Wednesday, May 18, 2016

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang. Nyummmmmm

Assalamualaikum..

Petang-petang ni layan gambar Udang Gemok best jugak kan? I tau dah waktu macam ni mengkome semua memang tengah lapar. I pon tengok gambar ni macam terliur tapi bila tingat perut tengah berperang ni dari semalam phobia nak makan pon ada. Tapi kata la kalau sekarang ni, ada yang hulur udang goreng tepung Mak Jah Kuala Sepetang, sumpah I tak tolak. Teringat lagi kerangupan udang goreng tepung Mak Jah. Dengan rangup dia membawak ke dalam, sedap sangat. Isi udang manis. Cicah dengan sos cili entah jenis apa, dia punya sedap pedepowwwwww!! Ni kalau dapat cicah dengan sambal kicap bawang putih goreng ni perrrrrghhhh memang ribut taufan dekat luar rumah atau dalam perut pon, I dah tak heran. Sungguh! Sazli dah promise nak singgah makan kat Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang ni dari plan nak pergi Penang lagi. Naseb dia tunaikan. Kitorang memang suka makan dekat sini. Kedai dia now dah besar. Depan kedai also dah ada parking lot, lepas tu surau pon ada. So lepas makan boleh la pergi surau terus. 


Yang ni Udang Goreng Tepung Special. RM14.00 banyak ni. Puas hati makan.




Ada dalam 8-9 ekor udang size gemok. Yang tak special ada jugak. Tapi udang dia kecik sikit. I suggest ambik yang besar la. Baru puas hati makan.



I makan Mee Udang Special. Also RM14.00 semangkok. Special sebab udang dia gemok. Yang tak special pon ada. RM11.00 kot? Entah. Biasa order yang udang gemok jer.


Kasik close up skek. I suka Mee Udang ni sebab udang dia semua dia buang urat taik tu. Tapi kalau makan, I makan dengan kicap and perah limau. Baru melawan. Yang I tak suka sebab dia tak celur mee dia je. I kalau makan mee kuning, I suka kalau dia celur mee dia.



Mak and Sazli makan Nasik Goreng Udang Biasa.


Selain dari Mee Udang and Nasi Goreng Udang, dorang also ada Mee Goreng Udang, Nasi Putih, Udang Goreng Kunyit and many more. Air Kelapa fresh pon ada. Fruit juice pulak, korang boleh order 1 jug terus. Sini order, cepat je dapat. Pekerja dorang pon bagus. Orang siap makan, terus kemas. Maybe sebab kepala udang ni mengundang lalat kot? Tak pernah mengecewakan I tiap kali makan kat sini. Dulu Sazli ada la pergi site dekat area sini, so mesti dia tapau Mee Udang. Now dah takde dah. Tak jauh pon Kuala Sepetang ni dari Jambatan Kedua Pulau Pinang. I agak dalam 40 minutes macam tu jer. Bila la dapat makan lagi. Last time I dengar dekat KL also dah ada Mee Udang Kuala Sepetang tapi usually branches foods ni macam hilang originality dia. Sama macam Nasi Kandar jugak la. Takat nak lepas ngidam ok la kot? Tapi nak dapat feel 100% susah skek aaaaaa.



Maktok suka la dapat makan udang. Dia tengah suap nasik, bila udang goreng tepung sampai dah cakap ‘nak nak nak’. Hahaha.



Sazli pon suka makan kat sini. Tapi I agak, dia happy for me more. Dia kan suka kalau dapat fulfill apa yang I nak makan?


Shein suapkan Abah udang. Hukum dia, kalau dia suap kena makan. Kalau cakap taknak, dia baling je kat muka ko. Hahahaha.


Ni la budak teh ais ni. Air dia = air dia. Air orang = Air dia.

