Wednesday, April 27, 2016

Pasal Shein (Kalau ada yang rindu)

Assalamualaikum..

Dah lama tak cerita pasal Shein kan? Dia sekarang makin debab. Dah almost 20kg pon. I mana nak larat dukung dia. Kekadang bila balik dari sekolah dia dah letih and buat perangai taknak jalan masa keluar dari kereta. Tetiba belakon sakit kaki la, nanges tapi mata bukak sebelah nak check on us bagi attention dekat dia atau tak. Paling tidak pon nanges beria tapi air mata takde. Nak pulak sekarang dah pandai sebut ‘Ouuchh’ or ‘Adoi’ mana la Abah dia tak panic? Hahah. Sebab Sazli mana kan boleh nak tengok Shein sakit sikit. Kalau I, I buat bodoh je. Tengok la keadaan macam mana. Kita tau kalau dorang ni sakit betul or drama semata. I mengamalkan konsep ‘no drama’ ni include Shein dengan perangai dia. Nak nanges ke apa ko kat situ sebab tak puas berendam dalam besen, I lantakkan ajer. Sampai dia berhenti sendiri. I boleh continue tengok Grey’s Anatomy Season 3 yang download dekat Astro peacefully. Haha.


Mama and Shein


Last week sekolah Shein (BBI) panggil parents datang untuk review performance untuk Term lepas. Dekat BBI setahun ada 3 Term. Term 2 (7/1/2016 – 25/3/2016), Term 3 (12/4 /2016– 12/8/2016) and Term 1 (6/9/2016 – 16/12/2016). So yang I datang kalini for review Shein Term 2. Kata Ms Shariffah and Mr D, Shein dah banyak improvement. Dia banyak mumbling and recognize banyak warna and dah use banyak sentence. Dia focus dalam kelas, mix around very well dengan dia peer. Kata Mr D, dia yakin dalam 3 bulan ni (with our help) Shein dah boleh bercakap. Dia sing along kalau dengar lagu Baby’s Finger and repeat after us kalau kita bercakap and totally understand arahan. Cuma kadang-kadang dia ignore bukan sebab dia tak paham, tapi dia choose to ignore. Perangai abang kawasan macam ni la. Konsep Shein ialah I choose what I want to hear. Boleh?

Masuk Term 3 2016 ni, cukup setahun Shein dengan BBI. To be frank, masa dia first day join the class, I’m a bit skeptical bila Mr D and Shariffah bagitau yang Shein is ok and akan bercakap sama macam peer dia one day. I tak harap sangat pon tapi tidak la I give up cuma taknak put hope sangat but now tengok pada progress Shein sekarang, Al-hamdulillah banyak improvement. Most important is Shein takde development disorder problem cuma dia lambat bercakap. Sebab tu I pesan banyak-banyak kali pada parents out there, if nampak something wrong somewhere dengan anak korang, please seek for professional advice. Bawak jumpa Development Disorder Doctor untuk buat assessment and if ada yang tak ok, kita boleh buat early treatment.

Back to Shein, kata Mr D I tak boleh guna multi-language dengan Shein sekarang. Kena stick to one language. English is preferable since dia guna English at school. I pon akan guna English as much as I can. Kali ni I dah tak kisah dah if ada perception dari society macam ‘Hek eleh, macam good-good je nak cakap English. Anak dia bukan faham pon. Ko tu ongkampong je takyah nak poyo’. Sebab I pernah ada feeling macam tu. In public, I segan nak cakap English dengan Shein sebab takot la orang cakap poyo tapi now tengok la pulak Shein punya problem I kena la bantu dia. Lantak la orang nak cakap apa pon. Nak please orang sampai mana. Ye dak? Orang bukan tau apa masalah kita.

Dekat rumah, Shein dah boleh diharap. Best gilerrrrr. I malas bangun, suruh dia ambik air. Suruh buang sampah dalam tong sampah, suruh ambik selimut semua dia buat. Tapi ikut mood la. Kalau mood tak ok, remote sejengkal dari dia pon dia boleh ‘huh’ kan I. Tau tak ‘huh’ dia tu macam mana. Yang dia pandang kita, lepas tu jeling and berpaling tempat lain OMG Sheinnnnnn where you get that??? Sazli sampai keras-keras perut nanges keluar air mata masa Shein buat dia macam tu. Kekadang I tak perasan, Sazli cakap Shein buat dekat I macam tu. Contoh : I cakap dekat dia. ‘Shein, can you sit properly and not to jump?’ Lepas tu I continue my work macam sidai kain ke apa. Belakang I, Shein ‘huh’ kan I ok? Tu Sazli tanya I, ‘You tak kawan Shein ke?’ Hahahaha.

‘Suraya, ko tengok anak ko ni Suraya’. Tu Sazli punya fav verse kalau Shein buat perangai. I found it very interesting. I suka bila Sazli cakap ‘anak ko’ sebab Shein is my dear son! I bangga Shein anak I sebab dia sangat cute. Dia cute sebab dia debab, dia tall, dia huggable, his finger and hand is debab, dia smell good, his hair is thick and fringe dia comel and rambut belakang curly. I suka dia backhill bola and I suka bila dia konon try to run faster by dia tundukkan kepala. Yerla, lari tak berapa nak laju sebab debab kan? Hahahahha. Typical Mak macam ni la. Anak dia seorang yang paling comel. Hehe.

Haritu Mr D and Shariffah ada tunjukkan Shein punya kerja sekolah yang dia coloring. I tengok, ada part yang dia color inside the line, ada yang huru-hara. Untuk umur Shein, I think it’s a good enough. Oh Mr D pesan, let say anak korang tunjukkan apaapa kerja dorang macam coloring ke apa, Just reply macam ni. ‘Good job Shein. You did a good job’. Jangan pulak over clap and hooray sebab nanti they think that is the best that they can do so no more after that. Nak puji boleh, but jangan over doing it. Ok? Yang ni I kena take note sebab I memang over kalau clap. Mak Tok lagi double over. Hahahahaha.

I hope, habis this Term Shein akan improve more and by dia 4 years old hujung tahun ni, I nak dia at least boleh communicate dengan I guna full sentence. InsyaAllah… I LOVE YOU SHEIN.


-eNd-

5 comments:

norasiahnasir said...

In Sha Allah...

biar nnt kp pening nak jawab segala pertanyaan dia..it will soon...

Mommy Cici said...

Hi Shein rindu Shein ;D alamak Kak su, I pun jenis over kalau clap. hehehe. macam nak bersorak padahal benda dia buat sikit je. naluri mak mak kot. and pasal multi language tu, I pun selalu dgr orang cakap macam tu. kalau nak guna English, biar English je . jangan campur adukkan. I nak jugak dia pandai English, lebih pandai dari I pun takpe -___- tapi disebabkan kat rumah memang guna Bahasa, so kalau campur aduk nanti dia pening. sudahnya semua dia lupa T_T so kena biar dia master 1 bahasa dulu, pastu baru start ajar yg lain. abaikan je mulut orang tu. I suka je tengok parents guna English dengan anak anak dorang >,<

Nurul Nadila said...

Typical mummy i think.
I pun of course akan puji melambung my son.hehe..kannn..
anyway, good boy shein..

Mimy Hamid said...

Insha Allah shein will talk to mama..i love u mama

cik allord said...

isnyallah shein...kaksu adalah mak yg comel..hug

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...