Assalamualaikum..
Sabtu bebaru ni Mak ajak kitorang pegi jalan-jalan.
Keluar awal la dalam pukul 10.30am, boleh brunch lepas tu window shopping dekat
tempat selain KLCC/Pavilion/Great Eastern Mall or Ampang tercinta. So I plan
baeeek la nak bawak Mak pergi Publika. Sazli pon boleh la sesambil tengok
songkok panjang dia yang macam Amy Search suka pakai dekat sana. Kedai nama apa
I dah lupa. Usually kalau kitorang bawak Mak keluar, Sabtu tu Bapak ada Golf.
So dia tak la rasa bersalah sangat kalau keluar bejalan lama sebab Bapak pergi
pagi balik petang. (Tido je dekat golf club tu terus Bapak). Dia pon dah
gembira la sangat-sangat. Kata nak jalan? Sekaaaaaaaaaaaali Sabtu tu Bapak
cancel golf dia and nak rehat kat rumah. Maka kecewa la Mak tak dapat jalan.
Tetapi demi untuk menebus kekecewaan beliau, kitorang pon bawak dia pergi breakfast dekat Green Tomato Café since dia
memang suka makan salad and roti-roti. Mak pon tak pernah pergi sana lagi.
Jadiknya, tetap la kami masih berada di kawasan Ampang. Hahaha.
Padahal
dah banyak kali share kan? Takper. Kot ada new reader ke yang tak pernah baca blog ni. Memperkenalkan ini
ialah Egg Benedict. Sazli punya favorite ni. RM18.00 harga dia.
Mak
makan Hearty Breakfast. RM18.00 jugak. Ni kalau makan, memang kenyang sampai
petang. Suka Mak breakfast macam ni. Dia suka roti and salad.
I
this time cuba Green Tomato Sandwich. Basically it’s a croissant, scramble egg
dengan baked potato. RM15.00
Cappuccino
untuk Sazli RM10.00 and Hot Chocolate untuk Mak RM12.00. I sekarang tengah
avoid air manis, so I minum air kosong jer la. Takper la seksa sikit menahan
derita dihati asalkan turun 7kg cia cia cia
Shein
makan muffin sesambil kitorang suap la roti semua tu. Dia pon sebok jugak nak
guna fork and knife. Kalau mintak, dia heppp kan kita. Ewah engkau.
Sazli
sila bagi kerjasama kalau ambik gambar next time. (Kata Sazli, ni kan candid?)
Kemain Siti Nurhaliza siap sentil bunga kat tepi telinga. Umur berapa ni?
Masa kitorang datang ni ada group Insurance buat
activity lukis batik. So tempat agak full. Naseb baik ada meja kosong. Macam
biasa, I suggest korang kalau nak datang tu, datang awal pagi. Sini konsep dia
open air. Naik tengahari dah panas. Bila panas mula la nak meroyan kan? Ke tak?
Ke I sorang je kalau panas meroyan. Jawapan : Tak. Sebab Anny pon jenis meroyan
kalau panas. Kalau nak pergi lepak kedai Mamak pon, kena kedai Mamak yang ada
aircond. OMG Belagaknya kita Anny. Hahahaha. Tingat Anny beria explain, ‘Suraya, aku bukan belagak Suraya. Aku tak
boleh panas nanti aku migraine’. IYERRR takyah explen. Kita sama-sama
hyperthyroidism. Memang akan cepat panas and ada anxiety problem. Nanti mula la
cakap pon gagap-gagap ketar kalau tak boleh control. Haha.
Sambung pasal Mak. Masa dalam kereta dia cakap
nanti dia nak ajak Bapak datang sini la breakfast sama. Bapak suka Cappuccino.
Dia mesti suka. Kepada Mak, Good luck diucapkan. Tapi mungkin boleh guna Shein
sebagai umpan. Bapak tu kalau Shein, dia akan kalah habes semua menda. Nanti
Shein dah besar sikit, I nak ajar dia cakap macam ni. ‘Baba, please bring me to KLCC. I want to go Toys R Us’. Tak kisah
la apa pon. Petik je. Janji kita semua dapat keluar berjalan sama-sama. Haha. Bapak
dia memang takde der nak jalan-jalan mall ke apa. Dia bukan kaki jalan pon.
Kalau tak iye-iye nak cari barang, takkan der dia nak singgah KLCC Pavilion
semua tu. Haraaaaaam. Dia punya routine ialah rumah – surau – Golf dekat KGPA –
Brunch dengan kawan sekolah dekat Pelita Ampang – Ampang area. Tu jeeer. Ni dah
nak jangkit dah ni dekat Sazli sikit. Menyam.
Address: 333, Persiaran Ritchie, Desa Pahlawan,
55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone:+60 3-4251 8416
-eNd-
1 comment:
ehheheh kelakar la. I pun suka tempat ada ekon walaupun rumah I takde ekon. tapi rumah i sejuk, maklumlah dekat dengan hutan kan T_T. kalau pegi kedai makan takde ekon/ wedding bawah khemah, nanti ketiak I start berpeluh pastu I start nak marah marah carik gado -_- so salah panas ke salah ketiak? ahhahaa
Post a Comment