Assalamualaikum..
Semalam Sarah ajak kitorang lunch sama sempena yang
dia nak resign ni. I cakap, kita takyah la buang masa atas jalan sebab dekat
Platinum Park ni so far ada 1 café and ada 2 fine dining restaurant yang best. Biasa
lalu je, tak pernah pulak singgah so harini kita try. Dekat bawah office I ni
ada Brolly. Lepas tu bangunan sebelah sana ada BLVD and ada café Doppio. Yang
Doppio tu tak banyak sangat choices of foods. Dah la service lemss lepas tu
portion dia cinonet macam nak terlekat dekat celah gigi jer. Lagipon dorang offer coffee and cake je.
Hopefully nanti ada lagi la restaurant banyak-banyak sikit. Bukak la
kedai-kedai sandwich sedap macam O’Brien ke, Subway ke… Ha… Baru best. Secret
Recipe pon boleh laaaaa atau kalau boleh bukak la Sushi Zanmai dengan Dolly
Dimsum dengan Alexis terus. Kalau ada Korean Restaurant pon bagus jugak. Lepas
tu letak la H&M, M&G, Uniqlo dengan Zara sekali. Amboi, makin lama
makin up pulak. Hahahahah. Baik mintak kerja kat KLCC terus je.
Dessert
ni nama dia Green Tea White Chocolate Fondant and Vanilla Lemongrass Gelato (Green
tea Tuille/Edible Flower). RM20.00
Tipuuuuu mana edible flowernya? I dah imagine atas
dia ada bunga kecik kaler purple tu. Skali sampai buah letop-letop je. Ko aperhal nak tipu??? Kiter orang Jengkeeee ma…. Tau la tu nama dia buah letop-letop. Tapi
kalau kat kampung, buah ni tak sempat besar dah kena ngap. Biasa dulu I makan
dekat tepi paya. Kawan dengan Adik Nazi and Di. Kawan jantan je semua.
Muahahahaha. Rasa dish ni I kasik 7/10. Kek Green tea tu sedap. Bila kita cedok,
dia melting inside. Perggghhh.. Lawan dengan eskrem vanilla and ada pulak nuts
and makan dengan buah masam. I think it’s brilliant Cuma portion ni sebenarnya
untuk sorang lepas tu, take time nak masak. So I suggest, lepas dapat je main
dish, terus la order dessert. I, Dyba and Sarah je yang makan ni sebab Intan
dah geli pungkok. Jam menunjukkan pukul 2.00pm tapi dessert tak sampai lagi.
Dia takot kena petir dengan boss dia. Naseb baik jugak dia blah, kalau tak I
dapat sikit je la makan.
Macam dish lain, kiter order and makan sharing so
dapat la rasa sorang sikit. Ikutkan I nak order itik, tapi Dyba tak boleh nak
telan. Sian kat dia so order yang selamat je semua. Kitorang ambik salad, soup,
pizza, spaghetti and sandwich. I rasa portion kitorang ni kalau 5 orang makan
ok sebab semalam rasa macam terlalu kenyang pulak. Takpon maybe sebab perut I
dah kecik skek. Cecece. Yerla, orang dah turun 6kg kan? Okbye.
Yang
ni ialah BLVD House Salad. RM28.00
Dalam
dia ada telur 70% masak, smoked duck, frissee lettuce, potatoes dengan balsamic
Dijon dressing
Roasted
Chicken Soup. Harga dia tak ingat. Memula I nak order Clam Chowder tapi takde.
Lepas tu tukar la soup ni. Kata Intan, soup ni rasa macam sup kuah pekat. Lepas
tu dia kata, ‘Ni sebenarnya kuah kurmak
ni Kaksu. Dia bagi up tajuk cakap roasted chicken soup’. Hahahah Bangang
Intan
I
teringat Penne Pesto Shariffah. So I suggest order Linguini Wild Mushroom
Pesto. RM35.00 harga dia. Sarah taknak Carbonara and I taknak Bolognese so kita
try pesto spaghetti. Bagi I dish ni creamy and rich. Boleh makan, tapi tak la
meroyan siang terbayang malam merindu. Boleh laaaaa. Tapi mushroom dia best.
Yang
ni sedap. Nama beliau ialah Steak Sandwich. RM45.00
Sazli
kalau makan ni dia mesti suka sebab sandwich ni simple yet tasty. Dalam dia ada
Grilled Beef Steak, Caramelized Onion dengan coriander. Seriously sedap.
Dia
hidang macam ni. Siap kena tikam. Aaarrrghhh mati. Side dish is fries dengan
slaw.