Sesapa yang nak ke utara lepas ni, jangan lupa singgah Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang ok? Guna je Waze, InsyaAllah sampai. Taktau jalan yang mana Google je, nanti keluar. Tak la jauh sangat dari exit Tol. Last time, Boss I cakap Mee Udang Sungai Dua sedap. Tapi bila I makan rasa macam biasa-biasa je. Cuma bila dia tanya I cakap la paling sedap. Hahaha. Petua nak masak udang ni senang je. Jangan over cook. Kalau masak lemak ke, sambal ke, masukkan udang sampai air dia keluar and bercampur dengan kuah. Lepas tu keluarkan balik. Masak la kuah tu dengan air udang bagi rasa dia sebati. Dah nak angkat and matikan api, baru masukkan udang balik. Macam tu la nak mengekalkan rasa manis udang tu. Kalau over cooked, nanti udang korang keras and tak juicy lagi. Paham?

Ada yang cakap Cucur Udang dengan Kuah Kacang also sedap tapi each time kami datang, memang tengahari. So tak sempat la nak merasa. Hopefully next time dapat la cuba. I punya benchamark Cucur Udang ialah buatan I sendiri. Kalau dia tak rangup and sedap macam I buat, so I consider tak sedap la. OMG Belagak giler I. Hahahahahha. Untuk resepi cucur udang sedap macam I, check dekat sini.

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Kampung Menteri, Kuala Sepetang, Taiping.
Perak Darul Ridzuan

-eNd-

5 comments:

ainis azira said...

Su..me udang mak teh lgi sedap su. 1km sblum smpi kedai makjah dri bndr taiping.udang ia x hnyir sbb ia goreng dulu rasanya.ada beza dri makjah.tpi kdai ia x variety mcm makjah. Kat tekak tu rasa sedap😋

ainis azira said...

Su..me udang mak teh lgi sedap su. 1km sblum smpi kedai makjah dri bndr taiping.udang ia x hnyir sbb ia goreng dulu rasanya.ada beza dri makjah.tpi kdai ia x variety mcm makjah. Kat tekak tu rasa sedap😋

aku nama nora said...

haa betoi tu, mee udang makteh tu majalah3 ada cover dulu, I penah p masa tgh famous makan mmg sedap tapi bau longkang tepi tu kuat sgt putus urat kentut urat selera semua, now xtau laa

SHAHIDATUL AKMAL said...

kak su.. dah try dia punya mee goreng?.. sgt2 terbaik..
##hihiih.. selama ni silent reader je.. tetibe harini nak komen kat kak su yg cantik mcm dato ct ni..hihii.. :)

Nur Aishah said...

Su...tiap kali u review pasal pangai Sazli... i sangat faham... kebaikan dia, ke-gentle-an dia..caring dia. sorry bkn nak tiru2..tapi suami saya pun mmg mcmtu su! nak tgk dia marah..mmg tak la..kecuali kalau i provok(kau mmg berperangai,esah!!). kalau bab makan, just name it.. dia tak makan pun, acah2 je mcm dia suka. dia raikan kita, mcm 1st time deting! Kegembiraan kita tu, kebahgiaan bagi dia. kepuasan sangat2 pada dia. susah nak cari buruk dia, salah dia. kalau gaduh tu, eh mmg tak lain tak bukan, dari i sendiri. bila lah dia nk buat salah ni? gituu. bkn nk kata dia malaikat ke apa...tp pada saya, dia sudah cukup sempurna dan melengkapkan. tu yg tiapkali bc su cete psl Sazli, i mesti terus teringat kat suami. kang kalau cete2 psl suami, org kata riya'. cakap besar. tapi kita pun nak show .. cemana kita appreciate sangat2 diorang ni. nak bgtau yg dalam dunia ni belum pupus pun lagi lelaki yg baik mcm yg sesetengah perempuan cakap. Mgkin rezki kita dapat suami mcmtu.. mgkin kita ada buat baik masa kehidupan lalu kot su?? hahaha. Alhamdulillah, tadek niat nak riya. sentiasa bersyukur dan berdoa moga Allah lindungi kerukunan rumahtangga kita...kasih sayang dalam hati kita tuk pasangan masing2 kekal.. tidak berubah. ameen.

take care su...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...