Assalamualaikum…
Jumaat lepas kitorang sekeluarga dengan Shariffah
sekeluarga had dinner together. Kitorang makan dekat Green House by Muir yang
dekat sebelah Gleneagles Hospital tu. Sebelum ni, I usually makan dekat tingkat
bawah jer. Yang tingkat bawah tu is Japanese Restaurant. Sedap! But this time
kitorang try yang tingkat dua pulak. Shariffah selalu makan dekat sana, kata
dia sedap. So I sejenis pantang kalau orang cakap sedap ni. Wajib cuba. BRYCG
nama restaurant tu. Ajer mampos macam mana nak menyebut. Haha. Kalau orang
tanya nak makan mana, ko kata je macam ni. ‘Today
kita makan dekat Green House yang 2nd floor’. Kalau orang tanya
apa nama restaurant tu, Google je lepas tu cakap ‘Haaa dekat sini’. Kalau orang tu pon cakap ‘Ooooo’ maknanya dia pon sama macam engkau. Tak pandai sebut.
Hahahaha. Sebenarnya sebutan dia macam ni. ‘Bridge’. Gigih I call restaurant
untuk confirm. Haha. Makanan dekat sini ialah New Orleans cuisine.
This
one is I punya. Seafood Aglio Olio. RM34.00
Seafood Olio among the best yang I pernah makan. Rasa dia
just nice, not too hot. Seafood dia fresh. Nikmat sangat bila makan. Makanan
dekat sini memang semuaaaaaaaaaaanya sedap and harga pon ok. Tak mahal sangat.
Macam I cakap, it’s very hard untuk please I punya tekak. I pon kekadang
menyampah dengan tekak sendiri. Kekadang exclusive restaurant pon I makan sambil
rolling eyes jer. Menyentan-nyentak tendang kerusi sebab tak macam apa yang I
expect. Macam kan terror sangat masak. Padahal sambal air mata je yang I expert
pon. Hahahaha. Tapi dekat sini memang sedap. Kena semua dengan tekak I. I rasa
everyone punya foods and semua pon sedap sedap sedap. Oklah malam ni nampaknya
kena datang lagi.
I
ordered this Southern Prawn Salad. RM22.00 jer dengan udang gemok fresh macam
ni sangat la berbaloi. Rasa dia macam ceaser salad lebih kurang. I suka salad
ni.
Rayyan
makan Creamy Chicken Pasta. Kids size. RM9.90 jer. I rasa kalau sapa tak kuat
makan order yang ni pon cukup.
Dia
makan with this mash sweet potato yang kaler purple. RM8.00
Yang
ni Shariffah punya. Oyster Cream Sauce nama dia. RM34.00 as well. Creamy dia
just nice. Perfect. Takde rasa muak. Portion pon ok.
Sazli
pulak, mana boleh kalau nampak ada lamb. His favorite. So dia makan Lamb
Cutlet. RM48.00. Serve dengan Mushroom Ragout and Yuca Fries. Medium well Sazli
mintak. Kalau I, I nak medium rare. Tapi ni dia punya kan? Pesal kalau I pulak?
Haha. Sazli masuk first mouth, terus menyandar sebab dia cakap seeeeedap.
Hero
of the day. Jambalaya. RM32.00
Jambalaya ni kitorang order 2 kali. Actually it’s
Mr David punya, tapi Sazli and Rayyan pon makan jugak. End up order lagi satu.
Rupa dia nampak macam Nasi Goreng kan? But this one is different. Texture dia
lembik sikit macam Risotto tapi takde la mushy sangat. Nak order ni dapat after
20 minutes sebab kata Chef, Jambalaya ni everything semua dimasak from scratch.
Nak bagi nampak likat, dorang tak guna corn starch or any bahan lain untuk
memekatkan kuah. Dia guna ubi kayu betul instead. Ubi kayu ke keledek eh? Haha.
I pon dah lupa.
Mr David ni memang jaga apa yang dia makan, so dia mintak
supaya no soy sauce added tp korang tengok macam letak soy sos kan? Jawapan dia
No. Memang tak letak. Taktau la macam mana Chef ni masak tapi Jambalaya ni
punya laaaaaa sedap. Rasa dia masa masuk mulut macam ada tangy and spicy tapi
once telan, the tangy taste disappeared. Sebenarnya bukan tangy. Entah la.
Taktau I nak explen macam mana. Yang penting, korang kalau datang sini please
try Jambalaya ni Ok?
Siti
Nurhaliza dan suami. Mr Sazli.
Shariffah.
Look younger dengan new haircut. Bila I cakap macam tu Shariffah cakap, ‘Ooo so
I tua la?’ Hahahaha.
Mr.
David and Rayyan. Before this they both and Shariffah is a stranger for me.
