Friday, June 24, 2016

IFTAR at Shook! with Anny and Ellis

Assalamualaikum..

Selamat Berpuasa Yang Ke-19! Semalam I ter-advance sehari salah count hari puasa sampai ada yang nak azankan kat telinga I. Hahaha. Please la maafkan I sebab bulan puasa ni I kekurangan zat. Malam tadi sebeban dapat ubat. I dah tinggal 58kg now dari berat asal 69.7 sian I (padahal suka). Kata Anny last time, ‘Suraya ko kena 58kg Suraya, baru ko ok’. Now bila dah dapat 58kg Anny cakap ‘Suraya ko kena 55 suraya’. Nanti kalau I 55 dia suruh 53 memang I tumbuk je dia. Haha. Eh tapi tak boleh tumbuk sebab today Anny punya birthday yang ke 23 tahun (^-^). Untuk Anny, semoga panjang umur, bertambah kaya so boleh belikan aku handbag lagi and semua dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Jom la kita kawen since kita paling paham each other. Tapi kena la bermadu dengan Ellis. Dia bini tuwe. Minggu lepas kita celebrate Birthday Anny in-advance sekali dengan IFTAR bertiga dekat Shook! Starhill Gallery. Tinggi impian I nak makan Chicken Teppan mereka yang lazat tapi bila dapat hampeh! Kata ‘Atok’, tak sedap sebab dah tukar chef. Shook! telah memujuk kitorang dengan in-house dessert. So terubat la hati yang lara.


 Yang ni ialah Sushi/Sashimi 6 variety. Ada Sushi and Sashimi. Daaa memang la. Dah nama pon Sushi/Sashimi. RM75.47 harga dia.




Kasik close up Sashimi. So fresh and sedap. Masuk dalam tekak sejuk je. I suuuuuka Sashimi.


Agedashi Tofu ni sedap! Ada 4 ketul. Anny and Ellis sorang satu. I dua. Sebab I adik, dorang kena la mengalah. RM19.73


Anny makan Free Range Chicken. RM75.47


I and Ellis makan  Teppan Toriniku. RM32.59 harga dia include veggies. Kitorang makan dengan Steam Rice. RM2.60 je satu. Ni la rasa dia  tak berapa sedap macam last time.


Naseb baik dorang bagi in-house dessert. Memula Anny ajak makan buffet. Sebab dia ni tekak Melayu. Nak makan nasik kata dia for berbuka, tapi I tak suka la makan buffet dekat hotel sebab berapa banyak pon nak makan? Sikit jer. Charge sampai RM160++ kadang-kadang tu, lepas tu sesak. M A L A S. Dekat Shook relax jer, orang tak ramai. Sesambil makan, boleh dengar music. Dorang lagi over tau? Last week dah nyanyi lagu raya. Melampau. Sini kalau korang nak pergi surau ada 2 tempat. Haritu kitorang pergi dekat Level 3 JW Marriot. Surau sini luas. Cuma tempat air semayang je tak berapa ok sebab ambik kat sinki and nak basuh kaki kena ambik gayung la. Tapi surau dia besar. Kain sembahyang pon bersih.


Hello Ayden. Kitorang gilir-gilir jaga Ayden masa solat


Birthday Girl. I love you Anny


Ellis dah nak sama besar dengan Ayden


Tu dia makanan penuh satu meja. Haha. 


Ni in-house dessert yang kitorang dapat.  Green Tea Ice Cream + Mochi dengan apa menda tu ntah. Macam Popia Goreng jer. Tapi dalam dia ada kacang.

Masa kat sana, ada sorang Waiter ni asyik datang kat meja kitorang. Dia cakap dia ‘Atok’ bahasakan diri pada Ayden. Dah berusia jugak bro ni. Speaks English very well. I agak dia ni dulu Steward. Memandai je I. Hahaha. Bila cakap je Ellis single, terus bawak keluar kad. Pesan kat Ellis, ‘Jangan lupa sms’. Hahahahaha. Ongtueeee sangat. Dah la cakap sms. Dia kata dia dulu ada FB, tapi now dah deactivate. Malas nak layan FB, pening kepala. Ye ye je bercerita. Tapi Atok ni baik, masa nak berbuka dia siap bagi kitorang Murtabak sorang sekeping. Asal panggil je, laju datang… Anny cakap, ‘Atok, sebab Teppan chicken tak sedap, belanja saya Mocha’. Atok pon cakap boleeeeh. Atok suka table ni. Amboi.


'Atok'


Anny, Ellis and Siti Nurhaliza

Ayden sangat la behave and takde masalah langsung masa kat sana. Kitorang makan dengan aman tenteram dan sentosa. By 10.30pm gerak balik rumah masing-masing. Seronok dapat spend time berbuka puasa dengan love one. I sayang Anny and Ellis. Semoga friendship kita kekal selamanya. InsyaAllah…. Rabu depan jumpa lagi for Raya Shopping. OK? Nak uweeeeeeet!!

Shook!
LG1, Starhill Gallery
181, Jalan Bukit Bintang, KL
03-27823875

-eNd-

3 comments:

Cik Siti Hajar said...

kak su... bagi tips kurus.. nak kurus jugakkkkk...

Mommy Cici said...

kurusnyaaa kak su oiii 0,0

Amanda Suria said...

Eh...Berat I 55kg la sue...nape u nampak kurus dari I..Betul ke u timbang Ni sue,Ntah2 kurus lagi dh Kot..Erk...larikkkkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...