Tuesday, May 17, 2016

Briyani Claypot at Kapitan and Kayu Nasi Kandar !!

Assalamualaikum..

Welcome back to KL! Walaupon Penang banyak makanan sedap macam Nasi Briyani Claypot dengan Almond Milk dekat Restoran Kapitan, Cakes and Coconut Ice Cream dekat Easy Brew yang cool, Nasi Kandar tersayang dekat The Original Kayu Nasi Kandar taaaaaaaaaapi KL tetap menjadi pujaan hati. Tengah hari ni nak ajak Kaklong makan either Sushi or Korean Foods. Cukup-cukup la sudah dengan kari dalam perut selama 4 hari. Last semalam I makan Mee Udang Mak Jah lepas tu I rasa perut I dah macam berperang bergelodak kat dalam. Very upset stomach. Malam tadi temperature pon dah ada package dengan rasa mual, angin dalam perut taaaapi tetap setel 3 trip laundry dengan lipat kain. I memang kena buat terus kerja-kerja laundry ni no matter how penat/tak sihat macam mana pon. Kalau tak nanti I tak puas hati. Orang tua kata kalau mati mata tak katup sebab hajat tak sampai. Saiko giler. Hahahaha. Al-hamdulillah pagi ni rasa sihat. I kena sihat sebab banyak kerja nak buat dekat office + nak handle agent-agent and stokis Transgluta and Transbella. Sebelum entry lain keluar, pagi ni jom tengok gambar Nasi Briyani Claypot  yang kitorang makan dekat Restoran Kapitan and The Original Kayu Nasi Kandar. Harap jangan makan hati.

Part I - Restoran Kapitan


Chicken Briyani Claypot dekat Kapitan ni WAJIB korang kena try if korang datang area Armenian Street. RM11.50 je harga dia. Murah


Atira makan ni share dengan Mimi and Khalil. I makan Cheese Nan with Tandoori. Jamah jugak sikit Biyani ni and memang sedap. Ayam dia pon besar. Waiter dekat sini orang mintak nak ayam peha (Untuk set Cheese Nan), sebok suruh ambik dada sebab kata dia takde tulang and kenyang. Dua kali dia cakap suruh ambik dada. Eh suka hati laaaaaaaaaaaa. Tengah makan, dengar meja sebelah marah waiter. Kata dia, ‘Kitorang sampai lagi awal lama dari meja depan. Kenapa dia order semua dah dapat kitorang air pon tak dapat?’ Lepas tu I tanya pada Mimi, kita bersalah ke dalam hal ni? Kata Mimi, kita tak bersalah. Hahahaha. Tu la. Tips dia, lain kali kalau nak makan kat kedai makan, muka kena la senyum time order and jangan nak muka ketat sangat. Waiter tu manusia jugak. Bukan slave korang ye? Be nice to them. Lepas tu buat-buat peramah. Lepas tu kalau nak order panggil macam ni, ‘Abaaaaaang, nak order!’ Haaa. Confirm sampai cepat makanan. Hahaha.


Besar kan ayam dia? Untuk 1 set Briyani ni, I rasa boleh makan 2 orang. Memang banyak giler nasik dia. Unless kalau korang dah 2 hari tak makan maybe boleh habeskan semua.


Thorbaekkk. Yang ni Cheese Nan Set. Skali dengan Ayam Tandoori. Harga dia RM11.00 pon sedap! Kuah mint dia memang layan. Makan dengan bawang raw, perah limau nipis. Lepas makan, mulut rasa kuda.


Ni la Restoran Kapitan ni. Kata Atira, Milani Chicken dekat sini must try. Tapi masa kitorang sampai tu around 8.00pm, Milani chicken dah habes. Takde rezeki.


Le Cousin (Belah Sazli) Atira and Mimi. Khalil duduk sebelah I. 3 beradik ni la melayan I masa dekat Armenian Street and makan-makan time ni. Tenkiu korang. Kalau korang takde, mission Kaksu untuk ambik gambar dekat Armenian Street/Art Street Penang ni takkan tercapai.


