Assalamualaikum..
Akibat dari tak puas hati makan steak dekat Chili's semalam so I keep on berfikir untuk makan steak lagi today. Was thinking either untuk makan dekat Menate or dekat Victoria Station sebab bagi tekak I, steak dekat situ sedap and affordable untuk I. Kalau nak yang lagi sedap of coz ada tempat lain yang ada premium steak, angus belaka tapi I rasa macam kedekut untuk spend hundred over guna duit sendiri untuk makan sedap unless duit Sazli or duit Bapak, itu lain cerita. Hahahaha. Dari pagi dok meratib nak makan steak. Kebetulan Sarah ajak lunch sama. Nak makan sedap kata dia. Bila I cakap nak makan dekat Menate dia cakap OK! So terus la menuju ke Menate Ampang Jaya. Masa kitorang sampai, orang tak ramai. Ada dalam 3 group je. Bagus. Lagi sikit orang, lagi cepat dapat makan.
Sarah punya ni. Rib Eye. Lebih kurang dalam 250gram and berharga RM55.00
Sarah order Medium Well tapi dapat Medium. Tertukar dengan I. I mintak Medium tapi dapat Medium Well. Naseb baik Menate ni, Medium Well dia not too dry. So ok la. Kadar frust tak sampai 100%. Daging I still moist and takde la liat macam steak dekat Chili's semalam. I makan licin ok? Sikit pon tak tertinggal. Sehingga ke titisan terakhir and I sangat-sangat puas hati. Next, I nak ajak Ellis makan dekat Victoria Station pulak. Nak makan steak jugak lagi. Lepas tu baru I puas hati betul sebab VS never disappoint me. Always cook the steak right. Sarah suka Rib Eye sebab dia macam marble. Ada lemak-lemak dekat dalam daging. I suka Sirloin or Striploin sebab lemak tebal dekat tepi. I suka part lemak tu.
Usually, kalau Striploin or Sirloin better masak Medium Well sebab bagi lemak dia masak tapi I suka jugak Medium Rare. I bukan nak makan lemak dia, but I suka the flavor and minyak-minyak dari lemak tu. Biasa la dah nama dia Suraya, mesti la suka yang unhealthy part je. Kan?
Ni I punya. Striploin. RM55.00 for lebih kurang 250 gram. Portion just nice and mengenyangkan.
My makan partner. Sarah or Sarabanon kata Intan.
Sarah is my makan partner. Yang never let me down if I nak makan apa. Cakap je dengan Sarah nanti dia ok je semua. Dia pon cakap I makan partner dia. Ajak la makan Korean ke, Japanese ke, Mediterranean ke apa ke semua Sarah ok and always happy to try without condition or buat muka tak suka. Yang macam ni la I suka. Takde syarat kalau lunch kena makan nasik sahaja or tak boleh makan itu or tak makan ini. Semua pon ok je. Konsep dia, bayar lebih takpe janji puas hati dapat makan. Ajak tengok movie pon, Ok. Walaupon short notice. Lepas ni Sarah dah nak resign, dah takde dah orang nak teman makan if I teringin nak makan apapa. Ada tu memang ada (Kaklong) tapi dia tu, konsep dia kalau ajak kena belanja dia. Tu yang menyampah tu. Hahahaha.
Ada yang cakap steak yang I makan ni mahal. Ada tempat lagi murah. I tau steak jenis tu macam mana. Jenis nipis lepas tu tuang terus gravy atas daging macam roti banjir and kalau mintak nak medium rare or medium ke apa nanti tukang ambik order muka terpinga-pinga je. Steak dia pon takde ribeye, sirloin, striploin or t-bone etc. Steak tu = daging. Yang tu memang boleh dapat below RM20.00 tapi I taknak yang jenis macam tu. So bagi I, bayar RM50.00 - RM100.00 untuk 1 hidangan steak tapi I boleh pilih daging jenis apa and masak macam mana, is OK untuk I. Sebab I puas makan and bila keluar restaurant, muka senyum je tanda puas hati. Ada orang makan asal kenyang. I suka makan untuk gembira and untuk self-satisfaction. Paham?
Tak paham sudah. Haha.
Menate Steak Hub
16, Jalan Kerja Air Lama Satu, Taman Shuet Liang,
Ampang, Selangor, Malaysia
Phone:+60 12-911 1777
-eNd-
2 comments:
ok post u yang ni berjaya buat i betul2 terliur :)
nurul nadila : hahahahahaha. kena makan sekarang la mcm tu.
Post a Comment