Walaupon balik kampung dah almost 2 weeks,
tapi petang ni I nak share gambar yang kitorang balik last time. This entry
dedicated to Kak Ina sebab sudi bersusah payah gorengkan kuih masa I dengan
Sazli and Shein datang lepak dekat kedai dia last time. Kata Kak Ina, dia silet
reader blog I ni. Semua menda dia tau. Especially bab makan la. I saspek dia
pon kaki makan jugak. Dah la kena paksa beli Transgluta dengan Transbella Promo
Price tu, lepas tu kena pulak gorengkan kuih buat air segala time kitorang
datang kedai. Kekadang jugak kena belanja Shein eskrem. Hahaha. Now kalau balik
kampung, bila petang, kitorang ronda la naik motor keliling kampung. Pit stop
kedai Kak Ina la. Lepak dekat depan tu, layan eskrem sedozen sambil borak
dengan Kak Ina and senior I masa sekolah come crush, Enal. Hahahahaha. Pukul
7.00pm baru gerak balik sebab Sazli suka solat Jemaah dekat surau belakang
rumah I tu.
Tengok dia punya cincin dengan gelang. Macam Mami Jarum Junior. Hehe. Kaya-kaya orang Jengka ni woooo. Jangan main-main
Kak Ina goreng Karipap, Kuih Cucur Badak, Sosej semua macam nak makan 10 orang. Thank you Kak Ina. Next time boleh buat lagi macam ni ok?
Suka la Shein datang sini sebab food paradise. Penuh dengan jajan kedai Kak Ina ni.
Kata Kak Ina, Sazli dah kurus.
Sazli memang enjoy his time dekat kampung.
Maghrib dengan Isya’ dia join Jemaah dekat surau. Kekadang ikut je la
Pakcik-pakcik tu pergi makan kenduri. Tanya kat mana kenduri, dia cakap tak
tau. Sabar ajer la. Lepas Jemaah Subuh nanti dia lepak sarap pulak dengan
kawan-kawan dekat kedai kopi. Sazli ni dia pandai bawak diri. Pakcik ke,
brother ker, semua dia layan jer. Takde masalah. Sesiapa yang cakap dia sombong
kat kampung meh I jotos skek kepala tu. Hahaha. Mana ada sombong Su dengan
Sazli kan Kak Ina? Belum lepak sama dah cakap ‘Tak boleh blah la lepak dengan orang KL’. Ko dah kenapaaaaa??? I
orang Jengka jugak kan? Takde beza pon dulu dengan sekarang. Hidup membesar
semua dekat Jengka 22 tahun kot? Celah mana yang tetiba I jadik eksyen sebab
jadik Orang KL? Grrrrrrr.
Kalau I bercantik-cantik tu sebab I kan
sekarang bersama-sama dengan Transgluta/Transbella. So bila ada event, kena la
bersiap molek skek and one more thing I kan Nuffnang Talent Blogger? So bila
ada event and Manager I pesan, Kaksu kena cantik-cantik for this event so I
ikut je la. Sesambil support MUA friend yang teringin nak mekap muka I, so I
bagi support and at the same time boleh bercantik-cantik. Itu ajer. Takder der
I dah berubah ke apa. Sama. Masih macam dulu. Masih Suraya Sulatin Pengawas
Kebajikan yang paling sebok bila ada ayah student meninggal and rumah terbakar
untuk kutip derma. Takde apa yang berubah. Sama macam lagu Fauziah Latiff, ‘Aku masih seperti dahulu. Merahnya cintaku. Menyala di kalbu. Aku masih yang kau
kenal dulu. Harumnya kasihku. Semerbak rinduku’.
