Assalamualaikum..
Stressed pulak rasa selagi tak masukkan entry yang
WakDan Trip to Kuantan ni. Baik I masukkan cepat-cepat sebelum basi. Apai tu kan, dia punya follow up macamkan game
menang je. Padahal kalah je pon. Macam biasa la Wakdan ni. Time I beria datang
support jerit sampai nak tercabut anak tekak berpanas tepi padang, time tu la
nak kalah. Cuba kalau I tak datang
and Apai tak main, menang pulak tu yang peliknya! Hahahaha. Apai ni pon
sama, dia punya follow up tanya bila nak masukkan entry dalam blog macam Ahlong
kutip hutang je. Tu kalah tu. Imagine kalau menang dia buat perangai macam mana…
Mau Ahad tu sampai KL, pagi Isnin dia dah nak tengok dah ada dalam blog.
Hahaha. Ngek Apai!
Wakdan FC. Yang paling manja mesti la Ahmad Zack. (Berdiri 3 dari kanan) Haha
Kitorang naik kereta gerak asing-asing, tapi tetiba
sampai lebih kurang sama pulak time kat Kuantan. Wakdan dapat satu team dari
KL. Yang bawak wife + family is Gofur, Saz, Apai, Fruz, Zack Galak, Fad, Zaha
and Eddie. Yang lain macam Afzal, Zain, Apis, Ahmad Zack, Zack Pet and Acap
join bebudak bujang. Zareef, Azrul, Kale, Ajim and Aiman. Lepas tu ada 3 orang
I tak tau nama. Yang Keeper tu muka and suara ada iras Khatiq, tapi bukan
sedara pon kata Khatiq. Jiran je. Tapi suara dekat nak sama tu yang buat I
confuse. Betul la kata Dr Fadzillah Kamsah, kalau suami isteri nampak muka
seiras tu, jangan pelik sebab memang macam tu. Lagi lama hidup bersama, lagi
serasi nanti muka pon akan jadik sama. Tapi tu suami isteri, ni dah kalau jiran
tapi suara and gaya nak dekat sama, yang tu aku pon tak paham. Haha.
Kitorang duduk dekat The Zenith Kuantan. Dapat
murah dalam RM180.00 satu malam guna Zaha punya rate. Dia pilot MAS so dia
dapat murah. I agak kalau book direct pada hotel mesti lagi mahal kan? Malindo
Air takde rate murah ke Zareef? Hehe. Masa sampai-sampai tu, Tan Sri Azrul
bawak kitorang makan dekat kedai masakan kampung. Ada Ikan Patin masak tempoyak
and ikan patin goreng. Ni la orang Pahang, celah mana pon mesti nak carik Ikan
Patin. Lepas makan, kitorang freshen up dekat hotel sementara nak tunggu pergi
Stadium Darul Makmur untuk game bola yang dijadualkan start at 5.00pm. Si Yash
tu poyo je kata nak turun padang. Last-last takde pon. Yang semangat pergi
padang is Rish and Miera.
Ni la kerja dua beranak ni, gurau lepas tu berenti bila tak kawan sebab salah sorang sentap or Shein nanges.
Luas jugak bilik dekat sini. This is my second time here. Dulu pergi masa Shein kecik lagi masa aqiqah Adrien Qaiser anak sulong Hadry and Linda. Now dorang punya anak dah nak masuk 3.
Mengemas ke Pak Incik?
Satu kerja pulak kita nak tunggu dia besuka ria mandi dalam bath tub. Kali ni naseb Shein tak halau I dah macam last time dekat Avilion Port Dickson.
Shein macam biasa la, meroyan buat perangai marah
Tobot dia berdiri tak tegak masa dalam Changing Room. Habes di belasahnya I. I
cakap pada Rish, jangan pelik tengok Shein macam ni. Maksudnya dia normal.
Kalau dia tak buat perangai, haaaa yang tu abnormal. Bila I sorok Tobot dia,
Shein pon ok je main sepak bola dengan Raisa. Raisa kan, sama naik dengan Shein
sepak bola. Dia ingat dia boy? Haha. Si Shein punya perangai, lagi dicakap
jangan sepak bola masuk padang yang ituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ler dia nak buat.
Puas la I jerit jadik linesman, ‘Shein,
do not kick the ball over this line. You understand me or not???’ Tapi
Shein memilih untuk buat-buat tak paham. So I kena la redha and kena lari laju
melebihi kelajuan bola Shein. Bright side : I boleh exercise and burn calories.
Shein and Abah
Shein kenapa tu? Malu dengan Raisa ke?
YES! Memang like a boss pon.
Time ni dah kalah ke belum ni?
Shein ada je nak menyelit. Eh Apai, kasut sama dengan Saz nampak? Tiru ke?
Apai harap je pakai number 10, score golnya tak jugak. Pui!
Hi Apis.
Ni bebudak sekolah mana ntah datang Stadium. Ingat nak datang bagi sokonga dekat Wakdan, tapi datang nak ambik gambar je. Haha.
Before kick off
Group photo Wakdan FC and Rosa FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang
The game memang fight. Kiranya walaupon kalah, tapi
kalah dengan bergaya dan bermaruah la. Dorang main dah cantik dah tapi takde
luck or maybe Allah taknak bagi dorang riak kot kalau menang? Hahaha. Memula
Wakdan mendahului 1 gol, lepas tu macam biasa towards the end mesti lah kalah.
