Wednesday, April 13, 2016

VILLAKU RESIDENCE HOLIDAY - PART III

Assalamualaikum..

Harini I share pulak gambar Villaku Residence dari luar macam mana bentuk dia. Also activity kitorang luar rumah. Activity takde apa sangat pon as kitorang datang sini memang nak bermalas-malas and relax je. The kids la yang tak reti diam, ada je menda dorang nak buat. I lepas lunch, memang masuk bilik taking nap dengan Shein. Mata memang tak boleh nak angkat. Sayup-sayup I dengan Rayyann panggil 'Mr Davidddddddd' entah nak apa lagi la dia tu. Kang sekejap dengar orang terjun dalam kolam jerit-jerit. Pukul 4.00pm baru I bangun. Usually memang terlepas la activity dorang lepak tepi pantai main pasir, bakar ikan dekat open fire yang Mr David buat tu and lepak atas pangkin layan gossip pasal politics and 1MDB. Haha. Shein pulak bangun-bangun je terus nak masuk kolam. By the time I and Shein masuk kolam, semua orang dah keluar sebab dorang dah berendam dari pukul 2.00pm lagi. So I activity dua orang je la dengan Shein. Menyam.


Ni pandangan dari luar. Cantik dan bersih.


Dekat tepi Villa ada kolam ikan. Depan sana laut.



Besar jugak kolam ikan ni. Kalau berani, boleh la berenang dalam ni. Haha. Nampak tak buaian dekat tepi pantai tu? Situ la the kids selalu main tapi takde sorang pon snap gambar.



Ni belakang Villa. Belah sana tu is Villa yang satu  lagi. Memang bersih sangat kawasan dia.



Ni gambar Nirwana ambik dari Villa the other side.



Tempat park kereta luas. Bas pon boleh masuk. Mana la tau kalau korang nak datang sewa bas ke kan? Ha...



Depan Villa ni pon also ada air. Ada ikan or tak, I tak sure. Kalau nak tau, boleh la terjun.



Tu pintu pagar masuk and entrance. Sini gated area so dari segi keselamatan, InsyaAllah terjamin.


Meja dekat luar, tepi swimming pool. Sambil lepak sini, kena angin sepoi bahasa lepas tu layan makan cekodok cicah sardines. Perrrghhh. Tapi sardine is prohibited during this vacation. Konsep dia, eat clean. Ok fine. Haha.



Sedap pulak teringat Mr Lee and Mr David bakar ikan. Letak Ikan sekor dalam aluminium foil dengan bawang besar and garlic. Tu je. No salt no nothing. Makan dengan Sambal Kicap. Perrrrghhhh manis sangat rasa ikan tu. Dorang suka lepak dekat pangkin ni. Best je kena tiup dengan angin. Ni kalau ada Teh Tarik pon  layan ni.



Masa bila pulak la dorang duduk tepi pantai buat sand castle ni. Shein takde langsung main tepi pantai. Nama je bawak baldi penyodok lori pasir semua. Sudahnya Shein main dalam toilet je. Haha.



Dekat pantai ni kalau petang, kita boleh nampak bot nelayan. Tu kesan tayar tu is ATV. Kalau nak sewa also can. Tapi takde sapa yang nak. Dengan panas terik macam ni, baik duduk bilik ada aircond layan tido. Eh. Tu aku! Haha.



Mr. David nyalakan unggun api ni dari first day, sampai la nak balik api masih ada. He really working hard on it. The kids pon suka la. Shein tu kalau tak halang, makin lama makin dekat dengan api. 


Percubaan kaum lelaki untuk jolok buah kelapa muda yang failed. Haha.



I give you credit for trying Mr. David. Even though you failed. Haha. 



Sudahnya, dorang keluar carik air kelapa muda jual dekat tepi jalan. Mana la tak failed, galah tu bukan ada sabit pon. Dorang pergi jolok-jolok je kelapa tu memang la tak jatuh. 

Next entry I akan share activity kitorang dalam rumah pulak. Activity dalam rumah basically is masak and makan je. Everyday pukul 10.30pm I dah masuk bilik tido. Adults lain, lepak sampai pagi and main snooker. I cakap pada Shariffah, I'm old. I need to sleep early. Hahahaha. Tapi sepanjang-panjang kitorang dekat sana, tak pernah sempat lapar. Foods is everywhere. Antara rajin and malas je la prepare. Buah-buahan melambak. Tukang kupas usually sorang je, tukang makan 18 orang. Acane? Hahaha. 

Sazli sempat jogging dengan Abang Duhairi area Balok masa second day sampai tu. Total pergi balik is 10km. Sampai sekarang dia cakap menyesal lari 10km. Hahaha. Memula dia macam confident la nak lari sebab kata Abang Duhairi, dia tak biasa lari. Sekali tengok member konsisten je lari non stop sampai 10km. Rupanya dia biasa cycling. Geng dengan Dr. Adrian rupanya. What a small world. Patut la stamina tinggi. Tapi Sazli ok je lepas tu takde la terus baring ke apa. I tengok dia ok je. 3rd day tu, I tanya dia nak jogging lagi ke tak? Dia cakap taknaaaaaak. Hahaha. 

So, kalau ada sesapa yang nak more info and nak datang sini jugak, macam biasa check info dekat bawah ni.

Villaku Residence
Lot 28195. Kg Pantai Balok
26080 Balok, Kuantan
+0192669669


-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...