Assalamualaikum..
Kepada yang bersedih and risau takot I tak update
blog dengan makanan sedap dah sebab sekarang ni dalam fasa diet (cecece),
please jagan bersedih sebab dengan adanya sokongan padu kawan-kawan yang
sentiasa craving over something yang tak suit dengan diet menu I dan kerana
diri ini selalu tertewas sekali-sekala dengan godaan makan dari saitonnirrojim,
so yeah… Today I nak share pulak apa yang I makan last week. Eh jap. Minggu
lepas memang minggu makan sedunia bagi I kan? 3 x steak, 1 kali makan Japanese
dengan Michelle (Manager Nuffnang yang baru) and makan dekat Magnum Café with
Ellis. Sabtu pulak I belasah makan spicy ramen and semalam makan Teppanyaki
dengan Sazli dekat Aeon Big. So konsep diet apa yang I buat sekarang sila bagitau.
Haha. Tadi I timbang, masih kekal nampaknya berat badan. Phewwww. Minggu ni tak
boleh nak bersuka ria sangat. Last week kita bagi kelonggaran makan desserts
and air sedap. This week back to normal. No dessert and no air sedap. Kita
tengok berjaya ke tak. Peace.
Yang ni nama dia Magnum Trifle. RM29.00 harga dia. My most favorite and setiap kali datang sini, takkan order yang lain.
Dalam dia ada strawberry + meringue + balsamic
vinegar dengan whipped cream kot? Makan dengan Magnum White Icecream.
Perrrrrrrghhhhh! Tapi nak makan dia, kena mix semua sekaligus baru sedap sebab
kalau makan cedok macam tu je nanti balsamic vinegar tu taste weird. Satu ni
actually boleh je kalau I nak habeskan sorang. Tapi makan rebut-rebut la yang
best kan? Tu yang I kelaur suara jantan tanya Ellis dia ambik strawberry dua
ke? Haha. I Ingat next time I nak try menu lain pulak. Tapi Magnum Café ni
always full je. Yang ni I datang time weekdays so orang tak ramai sangat. Nak
makan pon aman damai sebab takde orang queue dekat luar. I kalau makan, nampak
orang ada kat luar nanti jadik panas bontot. Makan pon telan je, tak kunyah
dah. Kesian dekat orang yang tengah beratur.
Ellis
lapar so dia order Chicken and Salted Egg Spaghetti. RM26.00 harga dia untuk
regular size.
Dekat sini ada size untuk sharing. Harga lebih
mahal. Sedap la spaghetti ni. Pakkal la tengah diet, kalau tak I habeskan je
sepinggan ni. Ayam dia sedap and pedas. Pedas cili padi. Kira western infuse
dengan Asian la ni. Bagi Mat Salih makan spaghetti ada cili padi ni mau berasap
telinga. Korang kalau makan kat sini, if ambik eskrem mintak air kosong je. Jangan
order eskrem, lepas tu order pulak lagi air sedap kang nanti muak. Walaupon
time tu orang belanja makan konon boleh order sesuka hati, jangan. Ok? Jangan
order air selain air kosong. Baru terasa nikmatnya.
Percubaan
ambik gambar flat lay. Boleh tahan buruk.
I
suka tengok Jamie Oliver punya IG. Cantik je gambar-gambar makanan yang dia
ambik.
Sebelum jumpa client untuk Nuffnang punya project,
Michelle ajak makan dulu. I cakap kat Michelle I nak makan sushi. Michelle
kata, dia can’t ever get enough oh Japanese Foods. Hari-hari makan pon takper.
Ok, boleh geng makan. Michelle ni sama la dengan Sam, jenis enjoy makan. Tapi
dia punya pinggang secekak je. Kurus! Si Michelle ni la yang suruh I belajar
ambik gambar flat lay ni. Bila tengok-tengok gambar orang ambik cecantik macam
seronok pulak. Lepas ni kena puts more effort untuk ambik gambar. If makan
dengan kawan-kawan boleh la mintak excuse nak ambik gambar sekejap. Kalau
dengan Sazli nanti dia tanya, ‘Bila boleh
makan ni?’ Kalau Shein pulak, if I cakap wait nanti dia hepp kan I. Acane?
Salmon
Sashimi.
Ni
I share dengan Michelle, sorang 3. Patut takyah order ni sebab dalam dia ada
nasik, but I is cannot tahan.
Avocado
Kani Salad. Dia punya dressing ambik sesame. Sedap giler!
Susun
susun susun
Depan Michelle, dua kali timun I tercampak masa
makan. Punya nervous. Haha. Tetiba hidup pulak I punya timun. Lepas makan dengan Michelle, I jumpa client
and lepas tu jumpa Ellis pulak. Masa tu I memang lupa sungguh Magnum Café ada
dekat Midvalley. Ellis cakap jom terus I ok. Padahal salmon berenang-renang
lagi dalam perut ni. I kan kalau kenyang macam mana pon, orang offer dessert I
memang tak tolak punya! Hahaha. Lepas makan, I salahkan Ellis if I gemok. Dia
lain la, makan banyak mana pon gitu jugak la badan dia. Padahal dia tu kuat
makan. Pagi petang malam makan. Mana la keadilan dalam dunia ni.
-eNd-
No comments:
Post a Comment