Assalamualaikum..
Bulan lepas I ke Utara sebab ada wedding cousin
Sazli dekat Balik Pulau, Pulau Pinang. Kitorang tido di rumah Tok dekat Kuala
Ketil 2 malam lepas tu 1 malam lagi check in dekat Vistana Hotel. Kali ni, I
memang really looking forward nak ambik gambar dekat Armenian Street yang ada
lukisan dekat dinding tu. Tak tahan tengok orang lain asyik upload dalam
Instagram. ‘Hai, Saya Siti Nurhaliza’
pon dah pergi sana dengan Dato’ K. Tak boleh jaaaaaadi. Masa sampai dekat
Penang Jumaat tu, Sazli ajak survey dulu dekat mana Armenian Street ni.
Kitorang guna Waze je. Jauh jugak la dari town. Lebih kurang dalam 30 minutes
sebab Penang ni jem boleh tahan. I tanya Sazli kenapa jem, dia cakap Penang
cuti Jumaat dengan Sabtu. Sama dengan Kelantan. Aku pon percaya je la.
Hahahaha. Masa memula sampai tu, kitorang pergi ke Penang 3D Trick Art Museum.
I masuk sana, mintak map and tanya dia dekat mana Armenian Street. Kata yang tukang
jaga kaunter, jauh dari sini kalau nak jalan kaki. So better bawak kereta ke
sana, parking and lepas tu ambik beca. Baiklah. Nanti I will come back. Wait
for me.
Finally!
Setelah bersusah payah kona sana sini dugaan macam-macam (exaggerate giler)
Akhirnya sampai. Woot woot!
I memula rasa macam tadek harapan dah la nak datang
sini. Sebab dok fikir. Kalau I pergi dengan Sazli and Saz, sapa nak melayan I
posing? Shein mesti kurang setuju dengan activity I ni. Sah-sah punya. Kata
Sazli, takpa. Mintak Mak ambikkan gambar. Tapi masa kitorang survey naik
kereta, jarak dari satu gambar ke gambar yang lain boleh tahan la jauh. Nak
parking kereta payah. Nak jalan kaki jauh. Nak naik beca macam mana? Takkan
kitorang nak naik 4 orang 1 beca? Meninggal la yang tukang bawak. Nak kayuh
basikal pulak Shein dengan Mak macam mana? Nak naik beca yang kayuh 4 orang tu,
safety Shein pulak. So I dah redha. Tak pa la kalau takde rezeki. Nanti datang
dengan Ellis and Anny lagi 20 tahun. Sobs.
Tapi dah kata namanya rezeki, masa kat wedding tu I
tanya Mimi (cousin Sazli) ‘Mimi, dah
pergi ke Armenian Street?’ Mimi cakap
‘Belum. Semalam pergi 3D Trick Art je.’ Lepas tu I cakap, ‘Jom Mimi. Kaksu teringin sangat nak pi.
Ajak Atirah and Khalil. Kaksu belanja korang nak makan apaaaaaaaaa je. Cuma
bawak Kaksu pergi sana. Boleh?’ Mimi cakap, ‘Ok Kaksu. Set! Kitorang hantar Malia dekat Airport lepas tu 5.00pm
kitorang ambik Kaksu’. Masa tu I happy giler! Allah tu sayang I. Permintaan
kecik macam ni pon dia tunaikan. Dengan sebak dada, I cakap pada Sazli nak
pergi dengan cousin-cousin dia. Kata Sazli Ok. Dia jaga Shein. You enjoy your
time and have fun. Lepas tu I upgrade mintak nak balik lambat sebab nak
jalan-jalan and Sazli senyum cakap OK Bubu (^_^). Happy dia sebab apa yang I
nak pergi tu tercapai. Woo hoooo! Balik hotel terus I mandi and bersiap. Tak
lama tu depa sampai jemput I dekat hutel.
Kata Sazli, ‘Ni
sapa yang jaga sapa ni nanti? Kaksu jaga korang ke, korang jaga Kaksu?’
Hahaha. Ah lantak la, janji sampai Armenian Street. Dalam kereta lagi kitorang
dah hingaq. Sebenarnya kitorang tu ialah I seorang sahaja. Haha. I pesan Mimi
banyak-banyak kali. ‘Cepat cepat Mimi, nanti
Armenian Street tutup. Hari dah malam ni. Pleassssse Allah, jangan hujan. Saya
duduk KL susah nak datang sini.’ Beria doa. Again, Allah makbulkan walaupon
sky look so dark and about to rain anytime soon. Sampai je sana, kelam kabut
kitorang cari tempat tu tanpa bantuan Map bajet hebat sangat sesambil berangan
buat documentary siap. I la berangan. Yang lain tukang layan je. Walaupon beza
umur dengan Khalil 13 tahun tapi aku peduli apa? Haha.
Berangannnnn!!
Jalan punya jalan tanpa arah tujuan dan bontot
ketar sebab satu lukisan yang I nak tu satu pon tak jumpa. Namun (Wow, namun
terus), kitorang bernasib baik sebab jumpa kedai Apek sewa beca yang naik untuk
4 orang. Dia bagi kitorang Map. Tengok jarak antara satu lukisan dengan lukisan
lain jauh woh! Ada yang jarak dalam 400-500 meter macam tu. Dapat je map,
zaaaapppp terus kitorang cari lukisan-lukisan tu. Yang I nak sangat is Basikal,
Moto, Buaian and Budak Jual Kuih. Yang lain I tak beria sangat. Sewa Beca tu is
RM40.00 untuk sejam. Dalam masa sejam dari 6.15pm – 7.15pm mission accomplish!
