Friday, June 10, 2016

Ahad Lepas

Assalamualaikum..

Hari Ahad haritu I pergi Aeon Big dengan Sazli and Shein. Nak beli barang untuk Ramadhan. Keluar awal dalam 11.30am macam tu, tapi time tu pon parking dah sampai tepi jalan. Perrrrrghh. Kata Sazli makan dulu. Makan la apa yang I nak makan. I kalau dapat soalan yang sejenis tersebut, memang jawapan dia ialah ‘Ayam Penyet’. Sebab favorite I. Paling favorite is Ayam Penyet AP sebab pedas giler sambal dia. Lepas tu I suka Ayam Penyet Wong Solo. Wong Solo ni I suka nasik dia sebab guna glutinous rice. Sambal kicap dia tak pedas sangat, tak berapa kick. Tapi banyak bawang putih so bila makan, mulut rasa kuda. Lepas tu kalau makan Ayam Penyet I suka set Ayam tapi kena tambah Lele Penyet. Order dua sebab tak boleh made up my mind. Nak ayam or nak ikan. Sebab tak dapat decide, terpaksa order both. Haha. Masa makan kat Ayam Penyet AP last time, Shein pon suka Lele dia. Sazli pon suka. I perati je dua beranak tu makan macamkan Lele Penyet tu I order sengaja untuk dorang T___T


Bawak Lego lepas tu bentuk macam pistol, main tembak-tembak dengan Abah. Dia punya nak panjang je. Abah punya pendek. Bila tercabut, terus campak dekat bawah.




Apeni apeni. Gambar Nasi Ayam Penyet ambik dekat sini

Shein suka tengok Ikan Segar dekat sini. Yang kecik dia sebut Baby She. Yang besar She je. She = Fish. Puas mengajar fish fish fish tapi dijelingnya kita and balas she she she macam dia yang betul. Now dia dah banyak jugak sebut perkataan. Haritu dia panggil bapak, ‘Uuuuuu’ Hahaha. Dia dengar I panggil Sazli ‘U’ selalu kot? Car, Bus. Lorry, Colors and many more. Arahan pon dia tau banyak. Merajuk nombol 1. Membebel pon banyak jugak. Dekat rumah Bapak selalu ada kapalterbang lalu, so dia suka tunjuk tu tu tu. I ajar Aeroplane aeroplane. Shein tak balas. Lepas tu I cakap plane… Dia tak repeat. Lepas tu I cakap peh peh plane. Baru dia ikut peh peh plane and since that dia dah tau plane. Sebut Mama pon selalu. Kejap kang Mama, kejap kang Mama. Dah banyak kali sebut I jawab sekaligus. Iyeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Terus Shein sentap cebek. Mengundur mengundur tanam kepala dalam sofa. Dia ingat I marah dia kot?


Ni masa dekat Ayam Penyet AP

I suka jugak Aeon Big ni. Banyak dah now kedai-kedai makan dia. Ada Sushi King, ada Mr Teppanyaki. Kedai Pengantin pon banyak. Kedai Mainan besar-besar. Shein suka la. Tapi Shein kalau merajuk nak toys, merajuk dia tak lama. Nanti bagi blanket dia ok la. Jenis boleh tolerate. Sazli now suka belikan dia Lori Tanah dengan Excavator. Size besar-besar sampai sedepa panjang dia. Jenis Bruder. Now dah ada 3. Yang I ingat 2 je. Yang 1 lagi tak ingat rupa macam mana. Bruder ni memang tahan lasak. Berkualiti. Ada banyak jenis lori macam garbage truck, dump, cement mixer, flatbed, crane, lori bomba, lori dhl and many more. I tengok, Sazli and Shein ni dia punya taste sama. Shein memang suka sangat sangat dengan excavator. Esok balik kampung, I nak bawak semua. nanti boleh main korek pasir dekat rumah Atok.


Train tu dia yang pick sendiri. Asyik sebut Chooo Chooooo


Bruder Excavator


MB Actros Low Loader Truck with Jcb 4Cx Backhoe Loader

Now dah masuk puasa ke 5. Makin lama tekak I makin tak sedap. Nak makan apa pon dah taktau. Pagi pon dah tak selera nak makan. Tapi I tetap bangun sebab nak panaskan lauk and nasi untuk Sazli. Sambal-sambal pon I tak selera jugak. Rasa tekak payau. Takper la, ni kalau tak lalu makan boleh la lose weight lagi. To-date dah 8 kg lost, tapi kata Anny nampak tough lagi. Kena kasik 50kg baru cantik? Wakluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. I cakap, I nak 55kg. So ada 6 more kg to go. I can do it. Chaiyooook!!!

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...