Tuesday, May 10, 2016

T-Bone Steak Sedap at Menate

 Assalamualaikum..

Tengok balik gambar T-Bone Steak yang I makan minggu lepas dekat Menate rasa macam perrrrghhh meleleh ailio. Gambar je pon dah tak tahan. Sedap gilerrrrrr. Tetiba lapar pulak perut ni I rasa. I memang biasa buat peel meroyan check out gambar makanan dalam henpon pepagi buta macam ni. Especially bila timbang, tengok dah turun 7 kg mula la rasa kena celebrate makan sedap-sedap. Lantas pagi ni, turun kentin tapau Nasik Lemak Daun Pisang. Sebelum ni kemain avoid makan nasik, well biasa la poyo. Dah turun banyak kena la celebrate makan nasik. Ye dak? Tu nasik dah ada kat tepi. Tunggu masa nak kena ngap. (Iye kalau dia ngap, saya tinggal ngep! – Dialog Pendekar Bujang Lapok hahahha). Tetiba ni pulak dah tingin nak makan steak Menate pulak. Padahal ni pukul 10.00am pon belum lagi. Usually kalau datang Menate, I tak ambik part T-Bone. Rasa macam malas la nak makan steak yang ada tulang. Tapi last week dengan Sazli, I try ambik T-Bone. Sedap level mengkarung oreng. Sedap sedap sedap sedap (Annoying tak?)


T-Bone Steak Menate. Medium Rare. Lembut, Juicy and sedap. Yang penting tak liat macam dekat Chilis. Yang dekat Chilis tu bukan steak, tapi getah paip.



 Steak ni harga dia dalam RM46.00 macam tu je. Dapat Mash Potato and Coleslaw. Kira murah ni sebab air free flow. Boleh minum sampai kembung. Portion ni memang cukup untuk I. Tak la kenyang sampai nak bangun pon tak larat. Yang penting puas hati makan.


Sazli dia macam biasa la. Dekat rumah cakap nak makan steak. Sampai Menate pilih pon steak, sekali bila dah nak hulur dekat kitchen, tetiba tukar dengan lamb ribs. Hahahaha. Dua tiga kali tanya I, ni besar ke tak Bubu? Tak besar tu… Makan ajer la. Yang ni dalam RM45.00 jugak.


Kita Ongmelayu makan guna tangan la. Ye dak? (Dah tu ko makan guna kaki ke apa? Haha)


Hello Shein, kenapa senyum maneh sangat ni? Harini datang Menate I memang tak pakai mekap langsung. Naked face. Bedak pon tak pakai. Kata Ampang? Kawasan kita takyah beria nak bersiap. Tapi al-hamdulillah dengan mengamalkan Zenia Collagen, Transgluta dan yang terbaru Transbella, keluar rumah naked face pon tak jadik masalah. (Sesambil promote)


Kemain suka eh Shein? Makan apa tu?

Macam biasa la kan? Time tak bersiap muka busuk ni laaaaaaaaaaaaaa yang jumpa dengan reader’s. Acu tengah lawa-lawa liptik merah ang-ang rambut kapok Rosmah Mansur tadek pulak yang nak menegur. Masa dekat Menate ni, I memang nampak this one family suami isteri dengan 3 orang anak, sangat la harmoni. Rasa macam impressed tengok anak-anak yang nampak macam rapat usianya tapi duduk behave makan sambil layan iPad. Takde drama pinggan terbang ke apa. Lepas order makan, masa Shein dengan Sazli lalu, yang emak tu tegur Shein. Si Sazli bawak Shein keluar kejap pergi kedai sebelah beli umpan suruh dia diam. Lepas tu Sazli bagitau I, ‘Bubu, tu yang family dekat depan sana kenal you. Dia tegur Shein’.

I pon pergi la meja dorang borak-borak sekejap. Baik sangat family Mid ni. Happy I kenal. First impression pon dah nampak dorang ni jenis baik-baik. I punya Manager pesan, kalau jalan mana-mana muka jangan ketat, nanti orang charge sombong sebab usually kalau I rush and lapar muka I macam singa. Kena senyum je kalau ada eye contact dengan sesapa. (Macamkan semua orang kenal). Dalam IG/FB/Blog tulis yang elok-elok jangan marah-marah. Jangan bagi negative vibe pada readers. Itu yang I komplen pasal ketiak orang meja sebelah busuk dalam FB pon Manager I marah. Komplen pasal attire Farah Fauzana yang macam Ayam Belanda tu pon Manager I tak suka. Hahahaha. Manager I tu ialah Sazleyyyyyyy. Haha. Ada sekali ni, I terserempak dengan readers, lepas tu Sazli cakap I nampak eksyen. I cakap, ‘La, I kan dah senyum?’ Dia cakap kenapa tak greeting? Oooo Ok. Betul jugak Sazli cakap. I kena greeting sebagai tanda appreciate pada mereka.

Kekadang readers I ni, dia nampak dia bukan nak tegur. Senyum je. Nanti ada la email, komen kt FB atau IG cakap, ‘Kaksu, saya yang duduk meja sebelah tadi masa Kaksu makan, segan nak tegur’. Tak pon, ‘Kaksu, terima Kasih senyum dekat saya. Saya yang tadi dekat Aeon Big/KLCC/Pavilion’. Gitu la. Dah jauhhhh baru nak cakap. Bila tanya kenapa tak jumpa, jawapan dia sebab segan. Siap ada yang panggil ‘Kaklongggg’ kalau jumpa Kaklong. Haha. Kaklong pon perasan artis. Anyway, Thank you pada korang semua yang selalu singgah blog makan-makan ni. Kalau jumpa dekat mana-mana tegur je ok? I tak gigit orang. Hehe.



Ni la Mid. Nama dekat Instagram Acica7647. Muka dia licin je. Cantik sangat… Mata dia macam mata Suliza Salam. Mata Kucing.

Kata Mid, dia terjebak dengan Menate ni sebab terpengaruh dengan I la. So, selalu la dia makan dekat sini. Kata dia, kalau boleh semua tempat I makan dia nak cuba. Dia pesan pada I, I kena selalu up pasal makan. Takyah diet T___T Korang ni memang kan suka tengok I gemok debab je. Rumah Mid ni sama tempat dengan rumah Kaklong. Nanti I datang Bukit Antarabangsa, I mintak makan dekat Mid. I tengok muka, I dah tau dia jenis masak sedap. Ok Mid? Ok deal. Salam.

-eNd-

6 comments:

Iryani Mohd Lajis said...

ok dh la ni bg side dish coleslaw. yg dulu bg kacang bonces goreng ko. ape ker....

Chooyaya! said...

Iryani : Kacang buncis tu optional kalau taknak coleslaw rasanya
dalam gambar nampak mcm asparagus

mamabiey said...

hurmm terasa lapar dah...tgk ni humm

mama tisya said...

nmpk sedap..tk try lg singgah menate...nanti nk merasa juga

Mommy Cici said...

bila lah nak terserempak dengan kak su ni. opis dekat dekat, umah pun area ampang jugak . tapi taknak tegur jugak lah. =p

Mimy Hamid said...

lain kali aku jumpa sazli nak panggil..hi sazli...hahaha..dulu 2 kali jumpa menara tm...mampu tengok je la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...