Part II - The Original Kayu Nasi Kandar

Ok next, kiter go backwards. Masa first day sampai I dengan Sazli terus decide untuk lunch dekat Kayu. If orang lain suka makan dekat Nasi Kandar Beratur la apa la, bagi I Kayu ni dah cukup sedap! Kitorang gerak awal dari KL. Lepas subuh terus chow. Naik 2nd bridge and by 11.00am dah sampai Kayu. Orang pon tak ramai so best la makan dalam keadaan aman damai. Cuma hari yang I datang tu, Ayam Madu dia takde peha and Sotong Goreng dia tak siap lagi. But still sedap! Sazli ajar makan Nasi Kandar ulam Lada Hijau yang besar tu. Sedapnyaaaaa. Krup krap makan. Shein layan makan Papadom and minum Teh Ais Sazli. Dia pon behave je masa trip kali ni. Takde tantrum and well behave dekat kedai makan. Thank you Shein for your co-operation. Macam Sazli, bila something yang I really looking forward (obviously makan la kan?) Dia akan handle Shein 100% and biar I enjoy  makan. Sazli pon dia orang Kedah and dari kecik memang biasa makan macam ni so dia kasik chance OngJohor makan kari puas-puas.


Ni I punya. Nasi Kandar kuah campur, Ayam Madu and Telur Sotong. Taktau berapa hengget. Sazli yang belanja ni.


Hi Shein. Shein ni kalau I panggil ‘Shein!’ Dia sebok nak Shein jugak. Hahaha. Shein tu is you la. Baju ni Abah dia tempah dekat kawan. Lawa kan?


Tangan dia tu, debab sungguh. Now kalau I gigit ke apa nanti dia cakap, ‘Adoi’. Hahahaha.


Tengok Sazli makan Nasik Kandar ulam lada hijau. Lepas tu I mintak, dia kasik je. Tu beza I dengan Sazli. Kalau dia mintak I punya, I jeling.  Haha.


Naked Face. Takde sapa merajin mekap kalau keluar rumah pukul 6.00am. Tapi dengan Transgluta and Transbella, naked face also now tak jadik masalah. Cecece. Sesambil promote.

Dua tempat makan ni I share dulu. Many more to come. Hahahahaha. Puas hati la makan kali ni. But if ada chance, next time I nak makan dekat area Armenian Street tu. Lepas makan dekat Kapitan, kitorang pergi dekat Easy Brew. Cool giler restaurant ni. Ada coffee and cakes lepas tu western foods. Konsep dia sangat best. Nanti I share ok? Selang 2 buah kedai dari Easy Brew ada kedai cake (Nama lupa) yang offer more than 100 type of cakes. Kitorang masuk and tengok cake je. Tapi waktu tu dah kenyang so macam tak boleh nak masuk dah makanan. Next time kena pergi. Kek dia pon semua nampak sedap. Bagi I, Penang ni memang best la. Kalau dah tua nanti, ingat nak settle down dekat Penang la. Sini makan semua sedap. (Sebab tu je ke???????  OMG) Hahahaha

-eNd-

4 comments:

Zie Ya said...

tu restoran nasi kandar kayu kot kak su.bukan pelita.heeee

Chooyaya! said...

Zie Ya : Ok, dah edit. tenkiu sebab notice. hehe

siti nurliyana said...

milani chicken + nan cheese. sedapnyee ya tuhan. 1st try kongsi dgn kwn pastu rasa nyesal. 2nd time dtg mkn sorang2 baru puas hati. hahaha

wanda said...

kak su..kalau nk makan milani better p Kapitan di Gurney punya branch... sana mmg sedap milani dia..n jgn lupa mintak kuah extra...
btw nasi briyani tu kalau org penang makan sorang satu..share xbest.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...