Friday, May 20, 2016

Dinner at Fuego Troika Sky Dining With Nadia

Assalamualaikum…

Nadia is leaving to Sydney soon. Dia nak ikut husband dia dekat sana. I tanya dia, for good ke? Dia cakap tak… Nak settle down dekat Malaysia jugak nanti. Tapi maybe lagi 30 tahun kot? Gulpppp. Hahhahaha. After one year baru la Nadia dapat pindah and stay dengan Faheem. Before this dorang jumpa 3 bulan sekali macam tu je la. Sebab tu la I selalu rasa yang Nadia ni macam single lagi. Dia pon cakap nak try to get baby soon. InsyaAllah… My pray will always be with you babe. Nadia is my dearly ex-housemate come my BFF. We totally got different character, lifestyle, and different circle of friend tapi kita click and I love her so much. Dia always there dengan I masa my important event. Vice versa. Ada masa kita catch up for a dinner. Walaupon tak selalu jumpa tapi once meet up, kitorang boleh berborak all the way 3 4 jam non stop. From serious topic, sampai la topic bodoh pasal hantu pon ok jer. Hahaha. She is very transparent person, hard to cry, very honest, straight forward and the only no-drama-woman girlfriend yang I ada. Haha. Nadia ni takder der adegan nak terjun kereta masa gaduh ke apa. So before she's leaving, Nadia ajak I dinner sama last week. Dia cakap nak makan dekat Fuego, Troika Sky Dining. Ok jom! Nak tunggu si Ellis and Anny bawak kena tunggu lagi 18 tahun pulak kan?


Sedapnya lah Rib-Eye dekat Troika ni. RM135.00 harga dia. Nadia mintak between rare and medium rare. The chef cooked this steak perfectly! Siang terbayang malam merindu



Side dish dia I mintak eggplant. Amenda la I suka sangat makan terung I also don't know. This one dia masak dengan vinegar kot? Sebab ada rasa masam-masam lepas tu ada rasa macam cumin skek. RM25.00


This is how my plate look like. Daging tu macam blue rare pon ada. Steak ni memang sedap tapi I prefer medium rare instead.


Jangan lupa try Fuego Goacamole. RM25.00 harga dia. Dihidangnya dalam lesung batu. Ni nampak kat Girlfriend I ni mau kena hempok lesung batu ni atas kepala. Ko dah kenapa letak dalam lesung batu Kochep??? Rumah Mak ni dah tak cukup pinggan ke? Hahaha.


Makan dengan chips. Chips ni complimentary goacamole. I nampak macam ada keledek purple and keledek orange, lepas tu ada lotus roots. Yang depan tu bukan sukun ke? Hahaha.


I nak try Jalapeno. Sebab I kan suka makan pedas. Ni Jalapeno salut dengan cheese. RM25.00 jugak harga dia untuk 3 ketul ni. memang SEDAP.


I tak boleh tengok salmon ada dalam menu, so I order this Salmon Ceviche. RM40.00 harga dia OMG SEDAP GILER. Salmon tu raw tapi dia marinate dengan apa entah rasa masam-masam. Atas tu macam ada kiwi dengan red radish makan dengan cucumber pickles. Yang buih-buih tu is edible. I ingat sabun. Haha.

Dekat sini, makanan dia memang ada yang guna wine. So masa nak order, korang just bagitau nak free-wine dish ok? Tengok menu elok-elok. Lepas tu kalau taktau tanya dulu. Nanti the waiter akan explain. Masa I datang ni, Nadia nak buat reservation tapi dah full. Cuma agaknya kitorang bernasib baik, dapat pulak table masa datang walk in tu. Tapi meja tak best la, dekat dengan bar counter. Boleh laaaa dari takde. Ingat kalau takde meja, kitorang nak bersila je. Hahaha. Kalau korang reserve, mintak yang dekat dengan dinding luar. So boleh tengok pemandangan luar dengan lebih puas. Dia ada 2 session. 6.00pm - 8.00pm and 8.30pm - 10.30pm. Always fully book. So I advice, if nak datang tu please buat reservation dulu. ok? Very beautiful and romantic place to lepak. Cuma kena banyak doa supaya tak hujan la. Kalau tak, korang dinner dalam hujan. Tapi bagus jugak takyah order air, nak minum nganga je mulut ke atas lepas tu minum air hujan. Hahahahah.


Steak ni sampai lepas makanan kecik-kecik tadi. By the time sampai steak, I dah tak larat nak makan so makan 2 slice je. Sekarang dah menyesal. Haha.


Cantik sangat nampak pemandangan masa makan. Nampak KLCC and KL Tower live depan mata. Padahal kerja kat office nampak jugak KLCC hari-hari tapi yang ni lain.


Tu meja yang dekat luar. Ramai Mat Saleh kat sini. Dorang memang suka la tempat romentik macam ni. Balik rumah lepas dinner terus main pondok-pondok. Haha.


Kalau la ada camera yang berkualiti dapat ambik gambar mesti lagi best. Korang kalau nak gambar cantik, datang la first session yang start pukul 6pm tu.


My darling Nadia. 


Rasa jugak gayat masa leaning dekat wall ni.

Overall comment foods dekat Fuego ni berdasarkan tekak I, I bagi 6.5/10. Ni kalau Chef Fuego tau I bagi markah 6.5 je mesti dia terjun bangunan. Hahaha. I love Japanese Foods more. Lagipon memang very hard untuk please I punya tekak. Dia punya mengada macamkan pandai masak sangat. Tapi Food Critics pon usually takde la pandai masak pon, pandai komplen je macam I. Haha. Tapi sesekali kena la ada variety kalau makan. Takkan la hari-hari makan Sambal Air Mata and Salmon Sashimi ye dak? Macam Syarifah tu almost every day makan dekat Green House. (Malam ni pon kitorang nak dinner dekat sana OMG I can’t brain these hahaha). Yang best ialah pemandangan je. Ada jugak I rasa macam Fuego ni macam Kedai Mamak Up version roof top. Tapi untuk suasana, I rasa worth to pay. Seriously memang best la makan dengan suasana macam ni. Macam makan atas awan pon ada. Korang pon kalau datang ready la minimum RM200.00 ok?

One day, I nak pergi sini dengan Sazli. Lepas tu tingin nak bawak Mak, De and Kaklong jugak. Nak belanja dorang makan. Tapi kalau bawak GF I, I agak dia makan keledek chips tu je agaknya. Dia mana makan steak semua ni. Jangan ongkampong sangat ye Mak? Hahaha. To Nadia, thanx for this lovely dinner experience. Lepas ni I lose sorang makan-partner yang always free. I see you on Tuesday for our group BLVD dinner. Maaaakan jer kerja-kerjanya kan? Gemok komplen. Tu la pempuan. Kbye!

Fuego Troika Sky Dining
Level 23a, Tower B, The Troika, 
19 Persiaran KLCC, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Hours: Open today · 6:30–11PM

1 comment:

aku nama nora said...

sue..u always cantik, pose la mcmana pun tetap cantik je lagi cantik dari siti nurhalizah..nak uwetttttttt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...