Thursday, June 23, 2016

Minute Steak Sandwich Yang SEDAP HOLIAO

Assalamualaikum..

Dah puasa yang Ke-19 dah kan harini? Sekejap je rasa kan? Pejam celik 10 hari lagi dah nak raya. Kan? Baju raya I, Shein and Sazli  = yillek! Rilex je goyang tetek walaupon baju raya takde lagi. Kata Ellis next week baru nak pergi cari baju bebudak. Every year memang I and Ellis akan spend one whole day untuk shopping raya. Cita-cita every year nak pergi Jalan TAR tapi end up tetiba je ada dekat Pavilion. Hahaha. Kitorang tahun ni tema Kuning, Kuning Cair whatever janji Kuning. Apeni Kaklong kaler kuning? Ni memang kaler kegemaran I sangat ni *mata keatas tangan kebahu. Tahun ni kita tak buat baju boria yang beli sekayu lepas tu masing-masing buat. Kita bagi je kaler tema, pepandai la handle. So far takde bantahan. Bantahan pon probably Mak sorang la sebab dia ketua mana suka nak sama kaler dengan baju orang. Eksyen betul. I ingat nak cari Baju Melayu Johor untuk Shein, kalau korang ternampak bagitau I or tag I dalam Instagram ok? I nak check out. Anyway, harini I nak share gambar Minute Steak Sandwich dari Brycg Green House. Bapak la sedap!


Minute Steak Sandwich – Brycg

I teringin nak makan ni dah seminggu. Bila sampai, tengok dalam Menu dah takde. Rupanya dorang dah take out from Menu tapi I request Chef buat jugak. Nasib baik boleh. Cuma dalam dia dah takde capsicum la. I mintak tukar dengan Caramelized Onion, Sundried Tomato dengan Honey Mustard. Memandai ikut citarasa sendiri tapi result = Superb. Salad I mintak Romaine Lettuce je. Taknak bawang, taknak Tomato. Subhanallah sedapnyaaaaaaaa. Steak tu kena Medium Rare baru la syok. Makan dengan Fries share dengan Shein Al-hamdulillah kenyang. Korang kalau tingin Minute Steak Sandwich ni, walaupon takde dalam Menu still boleh dapatkan kat sini. Mintak je Chef buatkan ok?


Nah close up skek. Jangan nak tenung sampai tembus. Kurang pahala puasa kau Sudin.

Terlahirnya entry ni sebab dah ada yang tanya, ‘Kaksu mana entry makan-makan?’ Korang memang kan? Hahaha. Asal nampak muka I je mesti tanya makan. Untuk bulan puasa ni, most of the time I bukak dengan Mak and Bapak. Baru 3 hari makan kat luar. So gambar makanan takde sangat la. Tapi stock gambar makanan memang melambak yang makan sebelum puasa. Ni kalau I share semua ni ada yang hempas laptop kat lantai. Hahahha. Semalam kitorang berbuka dekat 9Kedondong. Sazli puas hati dia dapat makan Kambeng Golek. Korang dah pergi sana ke belum? If belum pergi sekarang. I paksa sebab sana makanan dia best-best. OK? Baca sini untuk tengok I punya review. Semalam I layan makan Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi + Batang Keladi = Perrrrrrghhh!

-eNd-

2 comments:

Nur Aishah said...

su..cepat nau tu su..baru puasa ke 18..bawa2 ngucap su..ikut i ngucap meh. asyhaduallaaailahaillallaah.. :P

Mommy Cici said...

haahhhh rindu entry makan makan kaksu :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...