Flat-bread Pizza ni pon sedap. Kata Sarah, now dia pon dah suka makan thin crust. I dari
dulu memang nak makan pizza kena flat and thin. Kalau macam Pizza hut tu I tak
suka. Amenda tetina ada cheese dekat tepi lepas tu dah la tebal. Saja la tu nak
bagi cepat kenyang. Yang ni nama dia ialah Chicken Tropicana. Harga RM33.00
Ok enough gambar makanan. Sedih pulak I teringat
yang probably this is our last lunch together. Kata Sarah, lepas ni dah tak
boleh dah nak makan sedap-sedap. Melaka takde banyak restaurant macam ni. Tapi
Melaka ada coconut shake. Tapi coconut shake kat Pasar Malam Jengka pon sedap.
Hahaha. Sarah cakap lepas ni dia mesti gemok sebab hari-hari pon makan nasik.
Lepas tu pergi kerja pakai baju kurung everyday. Ellehhhhh poyo… Padahal dulu
dia datang kerja hari-hari pakai baju kurung. Siap pakai baju kurung nenek dia
yang beli dekat Jalan TAR lagi. Lepas ada anak ni je la dah tak pakai baju
kurung dah. Ha a la BB. Lepas you dapat Adam Adyan, you pasang badan kan? Tapi
sebenarnya, bila tengok gambar-gambar lama dulu memang sedih jugak. Pakai aci
boleh je. Lepas tu I kan, pernah je pinjam baju kurung Mak I sebulan buat
tukar-tukar pakai pergi kerja. HAHAHAHHA. Pon boleh.
Seriously dulu kitorang (I, Intan and Sarah) memang
pakai selekeh aci boleh je pergi kerja. Yerla kita time tu tak settle down
lagi. Mana ada duit nak beli baju. Sekarang ni je la yang ada financial freedom
skek so boleh la pakai elok sikit pergi kerja. Macam Dyba dia lain, dia
masuk-masuk baju dah banyak so dia memang dari dulu dah cantik. Macam I kan?
Baju kurung I pakai setahun sekali je since 2011. Tu pon time Jamuan Raya. T
upon bukan baju kurung sangat pon.
I
tanya Intan, sedih tak Sarah nak resign? Time ni Sarah ada dekat depan dia. Dia
jawab biasa-biasa je. Hahaha. Intan memang pon. I tengok dia sedih time
Garfield meninggal je. Tu kalau I meninggal pon, I agak Intan sedih paling
laaaaaaaaama pon 6 jam. Lepas tu dia ok. Cepat move on budak ni.
Dyba
pon tak lama lagi dah nak bersalin. Dulu kita janji nak pregnant second baby
sama tapi ternyata Dyba lebih advance. Yer la budak muda. Dorang kuat nafsu.
HAHAHAHAHAHA
No
caption needed. (Tetiba emos)
Siti
Nurhaliza and Dyba.
Korang
ni kan???? HAHAHAHA I nak gelak dulu. Memasing kalau order Transgluta and
Transbella buat perangai je. Ada yang bagi salam terus cakap nak uweeet. Lepas
tu ada yang Hi Siti Nurhaliza, I nak order Transgluta. Hahahahha ngek memasing.
Ada sorang tu, dia cakap nak order Transgluta lepas
tu I bagi la account number. Maybank Suraya Yang Cantik. Lepas tu dia reply, ‘Suraya
yang cantik? Apa-apa lah. I nak order jer’. I citer kat Anny lepas tu dia
padankan muka I. I cakap, Jangan tetiba dia sebenarnya majistret lepas tu dia
viralkan aku sebab tak pandai layan customer dah. Sebab alamat dia dekat
Mahkamah Majistret. Hahahahaha. Alaaaaa I gurau-gurau je. Lagipon I expect
kalau orang order dari I mestilah dia tau yang I ni kaki gurau. Kata baca blog?
Kan????
Intan
cantik betul kulit dia sekarang. Jeles pulak I tengok. Korang kalau nak kulit
cantik macam Intan jangan lupa makan Transgluta and Zenia Collagen ok? (Sesambil
iklan)
Oklah, I rasa macam dah takde nak cakap apa dah
pasal Sarah punya resignation. I dah taknak sedih-sedih lagi sebab I tau Sarah
buat ni for her own good. Dia nak spend more time dengan family dia selepas 2
tahun dia berulang masa weekend ke Melaka. Dengan penat, dengan emotional up
and down sebab limited time with twins. If I jadik Sarah, I probably do the
same thing. I tak boleh la pisah lama-lama dengan Shein and Sazli. Sebab nanti
rindu. So do Sarah. For you BB, all the best. Ingat. Lepas ni jadik agent
Transgluta dekat Melaka ok? Hahahahah.
BLVD House
NAZA Tower, Platinum Park, 11,
Persiaran KLCC,
Kuala Lumpur City Center, Kuala Lumpur 50888
03 26309999
-eNd-
No comments:
Post a Comment