Wakdan kan? Konsep dia, hero kalah dulu lepas tu ingat nak dekat habes nanti
baru menang balik tapi tetiba dah tak sempat. Hahaha. Keputusan perlawanan Rosa
FC 4 – Wakdan FC 2. Kata Apai, dia suruh tulis game fight and best je. Result
takyah tulis. Malu la datang jauh-jauh lepas tu kalah. Hahahahahhahaha bongok
Apai. Tapi frankly speaking, dorang main memang dah cantik dah. Maybe penat
kot? Drive dari pagi lepas tu tak sempat nak rehat, petang tu dah main pulak.
Main pulak 3 half. 3 half eh nak sebut yang kalau 40-40-40 minutes tu?
Miera and Rish untungla dapat duduk tepi padang berbual-bual. I sebok jaga bola dari masuk padang sebab Shein kerjanya nak menyepak ke arah sana je. Linda wife Hadry, pregnant anak ketiga. Anak beza setahun je. Macam sebaya je bila duduk sebelah-sebelah .
Kau ni kan???
Bak kata Saz, memang kalah belakang cerita. Yang
penting Hotel best, main dekat stadium. That’s Wakdan. Yang tu I sangat setuju.
Malam tu memula kata nak BBQ kat hotel, tapi ternyata hanya janji-janji palsu
yang ditaburkan oleh Azrul. Takde BBQ pon. I dah berangan nak makan BBQ dah.
Malam tu, kita lepak dinner dekat Beanz & Co. Café hipster yang service tak
berapa nak bagus. Service lambat due to tak boleh nak coop dengan customer yang
melimpah ruah. Order dapat after 40 minutes, sebab tu ada yang blah keluar
carik nasik dekat tempat lain sebab tak tahan lapar. Café ni memang dah lawa dah, Cuma service tak
berapa nak bagus. Maybe kalau datang sikit-sikit dia ok la kot? Ni Wakdan ajer
datang dah berapa puluh orang pulak kan? Dengan customer yang lain lagi, mau
tak jammed kitchen dorang.
Malam tu I takde ambik gambar pon. Lighting pon tak
berapa nak ok. Lepas makan, para isteri dan anak-anak balik tido dekat hotel
and the boys, sambung lepak dekat kedai Mamak pulak. Kita kasik chance
sekali-sekala dorang nak hang out luar dari KL. Kan? I pon semenjak dah tetua
ni mana la larat nak stay up lama-lama. Lagi enjoy tido dalam bilik lepas tu
pasang aircond sejuk-sejuk.
Activity Kuantan ni lebih pada Free and easy all
the time. Takde specific time and specific place to go. Pagi tu pon, I
breakfast dengan Sazli and Shein dekat Hoiyin Mee Curry Telok Cempedak and
jumpa dengan Gofur and Syikin. Lepas kitorang balik, Fruz+Rish+Miera and Eddy
pulak makan kat sana. Yang bujang-bujang ada yang lepak kat swimming pool and
ada yang tak bangun-bangun. Tengahari tu, lepas check out I pergi Kula Cakes
and jumpa dengan Apai, Yash and bebudak bujang dekat Mustafa Cendol. Time kitorang
dekat sana, Rish baru nak gerak ke Kula Cakes. Lepas makan dekat Mustafa Cendol
kitorang pon gerak balik KL. I la paling awal sampai KL. Sebab Saz kalau
travel, dia suka sampai KL masa waktu siang lagi. Dalam 6-6.30 tu just nice la.
I pon suka macam tu.
Mee Kari Hoiyin. Punyalah sedap!
Shein makan mee kicap banyak jugak. Nak makan sendiri. Kata dah bujang? Muka nak ketat je.
Syikin. Anak 3 dah ni. Cantik kurus macam anak dara je lagi. Kin, nakuweeeet!
Punya banyak gelas air atas meja. Kedai ni always full house. Mee Kari dia sedap walaupon simple. Setiap kali datang Kuantan, wajib makan dekat sini. Sedap ko punya mee kari, letak sependa ke? Haha. (Gurau)
Ready to check out. Masa ni tengah tunggu Sazli ambik kereta. Puas nak alih perhatian Shein dari kedai mainan dekat tepi belah sana. Boleh pulak ada jual Tobot lepas tu tutup pukul 11.00 malam. Pfffft
Besar dah si Shein ni ha. Berat pon dah 20KG.
Kula Cakes entry baca dekat sini.
Comel-comel anak Apai and Yash. Yang boy tu Farel and yang girl tu Balqis. Simple je nama anak-anak dorang. Nama Apai is Hameerul Ferdaus Basari so HFB. F - Farel, B - Balqis. Dah tu Yash kena bersalin sorang lagi la sebab nak kena letak N - Nuryashrinie pulak. Takkan semua sempena nama Apai je kan? Ni kan kerja berkumpulan? Bukan kerja Apai sorang. Haha.
Yash, Maksu nak cakap yang Yash sombong waktu ni. Aku cakap pon buat tak layan je. Blah la.
Ahmad Zack, you memang style ambik gambar nak manja-manja je kan? Haha.
Anyway, thank you nak ucapkan pada Tan Sri Azrul
sebab arrangekan game ni untuk Wakdan. Kita isteri-isteri boleh la tumpang
berjalan. Next kat mana game? Stadium Likas Kota Kinabalu Sabah pulak kan?
Bilaaaaaaaaaa? Dah lama tak pergi Sabah ni. Last tahun 2011. Sedang elok la
kalau nak pergi Sabah pulak ni. Sekali Saz cakap, ‘Bubu, player jer pergi. Family tak bawak’. Batu
Belaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah hahahahaha.
-eNd-
2 comments:
Avillion PD ye su. Alexis tu bkn tpt hang suka makan pabloba kaaa?? I mmg cepat je nmpk kesilapan u,su..hahhahaa.. take care si muka dh nk panjang!
Nur Aishah : Ko memang grrrrr
Post a Comment