Monday, May 23, 2016

Paris - Milan Trip Pre-order for designer handbags, shoes etc by Anny Ariffin (Harga boutique takde mark up price)

Assalamualaikum..

BERITA BAIK UNTUK SEMUA PENCINTA DESIGNER HANDBAGS/SHOES macam LV, Prada, Salvatore Ferragamo, Tods, Gucci etc  yang nak pakai handbag baru sempena raya tahun ni sesambil kembang-kembang hidung walaupon jiran dekat kampung taktau poooon ko pakai handbag lima ribu (tapi untuk satisfaction so shadapyu)  lepas tu dapat harga murah (sebab beli dekat Outlet), takde markup price dan jugak most important Authentic korang boleh kirim pada  Anny sebab dia nak pergi Paris and Milan dari 25 May – 3 June 2016 ni. Memula I nak kirim Prada, LV, Longchamp (amboi kemain semua dia nak) lepas tu jangkit dengan Ellis, lepas tu jangkit dengan Dyba, lepas tu jangkit dengan Shariffah serta sahabat handai Anny so dah alang-alang banyak permintaan I suggest pada Anny offer la pada Blog Reader Chooyaya untuk jadik Personal Shopper dorang. Ko giler Founder Zenia Beauty work for you? Ni sangat rare ok?  Haha. Ni Personal Shopper yang sekali dalam 2-3 tahun je sebab dah kebetulan Anny pergi sana so apa salahnya tolong kekawan yang tak pergi obersi yang nak beli, ye dak?


Paris - Milan Trip Preorder 25 May - 3 Jun 2016


Macam Prada ni, dekat Milan ada Outlet dia. So harga memang akan jadik waaaay murah dari boutique. Kita ni rakyat marhaen kena la kirim orang yang pergi Paris/Milan baru la merasa nak pakai handbag designer murah skek. Nak beli boutique dekat KL takde kemampuan sebab rasa rugi sangat nak bayar the price different. Nak kirim sembarangan dekat Personal Shopper dekat IG macam ada trust issue. Buatnya dorang tak jujur and jual LV murah sangat (sebab imitation gred A) acane? Tak kira lagi yang menipu semua. Duit habes, handbag tak dapat. Sesia je siang malam kerja bekerja lepas tu duit habes macam tu je. Korang sila la war-warkan pada sahabat handai semua eh? Cakap kat dorang yang ni Personal Shopper Gred A++ ni ha. Memang selamat dunia akhirat. InsyaAllah.


I nak citer banyak pasal handbags semua ni pon tak pandai sebab tak berapa nak tau. Ni pon I banyak refer pada Aliah Ali (Founder Ibaggyou) so dia yang ajar sikit-sikit. So, paling mudah untuk semua worang kalau nak order ialah, korang masuk je website mana-mana handbags/shoes yang korang nak. Lepas tu tengok model apa, and screenshot lepas tu WhatsApp pada I. Harga semua dah ada, korang just convert kepada RM and dapat la amount sebenar. Kalau kata bukan duduk KL and kena postage, tambah la postage cost maksimum dalam RM15.00 cenggitu. Apa harga dekat website, itu la harga yang Anny akan ambik. Takde markup price ke apa. Kira tolong macam adik beradik jer la. Meh tengok beberapa spesis yang I tau ni beserta dengan harga dia. Lebih kurang laaaaa. Depends on berapa currency RM waktu tu. Okeh?


Current currency


Prada Saffiano Leather 1BA896 dalam +-RM3,8++

Prada Gaufre Leather B2559L dalam R+RM4,5++ (harga outlet sangat murah. Kalau Boutique punya price samadengan Pengsan)

Prada Gaufre 1BA407 dalam +-RM3,000

Gucci Soho Leather Shoulder Bag dalam +-2,600
LV Favorite PM dalam RM2,8++


Ni yang macam I pakai. Nampak cantik sangat kan?


TODS Mini dalam +-RM1,4++


Longchamp Le Pliage Short Long Handle semua ni pon murah. Sebab dia outlet. Ikut size yang korang nak. Ada small, medium and large.


Kalau korang nak brand lain macam YSL, Fendi, Furla, Miu Miu, Carolina Herrera, MK, Coach belaka pon boleh jugak. Takkan nak letak semua gambar sampai atas lantai ye dak? Purse ke, Wallet ke, Belt ke pooooon boleh jugak. Takde masalah. Or any other brand yang I tak sebutkan tapi ada dekat Paris and Milan also korang boleh kirim. Takde masalah. Yang penting, tengok segala mala info dekat Website lepas tu get back dekat I. Paling-paling busuk pon beli la Longchamp or purse dekat Furla. Ye dak? Kasik happy sikit sebab bagi hadiah pada diri sendiri selepas berhempas pulas bekerja. Duit tu kalau tak guna pon akan habes jugak. Percaya la cakap I. Macam I ni la, bila dah habes certain amount baru menyesal. Ni kalau beli Chanel Boy pon boleh ni tapi mana duitnya. GONE. Sebab tu sekarang ni I pejam mata je. Beli jer Prada, LV semua. Lantak la walaupon tak kaya macam Cik Apple (Tetiba)

Dari 25 May ke 3 Jun 2016 pulak, Sepanjang-panjang Anny dekat sana dia akan buat live update dekat Boutique and Outlet yang dia pergi. Guna Instagram I sebab Instagram Anny 120 je follower, sapa entah yang nak beli  and tengok nanti. Kah kah kah. Nanti Anny akan ambik gambar dan provide price. So kalau korang berkenan, boleh terus book and kitorang required FULL PAYMENT eh? Tak boleh hutang-hutang semua ni or 5 kali bayar macam main kutu periuk dekat kampung. Hahahaha. Let say la korang dah survey awal-awal apa yang korang nak, boleh terus WhatsApp I and lepas tu I akan provide Acc number untuk korang transfer duit. Macam LV, dorang limitkan 2-3 bag untuk sorang passport holder Soooooooooo dalam kes ni, first come first basis concept. Sapa bayar dulu, dia dapat. Sapa bayar lambat good bye forever. No money no talk.

Geddit? So sekarang dah boleh slow talk dengan suami atau boifren or dah boleh tengok acc balance dalam bank masing-masing dengan air mata yang bercucuran. Boleh ke idok nak beli handbag idaman?? Kalau cukup semua pitis, go find apa yang berkenan di hati dekat Website lepas tu zaaaaaaapppp WhatsApp I. I akan handle semua untuk korang. Kang kalau direct pada Anny, I takot dia meroyan pulak tak cukup masa and tangan. Macam biasa, WhatsApp 012-9184042 untuk deal bizniz. Cheeeewah. Hahahahaha. Untuk LIVE UPDATE boleh tengok dekat Instagram @surayasulatin. So sementara waktu dari 25 May – 3 Jun IG I akan bertukar menjadik personal shopper punya IG la ye? Ajer mampos semua ko nak buat eh Anny Suraya? Mati la lepas ni semua orang dah susah nak carik makan sebab konsep perniagaan kami ialah hampir kepada charity. Tak ambik untung banyak pooooon. HAHAHAHAHHAHAHA.

-eNd-

1 comment:

dyba said...

dyba tggu live update dr kaksu.. tp size hbag tu yg takut terbesar ke terkecik ke :( dlm otak dh ada nk yg mana..kikiki