapa pendek, so I selamat la. Tinggi I 163cm, berat rahsia. Hehe.

So untuk 3 hari ni, I cut 80% amount sugar dalam daily intake I. No more air sedap, dessert. Air Heaven on Earth pon malam tadi seteguk pon I tak minum. Sebab air tu ada artificial sugar. 1 gelas air tu, sama dengan kalau I makan 3 bijik apple. So no point sampai beria taknak makan buah konon nak avoid sugar tapi air sedap ko togak. Kan? Nasik I dah tak ambik (baru 3 hari pon cerita macam bagus) lepas tu I minum lotsa plain water. Petang I makan 2 biji telur half cook dengan 2 keping whole meal bread. I tanya Fida Ghazi macam mana dia boleh lose almost 5kg dalam masa seminggu, dia cakap dia buat Atkins. I tau memang boleh turun cepat dengan Atkins, tapi kalau macam I ni jenis tak kuat semangat, memang tak boleh.

Atkins ni kita hanya makan protein sahaja. No carbs, no sugar. Sugar tu dari buah-buahan pon tak boleh. Menang kena eat clean. Segala mala roti, nasik, pasta semua cannot. Yang boleh ayam, telur, cheese macam tu je. Seminggu confirm turun. I cuba masa I nak kawen dulu, masuk 3 hari I dizzy. Sebab sugar dah takde dalam badan. Atkins ni, dia tipu badan kita. Badan kita ingat kita kebuluran takde sugar dalam badan, so dia burn fat cepat untuk bagi energy pada body. Usually kalau kita diet biasa, bila kita exercise, dia burn kalori, bukan fat. Sebab tu lambat turun.

Tapi lambat pon dia akan turun. Cuma kena menten la jaga pemakanan and exercise. Let say Atkins boleh turun 3kg dalam seminggu, diet calories akan turun 3kg dalam sebulan. Slowly but surely. I nak cuba Atkins this time, tapi I rasa I tak mampu. So takper la, I choose untuk jaga makan I and try exercise at least 30 minutes seminggu. Bukan nak kejar apa pon. Macam mana nak exercise tu, nanti I fikir kemudian la. Now I nak focus on apa yang I makan.

I know with determination, I akan berjaya. I tau diri I macam mana. If I bersungguh diet or I diet taik ayam. Now I sangat bersungguh. Walaupon Huda letak kek dia dekat lubang hidung I pon, I akan tepis!! Cia cia cia. Nanti kalau I berjaya turun 5kg, I share la apa yang I makan. Sekarang baru 3 hari, so duduk situ diam-diam. OK?

-eNd-

6 comments:

cikel said...

Salam kaksu..sy ada bace satu article..yg kalo kita nak kurus sebnarnya tak boleh skip breakfast lucnh n dinner..kalo kita skip any of the meal..badan kita akan bg maklumat yg badan tak cukup energy n nnt dia akan simpan lemak for energy..thats how lemak terkumpul..but nak makan ni sbnrnya ada timing gak..kalo breakfast kne before 10pagi..kalo lunch between 12-2 n dinner 6-8.30pm..after 9pm jgn makan berat or any sweet food in between kalo lapar just minum air milo je..n makanan pun portion yg betul for kenyang je..bukan ikot nafsu..saje sy share..sbb kaksu dok riso pasal berat kaksu..dulu sy gemok gak..diet yg diamalkan pun salah..n now sakit trus Allah bagi kurus..haha.

Chooyaya! said...

cikel : thank u cikel. Kaksu rasa memang program diet kaksu ni selalu je salah. hahahahahah. tp make sense la yang badan simpan lemak untuk energy tu. sebab tu kaksu baru turun 200 gram dari isnin. bila yang nak turun sekilo? no dah kurus ke? sakit apa?

Unknown said...

Su, I have been your silent reader all this while. Suka baca cerita su sbb su ni kecoh, just like kak leen. Hahaha... Kak leen pun tgh on a diet, and so far I have lost 9 kgs sinceast December. Rahsianya, I drink water up to 4 litres a day. Mula2 rasa nak muntah, tapi paksa diri juga. So, we both gotta work hard ye utk kesihatan diri dan kebahagiaan family. Chaiyookkk... Love, kak leen gebu

cikel said...

Kurus la..dari 60kg ke 40kg..dalam masa 3 bulan je..but kurus sebab sakit..tak best..sy ada penyakit usus.."crohn disease" kalo ikot kajian doktor mmg tak tahu penyebab penyakit ni..but kalo dikaji cara sy makan..jenis makanan yg selalu sy amik sebelum sakit tu..mmg bole agakla..

farae al-farafisya said...

Ok, nak join kak su diet..sy sedar badan dah naik jugak tapi buat badak je makan sedap2 jugak sebab baju semua muat lagi...hehehe..tp lepas potong rambut kasi pendek haritu, jelas sangat ada dua dagu terus insaf sikit..biasa pakai tudung n rambut panjang tak nampak dagu ada dua, tu yg tak kisah aje...hehehe..semoga berjaya azam kali ni..

Chooyaya! said...

unknown : su nak minum tu takde masalah tp tak larat nak pergi toilet. huwaaaaaaa. tp su cuba la mibum 2 liter at least/day

cikel : sekarang dah gemok balik ke or menten kurus? mcm mana sampai kena sakit tu? malas pulak kaksu nak google

farae al-faarafisya : good luck!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...