Macam apa kitorang bawak beca tu. Laju giler. Punya laju sampai takyah kayuh,
tempat kayuh tu berjalan sendiri je. Hahaha. I dengan Khalil dekat depan sebab bajet sapa
kuat kayuh duduk depan la. I handle beca. Duduk pulak pun kena selang-selang. I
dengan Mimi tak boleh duduk sama baris nanti Beca kiat la. Senget sebelah.
Hahaha. Dengan nak masuk longkang semua cukup. Nak U-Turn kena guna 3 pointer
tu. Hahahah. Lawak nak mampos bila ingat balik.
Khalil, Siti Nurhaliza and belakang is Mimi and Atirah. Thank you Pakcik beca ambikkan gambar.
Tiga orang ni adik beradik. Malia is missing. Dia kena balik KL sebab the next day ada exam.
Hiyarrrrkhhh!!
Sukanya dia
Bye. Abang pergi jual kuih dulu.
Excited habes
Laju laaaaaaju buaiku laaaju. Aku nak kawen, dengan anak raja.
Girls only. Sorry Khalil.
Tak terkawal dah bebudak ni ha.
(^_^)
Abang, pandang Map. Bukan pandang I. Please?
Wait for meeeee
Yo yo O je Khalil
Minyak Yu Yee Giant
Tapi kitorang memang a good team. Seriously. Bawak
beca laju lepas tu zap zap zap dapat jumpa semua tempat. Ni kalau dapat yang
jenis lembap drama queen macam Rossilah Hasmi (Tetiba Ros masuk dalam cerita
ni) memang tak sempat kot sejam? Kitorang ada jugak enjoy scenery old town of
Armenian Street ni tapi tak sempat nak berenti lama layan Buskers or beli
makanan dekat tepi jalan makan ais kepal or kuih-kuih. Takot kalau lambat,
nanti hari dah gelap acane nak ambik gambar? Last pit is dekat budak ngintai dindung tu pon kitorang dah
kena sound dengan Pakcik mana entah. Dia suruh balik, hari dah Maghrib. KITA
ORANG KL LA PAKCIK, PAKCIK DUDUK PENANG BOLEH LAAAAAAAAAAAAAAA Hahaha.
Cukup sejam, kitorang pulang balik beca. Korang nanti
kalau nak datang sini, kata la nak enjoy minum ais kepal tepi jalan, makan kuih
or coffee please spend about 3 hours here. Baru puas hati. Lepas tu, kalau
bawak budak elok ambik beca yang ada orang bawak tu. Boleh muat 3 orang. Kalau
datang 5 6 orang boleh naik basikal
sorang satu. Ada banyak tempat sewa beca. Nak jalan kaki tak payah carik pasal,
mau menanges ketiak. Jauh kot? Naik basikal best, nanti angin masuk ketiak
sejuk je. Hahahahha. Lagi satu, pergi either pagi atau petang. Kalau matahari
naik nanti panas + macam mana nak bukak mata sebab panas. Berdoalah jangan
hujan kalau tak sesen pon tak guna. Map jangan lupa bawak. Pakai la pakaian
yang sesuai untuk bawak basikal. Kang kain masuk rantai basikal sesia je buat
tiger show.
Thank you Mimi, Atirah and Khalil. Kaksu happy
sangat sangat sangat. Korang pon tau Kaksu happy giler. Bebudak bertiga ni
semua baik-baik. Layan je I and jaga I macam jaga adik dorang pulak. Hahahaha. ‘Kaksu happy tak? Nak pergi mana bagitau je’.
Wooooow bestnyaaaa. Hahahaha. Lepas setel dekat Armenian Street, I belanja
dorang makan Nasi Kapitan and makan kek dekat Easy Brew lepas tu balik. Pakkal
la kan datang sini dengan Sazli and Shein. Kalau tak bebudak tu ajak karaoke
pulak. Hahaha. Next time korang datang KL, bagitau Kaksu. Kiter karaoke
sama-sama. Kaksu belanja. Ok? Dorang semua duduk JB. Khalil je dekat KL sebab
study dekat sini. Khalil belajar vet. Bakal Doktor Haiwan. I tanya dia, nape
tak jadi doktor biasa macam Malia? Dia jawab. ‘Entah la. Mana-mana pon ok’
T___T
-eNd-
4 comments:
Hai Kak Su!
Selamat berkenalan. hahahahaa.
Tengok beca naik 4 orang tu memang tergelak sebab saya pegi dengan kawan2, naik beca yang bleh muat tiga orang, yang paling gagah kayuh, yang kedua gagah navigate, yang tengah2 (saya) tukang gelak. hahahah kayuh sikit gelak, kayuh lagi gelak. tetiba belakang ada lori, tengok-tengok sampai KOMTAR hahahahahahaha.
Mamak Celup Tepung : Hi! Selamat berkenalan. Ada eh beca yang naik 3? So sorang depan, 2 belakang ke apa? Ooooo kaksu tau. yang satu basikal ada 3 seat tu eh? best tu. tapi tak jatuh ke? Macam mana sampai KOMTAR? OMG HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA NGEK!
La ingat ada gambaq sue dok makan sekerim nyoq femes kat armenian street tu..x dan try ka?..hihi..
Ada sesuatu yang menarik di sini!
Post a Comment