Thursday, June 9, 2016

Resepi Ikan Masak Kicap Pedas

Assalamualaikum.

Semalam masa bukak puasa, I buat Ikan Kembong Masak Kicap Pedas. Mak goreng 4 ekor ikan. Kata dia, ‘Su makan semua. Nanti soq (sahur) Mak goreng lain untuk Bapak.’ Semalam Mak buat Pajeri Terung. Kalau Pajeri terung lawan dia memang Ikan Goreng lepas tu makan dengan kicap manis perrrrrghhh. Memang sedap. Tapi bulan puasa ni I suka makan pedas sikit. Takde la pedas beria sampai mencret keluar buasir bunga kelopak lapan semua. Tapi KENA ada pedas. Kalau tak nanti masa suap nasik, I rasa seketul dekat dada. Rasa sebak nak nanges semua ada. Lepas tu menyentan-nyentan taktau nak ngamok kat sapa. Biasa la pempuan kuat makan sesekali lapar macam ni dia memang sedikit beremosi. Hahaha. Sepanjang bulan puasa memang kitorang bukak puasa dengan Mak and Bapak kalau takda apapa program. I syok la sebab Mak la masak semua. I nanti datang sana lepas kerja goyang tetek je, takyah beria masak sebab semua dah setel, unless tekak I nak makan lain pepandai la ko masak kat situ.


Ikan Masak Kicap Pedas. Jangan nak jilat screen ye? Allah nampak
Apeni pinggan comot? Presentation failed. I kasik U 60 markah je.



Resepi Ikan Masak Kicap Pedas
Bahan-Bahannya

  • Ikan kembong lumur dengan garam dan kunyit – goreng dah ketepikan
  • 7 tangkai cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • *semua ni ditumbuk lumat. Tumbuk kuat-kuat sikit pon takpe. Semangat Ramadhan

  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Garam
  • Gula
  • Air asam jawa
  • Bawang besar dihiris bentuk bulan


Cara Memasak

  • Memula panaskan minyak, tumis bahan tumbuk. Lama sikit pon takpe. Tak le sakit perut.
  • Masukkan kicap manis, sos tiram, air asam jawa, garam dan gula
  • Masukkan Ikan yang digoreng awal tadi
  • Last sekali masukkan bawang besar
  • Siapppp!!


Kalau nak fancy poyo skek kita boleh la tumis tiga serangkai dulu sebelum masuk bahan tumbuk. Lepas tu boleh masukkan tomato jugak. Nak hidang boleh tabur daun ketumbar. Tapi tak kuasa la semalam nak beria. I je pon yang nak makan. I jenis bukak puasa memang kena makan nasik terus or else kalau mengada nak makan kuih, lepas tu I tak boleh nak makan yang lain dah sebab dah kenyang. Nak makan nanti tunggu esoknya pulak time bukak puasa. So, baik bukak puasa I ngap terus nasik. Haha. Selera kata ko makan simple macam ni. Balance ikan, Mak suruh bawak balik lepas tu buat makan time sahur pulak. Sedaaaaapnyaaa. Korang try la buat nanti. Guna Ikan Tenggiri pon sedap jugak ni.

Selamat Berbuka!


-eNd-

3 comments:

Mommy Cici said...

wah sedap. mmg berselera makan macam ni waktu bulan puasa ni

yayang laling said...

dapnye... menitik air liur laaaa

Yatie Antu said...

bawang potong bentuk bulan tu...bulan sabit ke bulan penuh kaksu? kikikikikikiki...jgn marah...jgn marah...poser...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...