Thursday, April 14, 2016

Happy 7th Engagement Anniversary

Assalamualaikum..

Korang tau kan dalam FB ada satu app ‘On This Day’. I suka tengok application tu sebab nanti boleh reminiscing back my memory. 2 years lately timeline I penuh dengan gambar Shein masa kecik. Biasala excited baru dapat anak pertama. Hari-hari nak share pasal Shein. Ni dia dah besar ni, dah jarang-jarang dah upload gambar Shein. Tu yang kekadang peminat Shein sebok tanya baru la I masukkan gambar ni. Macam hari ni, FB keluarkan balik memory 7 years ago masa I upload gambar bertunang I dengan Sazli. Actually tarik sebenar bertunang is 4 April 2009. I bertunang 2 bulan je, lepas tu kawen. Buat syarat sebab permintaan dari family both side. Ikut I taknak bertunang sebab nak menjimatkan kos. Hahaha. Tengok balik gambar, rasa macam debab sangat sekarang. Waktu tu berat I dalam 59kg macam tu. Tapi takper, sekarang ni pon I tengah working out untuk dapat balik berat masa belum kawen. InsyaAllah lagi 5kg dah dapat catch up semula. Chaiyok! Sazli pulak, now 2kg lighter than masa 7 tahun lepas ni. Tsssk Tsssk.



Introducing to you. My ex-fiancee Mr Sazli. Boleh tahan handsome masa ni. Rambut pendek, clean shave T___T


Tema bertunang warna peach. I buat baju dengan Kaklong dari Fitrah Pengantin dekat Jengka. Make-up, Pelamin pon ambik dari dia jugak. Gambar ni diambik oleh Arwah Roland Hashim. Hantaran 7 berbalas 9. I upah je orang buat hantaran. Kitorang beli hantaran sama-sama. So, fair. Konsep dia if Sazli spend RM5,000 untuk total hantaran, I also spend the same amount. Sama-sama kerja, so sama-sama la keluarkan duit untuk belanja bertunang, kawen semua. Kitorang masa kawen pon, belanja persiapan kawen macam kad, pelamin, photographer, baju and make-up everything divides equally. Sama banyak. Both side lelaki and perempuan. I pon lebih suka macam tu. So takde la terbeban semua on pihak lelaki. 


I mintak nak sanggul and pakai bunga macam ni masa nak bertunang. I suka. Simple je kan? Bila kurus, leher pon panjang je. 


Abah and Mama Shein 7 years back


Ni Family I and cousin, Kak Ngah and anak-anak dia. Yang lelaki takde dalam gambar sebab semua sebok dekat bawah. 


Check out Kasih and Sasha. Kecik je lagi. Depan tu Intan and Nadia. 


Dengan Mak and Bapak

Masa bertunang and bernikah, persiapan dan belanja semua diuruskan oleh pihak perempuan. Macam masa I nikah, belanja semua I dengan family bare the cost, tapi Sazli kesian dia bagi jugak duit sebab I pon buat nikah dekat Felda Villa. Dia bagi, I ambik. Hahahaha. Actually kalau nikah kat masjid tadek la kos tinggi sangat. Itu pilihan masing-masing. Nikah/Kawen ni memang seumur hidup sekali, tapi jangan la sampai berhutang keliling pinggang lepas semua selesai sebab nak everything perfect. Ukur baju dibadan sendiri. Kan?

Kitorang bertunang, nikah sanding tahun 2009, masa tu pon Sazli baru kerja. Macam duit hantaran, memang la semua duit Sazli. Majlis pulak, belah I Mak setelkan, belah Sazli Bapak and Mak uruskan. Bila kita sama-sama working out keluarkan duit untuk kawen baru la rasa manisnya. Unless la kita ni artis kawen dengan millionaire tu lain cerita la. Kita takyah buat apapa. Jadik princess lepas tu belanja semua bakal suami yang uruskan. Ko duduk diam-diam goyang tetek, tau-tau semua setel je. Hahahaha.

Anyway, happy 7th engagement anniversary Papa! Macam sekejap je masa berlalu tetiba dah ada Shein. Thank you for this wonderful 7 years. I happy to have you as my husband. Sebab dia kawan baik I. Supportive, understanding and suami yang boleh dibawak berbincang. Paling takde ego and paling penyabar. Yang penting, Sazli hari-hari ingatkan diri dia sendiri untuk jadik Abah yang baik untuk Shein and selalu usaha nak bagi I happy. Nobody’s perfect and I pon imperfect tapi yang penting kita accept kekurangan dan kelebihan pasangangan masing-masing. Kena banyak sabar and kena banyak tolerate. InsyaAllah bahagia sampai akhir hayat. I love you Papa. Nak uweeeeet!



-eNd-

5 comments:

YieN said...

Cantiknya majlis tunang.. Kite dulu buat biasa2 je, hehe~

Mimy Hamid said...

sebenarnya aku tiru ko nya sanggul masa tunang haha

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
Mana crita detik2 perkenalan tu :P
Up ar sikit

Chooyaya! said...

yen : mana ada cantik. biasa2 je ni awak :)

mimy hamid : bila ko bgtau, baru aku tau. hehe

haris zuhaina : rasanya macam dah ad citer. shein, how i met your father nama entry dia

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
Mmg ada post tu
tp tak crita pun
sekadar mukhaddimah ja
mana aci weyh
dah tu part 1 ja

CEPAT P UP PART 2, kaih kaih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...