Wednesday, May 11, 2016

U Mobile menawarkan data FREE untuk video strim pada bila-bila masa, dimana-mana sahaja !!

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*


Assalamualaikum

28hb April lepas, I sempat join U Mobile event dekat Berjaya Time Square Hotel. Event ni bertujuan untuk memperkenalkan tawaran strim terbaru dari mereka yang I yakin, paling terbaik pernah ditawarkan oleh mana-mana syarikat telekomunikasi di Malaysia sekarang. To be frank, I rasa offer ni memang too good to be true and paling value for money dan paling bertepatan serta sesuai dengan kehendak pelanggan pada masa kini tak mengira peringkat umur dan bangsa. U Mobile menjadi syarikat pertama di negara ini yang menyediakan tawaran strim video tanpa had sepanjang hari secara PERCUMA. Inovasi ini dikenali sebagai ‘Video-Onz’. So lepas ni pengguna U Mobile boleh menonton video strim dimana-mana pada bila-bila masa, secara PERCUMA tanpa risau dikenakan charge untuk data yang digunakan.


I sangat excited untuk join event ni sebab nak tau apa yang U Mobile boleh offer pada kita sebagai pengguna.





The event is about to start.



Jasmine Lee, Ketua Pegawai pemasaran U Mobile tengah explain apa yang U Mobile offer dan mengapa kita semua kena pilih U Mobile berbanding dengan Telco lain.

Best kan ‘Video-Onz’ ni? Untuk pengetahuan nkorang semua, Perkhidmatan ini boleh diakses oleh mana-mana pelanggan yang menonton strim video dari 11 syarikat rakan usahasama mereka iaitu YouTube, HyppTV Everywhere, Viu, iflix, Youku Tudou, Astro on the Go, tonton, ErosNow, HeroTalkies, ONFM dan Pocketimes tanpa penggunaan sebarang data! Kenapa I cakap pakej ni semua untuk semua peringkat umur dan bangsa? Sebab kesemua saluran ini bakal dihidangkan dengan beraneka pilihan bahasa termasuk Bahasa Melayu, Inggeris, Benggali, Tamil, Hindi, Mandarin dan juga Bahasa Korea.




Kata Jasmine Lee lagi, sejak mereka melancarkan perhidmatan strim percuma untuk tontonan diluar waktu puncak bagi Youtube dan tonton sejak Oktober 2014, penggunaan data video meningkat sebanyak 14 kali ganda dan 45% daripada data traffic U Mobile berpunca dari strim video.




Semua orang bagi perhatian penuh masa Jasmine Lee bercakap.



Event ni sangat meriah dan mendapat sokongan padu yang terdiri daripada kakitangan U Mobile, rakan media dan rakan usahasama mereka.



Tujuan U Mobile bagi tawaran ‘Video-Onz’ ni adalah bertujuan untuk menghargai pelanggan mereka disamping mereka memfokuskan untuk menyediakan nilai terbaik dan pengalaman data yang menyeronokkan untuk pelanggan mereka. U Mobile sangat yakin bahawa tiada seorang pon yang dapat menolak tawaran sehebat ini. U Mobile ialah syarikat telekomunikasi yang memfokuskan data dan kesepakatan antara U Mobile dan 11 rakan usahasama ini adalah jalinan ‘win-win situation’ kerana disamping mengembirakan hati pelanggan mereka melalui data percuma yang mereka sediakan untuk tawaran ‘Video-Onz’ mereka ini, dalam masa yang sama rakan usahasama mereka dapat mengongsikan kandungan video  bersama para pelanggan yang berminat menonton video 24 jam sehari.


Sesi fotografi diantara U Mobile dan rakan usahasama yang terdiri dari 11 syarikat iaitu YouTube, HyppTV Everywhere, Viu, iflix, Youku Tudou, Astro on the Go, tonton, ErosNow, HeroTalkies, ONFM dan Pocketimes.

‘Video-Onz’ U Mobile ini boleh digunakan secara percuma tanpa menggunakan data untuk pelanggan U Mobile yang menggunakan pelan P70, i90 dan i130. Untuk semua pelanggan pascabayar dan pengguna broadband pulak, korang akan dapat 100% data tambahan untuk ‘Video-Onz’. Bagi pengguna prabayar pulak korang akan dapat 100% data tambahan dengan setiap pembelian data UMI/MB. Contohnya, pelanggan pelan prabayar UMI dengan pakej pelan 1.5GB, akan dapat tambahan 1.5GB jugak untuk ‘Video-Onz’ dan semua pelanggan UMI akan dapat 1GB secara percuma sehingga 30 Jun 2016.



Bersama Blogger Nuffnang yang lain dan jugak Managers yang berdedikasi, YY and Michelle. Yang lelaki tu nama dia Sam. Dia nomster.




Siti Nurhaliza, Ceera Noh and Kathy Jem.


Ni Manager I yang cantik, Michelle.

U Mobile punya prinsip ialah mereka akan sentiasa berusaha untuk mewujudkan sesuatu yang baru dan semestinya hanya yang terbaik bagi menghubungkan orang ramai melalui data dan suara. Mereka akan memastikan yang pelanggan akan mendapat kepuasan maksimum bersandarkan kepada teknologi yang paling berkesan. Bagi I sendiri, tawaran ini adalah yang TERBAIK pernah ditawarkan oleh mana-mana syarikat telekomunikasi. Lepas ni boleh la I strim video sampai muntah! Hahahah.  Shein pon boleh layan video dekat YouTube tak kisah la berapa lama dia nak. I pon tak payah risau pasal data lagi dah. Guna je la sebanyak mana, selama mana yang kita nak sebab it’s FREE! Untuk info ‘Video-Onz’ check out website ini

Untuk more info pasal U Mobile, produk dan perkhidmatan korang boleh layari http://www.u.com.my atau kalau nak tau dorang punya aktiviti sosial boleh tengok dekat http://www.fb.com/umobile

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

U Mobile:
Sherlyn Soh (Tel : +6018 200 8988) sherlyn.soh@u.com.my

Text 100 Malaysia:
Henry Khoo (Tel : +603 2282 2152) henry.khoo@text100.com.my


-eNd-

No comments: