Monday, May 30, 2016

My Kinda Weekend

Assalamualaikum..

Korang punya weekend macam mana? I masa Sabtu pergi wedding Izzah dekat Pantai Dalam. Dengan Sarah je berdua. Shein tak berapa sihat sebab badan dia naik macam ruam merah tu so Sazli la jaga dekat rumah. Kata Doktor Adrian, Shein kena Erythema Multiforme yang dapat dari bakteria Mycoplasma. So badan dia naik merah tu atau dalam bahasa perubatan disebut Erythema. Kalau nak tau macam mana rupa dia, boleh Google sendiri. Lepas tengok gambar, mesti kita akan automatic rasa merenyam satu badan. Now dia tengah on antibiotic for 5 days and probably akan hilang after 2 weeks macam tu. Basically Shein takkan rasa gatal ke apa, he’s good. Cuma mata kita je la tak tahan nak tengok. Korang jangan risau eh? Shein ok je. Semalam pon masa bawak dia pergi Ge Mall, dia punya happy macamkan tak pernah keluar rumah langsung. Perangai Original People sangat. Hahaha.


Bird bird.... Parrot la Shein!


Sampai-sampai dekat GE Mall, singgah dekat Pet Wonderland. Shein suka la tengok ikan. Dia cakap ‘Baby Sheeeee’  masa dia tengok anak ikan. Puas ajar fish fish, tetap bunyi sheee sheee. Hahahaha. Kata Sazli, ‘Jom la bela ikan, Shein suka’. I balas dengan jelingan maut dari belakang. Nak jeling depan-depan tak berani. Haha. Takde kerja aku der nak memelihara haiwan dekat rumah. I memang tak berkenan nak bela ikan, bela kucing dekat rumah. Tak kuasaaaaaa. Kang satu hal pulak nak menjaga. Kucing ni, baik macam mana pon tetap akan ada  dia muntah, berak, kencing merata. Kenot ok? I tak suka handle taik kucing. Dulu masa kecik, dekat rumah memang penuh dengan kucing. Pagi-pagi jenuh nak kena kaut taik kucing 5-6 tempat dekat belakang almari dengan surat kabar, lepas tu kena cuci dengan air lepas tu mop. Mak mengarahkan ajer. Kata boss? Sejak dari tu memang I berazam, I takkan bela kucing dekat rumah no matter what. Shein buat la drama rasukan ablasa ke apa the answer is still NOOOOOOOO.

Lepas tengok kucing, kitorang makan dekat Kiku Zakura. Macam dah lama tak makan dekat sini. I suka dia punya Teriyaki Fish. Kata Sazli ikan masak kicap. Suka suki je tukar nama jadik ikan masak kicap. Shein macam biasa la, dia mana boleh kalau Mama Abah both depan mata. Mesti dia buat hal punya. Taknak duduk setempat. Lompat sana lompat sini. Duduk dengan I, lepas tu menyusup bawah meja tetiba ada dekat Abah dia pulak. Peerrrghhh urut dada. Dia ni kata la kalau keluar dengan salah sorang dari kitorang, dia punya performance memang superb. Makan pon suap sendiri. Habes-habes pon masa semalam I bawak dia pergi Ampang Point, tetiba kaki dia sakit tak boleh nak jalan. I pon dukung la. Sampai Mc Donald nampak aikrey (ice-cream) elok pulak tu berjalan. Drama memang hebat ko ni kan Shein?


Hana Maki dekat Kiku Zakura is the best! Puas hati sebab Salmon dia balut banyak kelopak. RM20.00 harga dia.


Teishoku atau Ikan Masak Kicap bak kata Sazli. Haha. RM25.00 sekali nasik, soup, salad and buah.


Ha, apa pandang-pandang. Tu semua I punya. 


Shein minum green tea selamba je. Sazli pon tak boleh accept green tea dekat tekak dia.


Dapat upah toys. Shein suka character monster macam Incredible Hulk ni. Lepas tu dia suka excavator. Tapi I tengok, Sazli lagi suka toys lebih dari Shein masalahnya. Haha.

Semalam masa keluar pergi GE Mall sekejap je. Less than 3 hours tapi Mama and Shein punya happy taktau nak cakap macam mana. Kesian sangat dia punya bunyi kan? Hahaha. Kitorang memang jarang la dapat jalan bertiga macam ni. Kalau I takde event Nuffnang, Sazli pulak ada bola, run etc. Susah nak dapat masa 3 orang macam ni. So sesekali dapat keluar sama memang la happy. Shein happy dapat toys Incredible Hulk, Mama happy dapat makan (of coz). Thank you Papa for your treat. Dalam kereta tak habes-habes Sazli cakap ‘Thank you Mama for today. Meh nak peluk sikit’. Alaaaa nak thank you apa, semua pon Papa yang belanja. Balik tu, siap dia mandikan Shein lagi. Sesambil tengok Kuch Kuch Hota Hai malam tadi, dapat la I lipat kain segunung. Woo hoo! Lega tengok kain dah bersusun lawa. Malam ni boleh la rehat-rehat tengok tv dengan ketenangan sebab kain dah takde.

Eh jap, nak share sekali gambar masa Izzah punya kenduri semalam. I tak sempat pon jumpa Dyba, sebab dia balik awal. Intan pulak ada exam, so dia tak dapat datang jugak. Satah dari Melaka, datang ambik I dekat Ampang. Sebak pulak rasa, tak sangka dapat jumpa Sarah lagi. Dia now dah jadik orang government. Kata dia busy dia punya department. Sabtu Ahad pon kerja jugak. Dia kata, totally different macam yang dia sangka. Ingatkan orang gomen pergi kerja goyang tetek je, rupanya lagi busy!


After almost a month, dapat jumpa Sarah balik. Happy to see you BB!


Selamat Pengantin Baru Izzah and Nizam.



-eNd-

4 comments:

zack_yotyot said...

akk cantik..hari sy x berseri kalu x baca blog akk..hehe..hug n kisses tuk shein..jemput singgah ke blog sy yg baru lahir semlm..huhu...

Mommy Cici said...

wah bagusnya Shein kekecik dah boleh minum green tea. ikut mommy dia lah ni healthy food kan. hehehe. selamat pengantin baru jugak :D

CikFa said...

Wah.. 1st time tgk gamba izzah senyum ada mata. Slamat pengantin baru izzah.

sechantek sofea said...

comelnye lahaiiii jari2 shein....debobbbbb..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...