Orang yang selalu I jumpa masa dekat GE Mall sampai 10 kali ada kot? End up
berborak. Lepas tu Mr David cakap dia ada sekolah. Lepas tu I dengan Sazli cari
sekolah Shein, satu pon tak berkenan and finally kitorang pergi Building Blocks
International (BBI) and decided untuk hantar Shein dekat sana and now become
our friend and now Shein become Rayyan’s favorite and they love Shein. Ni nama
dia jodoh.
Shein
hugged Shariffah. Mama jealous. Kata Shariffah Shein memang suka peluk dia.
Masa sampai pon, Shein macam pelik je muka. Tadi kat sekolah dah jumpa and now
why are you here? Hahaha.
Ni
second plate Jambalaya. Sharing. I dah tak boleh masuk dah. Mr D pelawa
Shariffah lepas tu Shariffah cakap, ‘Gemok
la I macam ni. I dah makan banyak dah. Bak sini!’ Tadi kata gemok tapi
cakap bak sini. Hahahaha.
Mr D is not a local tau? Dia Chinese from Hong
Kong. Sedara dengan Aaron Kwok and Jackie Chan (Acah mak enon). Tapi I tak
pernah pulak dengar Mr D cakap Chinese. Dia memang cakap English all the time
tapi ada masa I buli dia, ask him to speak in Malay. Dia boleh cakap la Melayu
merangkak-rangkak taaaaaaaaaapi Indonesian slang. Dulu Mr David kerja dekat
sana lama. OMG Too much info. Anyway I nak cerita, kata Mr David dia dulu tak
paham erti ‘pelawa’. Shariffah dulu selalu la pelawa dia makan. Macam
contohnya, if Shariffah makan mee goreng ke nanti dia pelawa la Mr D. Lepas tu
Mr D habeskan semua makanan dia sebab dia ingat Shariffah offer. Dia ingat,
kalau orang pelawa maksudnya dia boleh makan sampai habes. Dia tak berapa paham
budi bahasa orang melayu. Apa eh nak sebut budi bahasa in English?
Sebab
Jambalaya tu sedap sangat so kitorang panggil chef and interview. Tak ingat apa
nama Chef ni tapi if macam ni punya quality makanan yang dia serve, memang dia
deserve bonus dari boss dia.
While
the rest finish their foods, Rayyan bawak I naik tingkat atas. Dekat sini ada
small stage. Soon aka nada live band. Kalau nak buat soft launch product ke,
boleh buat dekat sini. Perfect space.
Kata
Shariffah, nanti I kena try breakfast dekat sini. Best sebab atap dia yang
jenis lutsinar tu. Amenda ntah term dalam architecture. Next time kena try.
Dessert
Time! Kitorang order Cark Chocolate Soufflé dari bakery dekat first floor.
BAPAK LA SEDAP WOI. Shein kan, dia pandai ok? Mula-mula makan dengan I. Bila
dah habes tetiba menyeberang dekat Shariffah. Lepas tu dia tunjuk la gambar
deer dekat dinding. Lepa kitorang, tengok garpu dah dekat kek. Hahahahah.
Penutup
kitorang order tea. Happy Bithday Tea ni memang sedap. Ada rasa masam-masam
manis. So refreshing. Ko dah kenapa macam iklan teh dah ni?
Time
to go home! Cantik pulak Green House punya lighting waktu malam. To Rayyan,
than you very much sebab jaga Shein at school. The both memang close. Rayyan is
like a brother to Shein J
All
boys. Sazli, Mr David, Shein and Rayyan.
Siti
Nurhaliza, Shariffah and Shein.
Hoi! Gila panjang entry ni. Macam novel dah.
Padahal nak cerita pasal makan jer. Hahahaha. Korang kena try ok makan dekat
sini. Memang sedap. I love the ambience, the foods, the waiter, the chef and
everything. I love the company that night. Nanti nak ajak Mak and Bapak makan
dekat sini pulak la. Nak ajak Ellis jugak dengan Anny. Dorang kena cuba makan
dekat sini. Lagipon dekat dengan Ampang. Sebab tu I suka Ampang. Sini banyak
kedai makan sedap. Cuma korang la kena rajin discover. If ada any café/restaurant
yang I tak pernah try dekat Ampang ni, korang share la eh? I suka try makan
dekat new place. Sebenarnya I suka makan. New place tu alasan je. Kah kah kah.
BRYCG @ Greenhouse By Muir
No.1, Off Jalan
Ampang,
Jalan Nipah, Kampung Berembang,
55000 Kampung Berembang,
Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone:+60 3-2630 6728
Hours: 10AM–10PM
-eNd-
2 comments:
budi bahasa maksud nya courtesy kan kak su
This cuisine looks delicious and healthy to eat...
Post a Comment