Cumanya kalau I nampak macam
ignorant, bila ada yang try to reminiscing back memories zaman sekolah lepas tu
cakap menyesal la tak mengorat dulu. Dulu hitam je, gigi pon rongak sekarang
dah cantik cia cia cia. Ha yang tu memang la I tak layan. Lepas tu kot sesiapa
yang pernah ada issue masa zaman sekolah dengan I, udah-udah ler. Lupakan jer
la. Kiter semua dulu pon tak matang lagi. Kalau ada apapa kesilapan dari I, I
mintak maaf. Kiter lupakan semua. Mulakan hidup baru. Kalau ada yang masih nak
mengata dalam group WhatsApp atau bergossip sesame sendiri mengata I semua tu
sebab kononnya I don’t deserve semua yang I ada sekarang rentikan la eh? I diam doesn’t mean I taktau. I just
couldn’t care less. Bagi I, sapa yang mengata tu sebab jeles ler. Bukan
ada sebab lain pon. Ye dak? Ke nak deny lagi? Kah kah kah.
Anyway, tadi nak cerita
pasal lepak kedai Kak Ina and Enal tapi tetiba ada sessi meluah perasaan pulak.
Bukan apa, geram jugak bila fikir pasal sahabat-sahabat lama yang sepatutnya
menyokong kita but tak habes-habes nak mengata instead. Liar always detected.
Bagi I menda tu simple. Dulu zaman sekolah boleh la korang tag team taknak
kawan I. Pulaukan I. Dengki lettewwww sebab Abang Senior and Peer Lelaki ramai
suka kiter. Haha. Sekarang ko taknak kawan suuuuudah. Nak mengata I seisi
keluarga teruskan. Siap kira berapa berapa bungkus Nasik Lemak De I jual dulu
macam dah takde kerja lain nak buat, bring it on. Yang hidup tak maju korang
jugak pon. Bukan I. Siapa yang makan cili, dia la terasa pedasnya. Kbye!
Eh kejap. Tak jadik bye. Ada
nak sambung sikit cerita. Petang esoknya, De I ajak pulak pergi rumah Kak Siti
Norfazilah tengok her new born baby. Kat Jengka ni orang panggil Kak Siti ni,
Siti Ju Karim. Habes semua orang combine nama Mak Ayah dia sekali. Hahaha. Dia
bukak kedai dekat simpang sana. Pagi-pagi I suka makan Nasi Kuning Kak Siti.
Sedap! Kak Siti share experience dia bersalin normal untuk kali ke-4 tapi dia
punya saspen sama macam tak pernah bersalin. Kata dia, every delivery different
experience. Tak bermakna dah bersalin 4 kali, kita dah boleh cool. Depends on situation
pulak macam mana. I punya naik ngilu perut masa dia bercerita. Kata dia,
ambulance yang bawak dia ke Hospital Temerloh dari Hospital Jengka tu bawak
laju. Dia kata, kalau accident ni dengan dia sekali gol. Hahahaha.
Siti Karim and new born baby
I always had a great time
dekat kampung. Kalau takde hal, every alternate week I akan balik. Kampung
best. Sejuk je sebab banyak pokok. Sejuk time malam la. Bila siang panas jugak
sebab atap zink. I lagi suka kalau tak hujan siang tu sebab nanti boleh
ronda-ronda naik motor. Kalau raya lagi best. Meriah macam ada pesta. Bila nak
balik KL, ada semacam perasaan sedih nak tinggalkan Mak dan kampung. Rasa sayu.
I always looking forward untuk balik kampung each time. Always excited. Jengka
Satu, tempat I membesar. Too many memories masa zaman sekolah. People come and go;
tapi good people will always remain in my heart. Yang always happy dengan
kebahagiaan kita, bukan yang asyik nak menyakitkan hati. Yang tu elok tunjal
je. Tu makan dia. Haha.
-eNd-
2 comments:
haah betul tu experience tiap kali bersalin tak sama. I pun berdebar nunggu nombor 3 T_T
btw haah lah nampak your husband kurus
tell me abt it kak su.. tetiba nak menjeles tak tentu hala.. kutuk kaw2 plak tu as in mcm they cannot accept it kenkonon kita ado2 skek walaupun still mengamalkan keserderhanaan gittuh..memahami sangat.. i sng je tak happy jgn follow memfollow just a click away.. ko xnak buat so block button kan ada..
Post a Comment