Thursday, June 2, 2016

Armenian Street - Pulau Pinang

Assalamualaikum..

Bulan lepas I ke Utara sebab ada wedding cousin Sazli dekat Balik Pulau, Pulau Pinang. Kitorang tido di rumah Tok dekat Kuala Ketil 2 malam lepas tu 1 malam lagi check in dekat Vistana Hotel. Kali ni, I memang really looking forward nak ambik gambar dekat Armenian Street yang ada lukisan dekat dinding tu. Tak tahan tengok orang lain asyik upload dalam Instagram. ‘Hai, Saya Siti Nurhaliza’ pon dah pergi sana dengan Dato’ K. Tak boleh jaaaaaadi. Masa sampai dekat Penang Jumaat tu, Sazli ajak survey dulu dekat mana Armenian Street ni. Kitorang guna Waze je. Jauh jugak la dari town. Lebih kurang dalam 30 minutes sebab Penang ni jem boleh tahan. I tanya Sazli kenapa jem, dia cakap Penang cuti Jumaat dengan Sabtu. Sama dengan Kelantan. Aku pon percaya je la. Hahahaha. Masa memula sampai tu, kitorang pergi ke Penang 3D Trick Art Museum. I masuk sana, mintak map and tanya dia dekat mana Armenian Street. Kata yang tukang jaga kaunter, jauh dari sini kalau nak jalan kaki. So better bawak kereta ke sana, parking and lepas tu ambik beca. Baiklah. Nanti I will come back. Wait for me.


Finally! Setelah bersusah payah kona sana sini dugaan macam-macam (exaggerate giler) Akhirnya sampai. Woot woot!


I memula rasa macam tadek harapan dah la nak datang sini. Sebab dok fikir. Kalau I pergi dengan Sazli and Saz, sapa nak melayan I posing? Shein mesti kurang setuju dengan activity I ni. Sah-sah punya. Kata Sazli, takpa. Mintak Mak ambikkan gambar. Tapi masa kitorang survey naik kereta, jarak dari satu gambar ke gambar yang lain boleh tahan la jauh. Nak parking kereta payah. Nak jalan kaki jauh. Nak naik beca macam mana? Takkan kitorang nak naik 4 orang 1 beca? Meninggal la yang tukang bawak. Nak kayuh basikal pulak Shein dengan Mak macam mana? Nak naik beca yang kayuh 4 orang tu, safety Shein pulak. So I dah redha. Tak pa la kalau takde rezeki. Nanti datang dengan Ellis and Anny lagi 20 tahun. Sobs.

Tapi dah kata namanya rezeki, masa kat wedding tu I tanya Mimi (cousin Sazli) ‘Mimi, dah pergi ke Armenian Street?’ Mimi cakap ‘Belum. Semalam pergi 3D Trick Art je.’ Lepas tu I cakap, ‘Jom Mimi. Kaksu teringin sangat nak pi. Ajak Atirah and Khalil. Kaksu belanja korang nak makan apaaaaaaaaa je. Cuma bawak Kaksu pergi sana. Boleh?’ Mimi cakap, ‘Ok Kaksu. Set! Kitorang hantar Malia dekat Airport lepas tu 5.00pm kitorang ambik Kaksu’. Masa tu I happy giler! Allah tu sayang I. Permintaan kecik macam ni pon dia tunaikan. Dengan sebak dada, I cakap pada Sazli nak pergi dengan cousin-cousin dia. Kata Sazli Ok. Dia jaga Shein. You enjoy your time and have fun. Lepas tu I upgrade mintak nak balik lambat sebab nak jalan-jalan and Sazli senyum cakap OK Bubu (^_^). Happy dia sebab apa yang I nak pergi tu tercapai. Woo hoooo! Balik hotel terus I mandi and bersiap. Tak lama tu depa sampai jemput I dekat hutel.

Kata Sazli, ‘Ni sapa yang jaga sapa ni nanti? Kaksu jaga korang ke, korang jaga Kaksu?’ Hahaha. Ah lantak la, janji sampai Armenian Street. Dalam kereta lagi kitorang dah hingaq. Sebenarnya kitorang tu ialah I seorang sahaja. Haha. I pesan Mimi banyak-banyak kali. ‘Cepat cepat Mimi, nanti Armenian Street tutup. Hari dah malam ni. Pleassssse Allah, jangan hujan. Saya duduk KL susah nak datang sini.’ Beria doa. Again, Allah makbulkan walaupon sky look so dark and about to rain anytime soon. Sampai je sana, kelam kabut kitorang cari tempat tu tanpa bantuan Map bajet hebat sangat sesambil berangan buat documentary siap. I la berangan. Yang lain tukang layan je. Walaupon beza umur dengan Khalil 13 tahun tapi aku peduli apa? Haha.


Berangannnnn!!

