Wednesday, May 25, 2016

Korean Dish at B.Bap Korean Bistro Yang Sedap!

Assalamualaikum..

Melambak ni ha gambar makanan I nak share dengan korang. Memang banyak throwback. Tu yang sempat ambik gambar. Yang tak sempat ambik gambar? Haaaaa ada banyak ok? Ni tadi I baru je balik dari KLCC, makan dekat Haagen Dasz dengan Dyba, Josham and Intan. Lepas tu tapau pulak Wendys. Petang ni ada dinner dengan Nadia and geng Langkawi masa Nadia Hen’s Gateway dekat BLVD pulak (sebelah office I jer). Last dinner sebelum dia flying off to Sydney. Makan jer kerja-kerjanya. Tapi I control my portion. Desserts and air manis I avoid. Yang tak boleh elak macam makan eskrem tu, I makan berkadar je la. Kalau ada yang tanya, ‘Kenapa Kaksu makan banyak tapi boleh lose weight jugak?’ Jawapan : Cut portion, try to avoid sugar as much as you can. Order air kosong je. So perut kenyang, calories and sugar tak banyak sangat. OK? Tu rahsia dia. Yang I nak share kalini is masa I, Kaklong, Intan and Izzy makan dekat B.Bap Korean Bistro lepas balik dari Penang. Meroyan nak makan Sushi tetiba termakan Korean. Magic. Puas hati makan satu hal, puas hati lepas makan muntah sebesen pon iya jugak. Perut I tengah tak setel masa tu. Masuk pulak Korean Dish yang banyak lada ni sekian la dia punya penangan.


Ni yang kitorang makan tapi banyak lagi tak sampai. Dah tak sesabar nak ambik gambar. Hehe.

Memang susah nak polish skill ambik gambar flatlay. I memang takde skill. Tapi try to improve la sebab nak ambik gambar cecantik masuk Instagram. Manager I suruh sebab kata dia gambar Instagram I tak cantik. Hahahah. Orang lain ambik gambar cantik je, I ambik buruk okaaaaaaay? Korang guna apps apa? Sila share. Lepas tu kalau ada IG yang ambik flatlay foods yang cantik sila kasik tau sama I.


Yang ni Kaklong punya favorite. Wajib order kalau korang first time makan Korean dish. Nama dia ialah Soon Dubu Jjiagae. This time kitorang amek Beef. RM20.00 jer.


Izzy yang order ni. Jab Chae Beef. RM20.00 jugak.


I love Mackerel Jeongsik. RM27.00 harga dia. Since balik dari Korea, I suka dah makan Grilled Mackerel. Now if makan sushi pon I suka ambik yang grilled mackerel. Sedap!


Ni first time try. Tu pon silap order. Usually I order jenis ni tapi sotong kurita but this one also nice. Nama dia Dak Bokkeum. Basically is braised Korean chicken stir-fried with gochujang. RM21.00 harga 1 plate.


Gochujang ni ialah spicy, savory and pungent fermented Korean condiment yang diperbuat dari serbuk cili, beras pulut dengan fermented soy beans. Ni kira macam asas kepada masakan Korea la. Dorang banyak guna Gochujang ni ha. Rasa pedas dia sharp. Tak macam cili padi. Tapi pedas yang tajam. Paham ke tak? Tak paham sudah. Hahahahaha. Kalau Korang tetiba nak impressed boipren or suami yang memang makan makanan Korea by masakkan dorang sendiri dekat rumah, makesure beli Gochujang ni. Letak je dalam nasi goreng, nanti dia akan jadik rasa nasi goreng Korea. Letak dalam Ikan, Ayam semua pon terus rasa Korea. Campur la dengan daun bawang as well. Korean suka makan daun bawang. Sebab tu kulit mereka cantik. Daun bawang ni banyak khasiat dia. Yang tak best, bila lepas makan mulut rasa kuda. Haha.  


Izzy lagi yang nak order ni ha. Cheese Cake nama dia. Tapi sebenarnya dia sejenis Mille Crepe. Kata orang Korea, kraypay. Crepe tu dorang sebut kraypay. Haha. Sian giler. RM7.00 harga dia.

Korang dapat harga RM7.00 (50% Off) ni kalau korang beli any of their Coffee. Let say harga coffee RM13.00 so korang boleh la beli any cake dengan harga RM7.00 sahaja. Kek ni sedap ok? Sebab dia letak dalam piring sekali dengan strawberry and caramel. Memang melawan la dia punya rasa. Makan kongsi 4 orang udah nampak macam piranha ghupernyaaaa. Serbuuuuuuu! Lambat ambiki second spoon, nanti tinggal piring je. Hahahahaha. I kalau Mille Crepe memang I suka makan yang ada caramel. Tingat dulu masa dekat Korea makan crepe yang jenis balut tu. I makan dah besememeh comot dia punya krim meleleh sampai siku, tapi Korean makan elok je. Langsung tak comot. Besar betul mulut dorang. Makan pon ada skill ok? Liptik tak hilang, crepe tak comot. Perrrrrghhhh.


Intan first time makan Korean dish. Kata dia, dia suka. Berebut mackerel dengan Kaklong. Haha. 


Kaklong pulak each time ajak makan Korea mesti dia cakap, ‘Rindu la dik kat Korea’. InysaAllah kak, one day kita datang sana lagi ok?

Korang mana-mana yang asyik makan menda yang sama jer, weekend ni ajak la partner/suami/sahabat handai makan Korean foods jugak. Yang Korean Foods dekat Pavilion Food Court tu tak aci sebab dia macam dah infuse dengan Malaysia je. Ko dah kenapa makan Shin Ramyun dengan cili potong? Korang kena datang restoran. Lepas tu bukan yang BBQ pulak eh? Datang Korean restaurant yang macam B.Bap ni ha. Baru la puas hati. Try la order yang sama macam I ni jugak. Tengok boleh pergi ke tak tekak. Lepas tu kalau rasa kembang tekak nak muntah ke apa, petua dia nak bagi ok is korang tepuk perut lepas tu cakap, ‘Jangan muntah, jaga skek air muka akak ni dengan orang’. Hahahahahah.

B.Bap Korean Bistro
L1/19 & SAC L1-1, Level 1
Avenue K, 156 Ampang
50450 Kuala Lumpur


-eNd-

No comments: