Assalamualaikum..
Semalam I bertabah makan Roti Canai sekeping je
dari pagi jejak ke petang sebab nak simpan perut untuk makan sedap masa dinner.
I punya metabolism kan very low? Dia lambat digest. Sebab tu kata la kalau I
nak enjoy my lunch, breakfast dengan segelas hot chocolate pon buat I kenyang.
Nak makan sedap malam, petang pukul 5.00pm tu jangan la mengada nak makan apa.
Nanti makan tak enjoy. Tak enjoy tu bukan makan tak habes, habes je semua.
Haha. Tapi dia macam takde feel. Mengada sangat padahal bukan apa pon. TAPI
kalau dessert, dah kenyang ke apa, InsyaAllah boleh makan. Hahaha. Cuma
sekarang kan I nak elak ambik sugar? So memang tak makan sangat la dessert and
air sedap but malam tadi I cakap pada Ellis, tonight is a cheat night. I nak minum air sedap, makan banyak and
nak makan dessert. Misi nak makan steak untuk minggu ini diteruskan selepas
Chili’s and Menate. Victoria Station ni kira macam penutup la. Puassss hati
sangat dapat makan steak sedap malam ni. Hoyeah!
Malam tadi memula nak order long fed Sirloin tapi macam besar sangat, takot gemok. Cecece. So I order Rib Eye pulak. Portion dia just nice and the steak cooked perfectly. Macam biasa, I mintak medium rare.
Ko tengok la pempuan tak sedar diri ni kan? Dari
rumah cakap oh I nak tukar fries dengan steam veggies konon healthy and try to
eat clean la. Tu dalam kepala la. Tapi bila waiter sampai I pergi cakap, ‘I want to change the Baked Potato with
Fries’. Boleh? Percakapan tak seiring dengan otak. Yang peliknya dalam
cakap nak makan moderate tapi habes pulak tu. Lincheeeeeeen. Ni minggu ni, masa hari Isnin
dapat lose 5kg so dia bedal makan steak sampai 3 kali minggu ni. Harini I malas
nak timbang. Takot kecik hati. Tapi malam I memang tak makan, cuma malam tadi
je tak boleh nak elak. Sebab I tingin sangat-sangat nak makan steak dekat
Victoria Station ni. Dah sampai kat tekak dah. Dah dapat ni, puas hati I. Kalau
tak disebabkan steak dekat Chili’s tak sedap, takde la I makan sampai 3 kali
steak dalam masa 5 hari. Ni semua Chili’s punya pasal. Menyam!
Pakkal la malam tadi steak sedap. Kalau tak sedap?
Memang malam ni I nak makan steak kat tempat lain pulak. Selagi tak jumpa yang
sedap konsep dia cari sampai jumpa. Lepas 10 restaurant semua tak ok pada
tekak, masuk hari ke-11, pergi kerja pakai sependa je la. Hahaha. Tapi sebab
Transgluta dapat jual banyak bulan ni, InsyaAllah sependa pakai yang upgrade skek
la. Macam Victoria Secret ke? Dulu-dulu zaman sedih, pakai sependa nenek-nekek jenis Scarlet. Jenis tutup sampai pusat tu. Hahahahahhahaha. Bongok!
Ellis mintak Sizzling Steak. Pon sedap. Habes licin dia makan. Ni first time Ellis cakap OK bila I ajak makan dekat VS. Dia cakap VS boring sebab dulu masa sekolah, asal birthday je makan dekat VS. Tadek la tempat lain.
Sebelum steak sampai, dapat salad and roti. This time I tak order any appetizer and dessert dekat sini.
Nyamannya Mango Juice ni masuk dalam tekak. I memang tak pernah order air lain dekat sini. Sejak dari dulu lagi memang always Mango Juice.
Poyo je chasing phone guna E = Ellis. Dia ni memang, suka chasing tulis-tulis nama macam ni.
Orang suruh buat hidung kembang laaaaaaa
Lepas siap makan, I ajak Ellis pergi tempat lain. I
nak makan Tiramisu pulak. I tingin Tiramisu la lately. Dekat VS ni makin malam
makin ramai pulak orang. Tetiba I rasa macam stuffy duduk dalam train ni. Tak
boleh nak bernafas. So kitorang pergi GE Mall pulak for hot drinks and dessert.
Cara dia pindah tempat makan ni macamkan esok tak payah kerja. I dengan Ellis
sama-sama tak perasan yang esoknya Jumaat and still have to work. Kitorang
usually keluar sama for dinner on Friday night. So masa lepak tu besuka ria la
tetiba Ellis cakap, ‘Baby, tomorrow is
Friday! We have to go to work tomorrow. I tot esok Saturday’. Huwaaaaaaaa.
Esok kerjaaaaaaaaaaaa
Kitorang order Earl Grey Tea share dua orang. Air panas boleh refill. Tea bagus sebab low calories compared to Hot Chocolate.
Ni Mango Custard menda entah nama dia. Tapi yang penting, sangat la seeeeeedap!
Niat nak makan Tiramisu tak tercapai. Dekat Alexis
ni ada Tiramisu tapi contain Cognac pulak. Ada alcohol so kalau kita dah tau
ada alcohol, kalau makan jadik berdosa la. Masa nak order tu, Ellis tanya still
nak Tiramisu ke? I cakap taknaaaaak. Berdosa sebab haram! I ingatkan waiter tu
tak paham sebab dia Pinoy. Tapi dia dah gelak-gelak dekat I. Masa I pilih nak
cake apa, I bagitau dia. ‘I may look
modern by appearance but I am traditional at heart. I never taste alcohol in my
life.’ Lepas tu dia cakap, Good ma’am! You should try this cake. Tu yang I
ambik Mango Custard ke menda entah nama dia. Sedap kek tu, kurang manis kalau compare dengan Pavlova.
Lepas makan kek, kitorang pon balik. I tido pon senyum je malam tadi. Sebab my steak hunting ends tonight. Alhamdulillah dapat makan steak dekat VS. Minggu depan start diet balik. Ingat target nak dapatkan below 60 ok Suraya? Jangan nak besuka ria sangat makan sedap-sedap. Enough for this week. Okbye
-eNd-
No comments:
Post a Comment