Jalan punya jalan tanpa arah tujuan dan bontot ketar sebab satu lukisan yang I nak tu satu pon tak jumpa. Namun (Wow, namun terus), kitorang bernasib baik sebab jumpa kedai Apek sewa beca yang naik untuk 4 orang. Dia bagi kitorang Map. Tengok jarak antara satu lukisan dengan lukisan lain jauh woh! Ada yang jarak dalam 400-500 meter macam tu. Dapat je map, zaaaapppp terus kitorang cari lukisan-lukisan tu. Yang I nak sangat is Basikal, Moto, Buaian and Budak Jual Kuih. Yang lain I tak beria sangat. Sewa Beca tu is RM40.00 untuk sejam. Dalam masa sejam dari 6.15pm – 7.15pm mission accomplish! Macam apa kitorang bawak beca tu. Laju giler. Punya laju sampai takyah kayuh, tempat kayuh tu berjalan sendiri je. Hahaha.  I dengan Khalil dekat depan sebab bajet sapa kuat kayuh duduk depan la. I handle beca. Duduk pulak pun kena selang-selang. I dengan Mimi tak boleh duduk sama baris nanti Beca kiat la. Senget sebelah. Hahaha. Dengan nak masuk longkang semua cukup. Nak U-Turn kena guna 3 pointer tu. Hahahah. Lawak nak mampos bila ingat balik.


Khalil, Siti Nurhaliza and belakang is Mimi and Atirah. Thank you Pakcik beca ambikkan gambar.


Tiga orang ni adik beradik. Malia is missing. Dia kena balik KL sebab the next day ada exam. 


Hiyarrrrkhhh!!




Sukanya dia



Bye. Abang pergi jual kuih dulu.


Excited habes


Laju laaaaaaju buaiku laaaju. Aku nak kawen, dengan anak raja.


Girls only. Sorry Khalil.


Tak terkawal dah bebudak ni ha.


(^_^) 





Abang, pandang Map. Bukan pandang I. Please?


Wait for meeeee






Yo yo O je Khalil


Minyak Yu Yee Giant

Tapi kitorang memang a good team. Seriously. Bawak beca laju lepas tu zap zap zap dapat jumpa semua tempat. Ni kalau dapat yang jenis lembap drama queen macam Rossilah Hasmi (Tetiba Ros masuk dalam cerita ni) memang tak sempat kot sejam? Kitorang ada jugak enjoy scenery old town of Armenian Street ni tapi tak sempat nak berenti lama layan Buskers or beli makanan dekat tepi jalan makan ais kepal or kuih-kuih. Takot kalau lambat, nanti hari dah gelap acane nak ambik gambar? Last pit is dekat budak ngintai dindung tu pon kitorang dah kena sound dengan Pakcik mana entah. Dia suruh balik, hari dah Maghrib. KITA ORANG KL LA PAKCIK, PAKCIK DUDUK PENANG BOLEH LAAAAAAAAAAAAAAA Hahaha.

Cukup sejam, kitorang pulang balik beca. Korang nanti kalau nak datang sini, kata la nak enjoy minum ais kepal tepi jalan, makan kuih or coffee please spend about 3 hours here. Baru puas hati. Lepas tu, kalau bawak budak elok ambik beca yang ada orang bawak tu. Boleh muat 3 orang. Kalau datang 5 6  orang boleh naik basikal sorang satu. Ada banyak tempat sewa beca. Nak jalan kaki tak payah carik pasal, mau menanges ketiak. Jauh kot? Naik basikal best, nanti angin masuk ketiak sejuk je. Hahahahha. Lagi satu, pergi either pagi atau petang. Kalau matahari naik nanti panas + macam mana nak bukak mata sebab panas. Berdoalah jangan hujan kalau tak sesen pon tak guna. Map jangan lupa bawak. Pakai la pakaian yang sesuai untuk bawak basikal. Kang kain masuk rantai basikal sesia je buat tiger show.

Thank you Mimi, Atirah and Khalil. Kaksu happy sangat sangat sangat. Korang pon tau Kaksu happy giler. Bebudak bertiga ni semua baik-baik. Layan je I and jaga I macam jaga adik dorang pulak. Hahahaha. ‘Kaksu happy tak? Nak pergi mana bagitau je’. Wooooow bestnyaaaa. Hahahaha. Lepas setel dekat Armenian Street, I belanja dorang makan Nasi Kapitan and makan kek dekat Easy Brew lepas tu balik. Pakkal la kan datang sini dengan Sazli and Shein. Kalau tak bebudak tu ajak karaoke pulak. Hahaha. Next time korang datang KL, bagitau Kaksu. Kiter karaoke sama-sama. Kaksu belanja. Ok? Dorang semua duduk JB. Khalil je dekat KL sebab study dekat sini. Khalil belajar vet. Bakal Doktor Haiwan. I tanya dia, nape tak jadi doktor biasa macam Malia? Dia jawab. ‘Entah la. Mana-mana pon ok’ T___T

-eNd-

4 comments:

Mamak Celup Tepung said...

Hai Kak Su!

Selamat berkenalan. hahahahaa.

Tengok beca naik 4 orang tu memang tergelak sebab saya pegi dengan kawan2, naik beca yang bleh muat tiga orang, yang paling gagah kayuh, yang kedua gagah navigate, yang tengah2 (saya) tukang gelak. hahahah kayuh sikit gelak, kayuh lagi gelak. tetiba belakang ada lori, tengok-tengok sampai KOMTAR hahahahahahaha.

Chooyaya! said...

Mamak Celup Tepung : Hi! Selamat berkenalan. Ada eh beca yang naik 3? So sorang depan, 2 belakang ke apa? Ooooo kaksu tau. yang satu basikal ada 3 seat tu eh? best tu. tapi tak jatuh ke? Macam mana sampai KOMTAR? OMG HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA NGEK!

Atie said...

La ingat ada gambaq sue dok makan sekerim nyoq femes kat armenian street tu..x dan try ka?..hihi..

Mekanik Kereta said...

Ada sesuatu yang menarik di sini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...