Tuesday, April 12, 2016

AYANG AND EDDY'S ENGAGEMENT - PART II

Assalamualaikum..

Harini kita patah balik ke Ayang and Eddy's Engagement pulak. Untuk previous entry and to catch up balik semua info pelamin, catering, make up and all, korang boleh baca dekat sini. Part II ni I nak share gambar tetamu-tetamu masa majlis ni je. Tu pon lepas I tengok balik semua gambar, ni bukan kawan-kawan Ayang or kawan-kawan Kaklong ni, ni semua kawan-kawan I je. Hahahahaha. Yerlaaa dah tu takkan masa kawan Kakyang datang lepas tu I sebok nak ambik gambar dorang pulak. Ye dak? Lepas tu. Boleh tak takde sekeping pon gambar I dengan Shein? Dia tu la bizi mengalahkan Mak Pengantin. I lantakkan ajer si Shein berkawan dengan cousin-cousin dia. Memang kalau kenduri, macam tu la Shein akan jadik. Tak terkawal dah.


Kita letak la gambar Intan dengan Ayang paling atas. Bagi dia syok sikit. Ambik aura kan Intan? Mana tau lepas ni Intan pulak bertunang. Kepak kepung kepak kepung (bunyik kompang). Haha.
Shein bersiap dengan Abah dia. Dah hensem pakai baju kurta, lepas tu boleh tak seluar dia koyak sampai pinggang? Dah la dia main lari-lari dalam hall, so semua orang nampak seluar dia koyak yang sampai terkeluar pampers tu. Haha. Penting untuk yang ada anak baya-baya Shein ni, standby la seluar panjang sehelai incase kalau jadik perkara macam ni. So I balik rumah, ambik seluar Shein dengan capal Sazli. Si Sazli pulak boleh pakai selipar jamban. Dia cakap kelam kabut nak menyiapkan Shein, dah hensem-hensem semua siap, sampai kereta, Shein duduk atas air kotor dekat parking. So dia kena naik atas balik and salinkan Shein seluar lain pulak. Being Shein yang normal, dia memang paling tidak pon akan duduk bersila atas lantai tanpa alasan untuk menguji iman kami suami isteri. T____T


Semua kawan-kawan yang I invite, datang masa harini except Anny and Huda. I no fwen you Anny! Anny pagi tu ada check up Ayden dekat SJMC. Dia budget sempat la datang tapi end up klinik ramai orang and habis pukul 2.00pm. Lepas tu nak datang jugak. I cakap datang la, tolong kemas je. Makanan semua orang D'Saji dah kemas. Hahahahaha. Huda pulak balik JB masa time tu so dia pon tak dapat datang. Tq pada family and friends yang datang memeriahkan majlis. Nanti InsyaAllah ada umur, kita jumpa lagi masa Ayang punya wedding ok? Wedding Ayang nanti Kaklong and Abang Long buat dekat Dewan Perdana Felda pulak. Dah jom kita tengok gambar-gambar.


Ayang ni I punya favorite niece. We share banyak secret :) Happy that you finally settle down with orang yang baik macam Eddy. 

Dulu I selalu pesan pada dia. In relationship, kalau dah keluar perkataan 'Aku-engkau, pergi mampos' maki-maki semua tu, just stop it. Jangan teruskan sebab belum ada pertalian lagi dah lost respect so macam mana nak respect as a husband lepas ni kan? Ayang selalu cerita kawan-kawan dia ramai yang macam tu. Couple umur sebaya ni memang selalu macam tu la. Darah muda kan taunya nak mengamok je? I pon memang tak suka kalau suami isteri cakap kasar. Sazli kalau suara tingi sikit cakap 'aku' pon I dah nak sebak. Jangan jadikkan marah-marah maki hamun semua ni as a norm, sebab if lost respect between husband and wife, percayalah cakap I, lepas tu dah kurang manisnya dalam rumahtangga. Ok sambung tengok gambar.


Ayang, Atin wife Along (tauke shawl be_anggun) and cucu sulung I, Auliyya Innara.


Izzah, Siti Nurhaliza and Intan with her niece. Anak Mekda adik dia. Gambar Mekda takdak.


Dr Izzi (cousin Ayang belah Abang Long) and wifey.


Posing maut sangat ni Kakyang. Haha. Atin, Ayiel and anak-anak mereka.


Kalong, De, Siti Nurhaliza, Intan, Adelia Sofea and Dyba.


Tembak sapa tu Kaklong and Intan?


Geng Korea : Kalong Kecik, Kaklong Besar, Siti Nurhaliza and Ellis.


Ellis pakai baju Jovian. I pon beli jugak but unfortunately baju tak sama tema so pakai raya je la nanti. TQ baby for coming. Siap bawak brownies lagi sekotak. Sazli sorok sikit bawak balik. Sebab sedap. Haha.


Ni masa nak makan dekat depan. I happy semua kawan-kawan baik I dekat office datang. Tq korang.


My Sweetheart. Dyba, Sarah and Intan. Sad to tell that Sarah dah nak resign dari Felda and pindah ke Melaka. Lepas ni kurang dah sorang geng :(


Kaklong, Puan Nora, Siti Nurhaliza and Errie. Thank you for coming Errie. Tapi dorang sampai lambat, tak sempat nak makan pon. Kebetulan pulak pakai baju macam nak sama dengan warna tema.


Along and Atin.  


Ellis cakap nak ambik gambar dengan kawan-kawan baik I dekat office. So, here we go!


Mak/GF and Kaklong. Mak tu cantik je dia. Kecik molek orangnya. Jubah mak tu beli dekat Dayana Wangsa Maju. Dia sekarang kalau jubah nak beli dekat boutique je. Kemain eksyen.


My very-very best friend.  Jumpa selalu menyampah, tak jumpa rindu. Konsep dia memang macam tu. Haha.


Meroyan Selfie ke apa ni?


Shein mana Shein? Ni anak-anak buah I. Kaseh, Amsyar and Sasha.



Last but not least, kita ambik gambar dengan orang kuat D'Saji yang banyak membantu melancarkan majlis.

Ok habes dah! Kawan-kawan office Kaklong macam Kak Faez and Kak Ayu pon tak dapat datang sebab ada hal. InsyaAllah nanti time wedding korang datang pulak eh? Terima kasih pada semua yang datang and memeriahkan Majlis Pertunangan Ayang and Eddy. InsyaAllah jumpa pada 19 November 2016 di Dewan Merak Kayangan, Balai Felda pulak. I tau dah sapa yang paling bizi nanti. Mestilah Shein and Amsyar! Hahahaha. Baju tema semua Kaklong tak decide pon lagi. I pon tengah gigih nak menguruskan badan ni. Walaupon yang nak kawennya ialah Ayang, tapi yang nak kurus beria Makcik dia. Hahahaha. 

-eNd-

5 comments:

nisa nass said...

Jgn lupa jemput tau k.suuu...nk pergi jgk knduri ayang! Hahahaa...<----muka x malu :p

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
Intan tu cuba ka lanen kan ngan kawan u ka saZli ntah yg pilot tu
ada u up ari tu pilot, tp still single tu... :p

Mommy Cici said...

err Hi dyba. baju you sama dengan I lah yang kaler ijau tu. I pun pakai masa memboyot. ehhehe

Chooyaya! said...

nisa nass : haaaa boleh. email le kaksu

haris zuhaina : yg pilot tu dia taste fathia latiff je.

Haris Zuhaina said...

Sue, ni versi fathia montok.. BR LA BEST NAK AUUUUMMMMM :o

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...