Wednesday, June 8, 2016

Chocolate Chips Cookis sedap dari Mak Andak Cookies

Assalamualaikum.

Chocolate Chips Cookies Mak Andak ni memang cari pasal betul la. Rasa dah la sedap. Tak manis sangat lepas tu krup krap rapuh. Serious sedap macam Famous Amous punya. I kalau makan sebalang tu, memang mengadap sampai kesudah. Gone sekejap je. Untuk raya ni pon, I order banyak jenis kuih dari Haizan. Taaaaapi bukan untuk jamu orang, untuk sendiri makan je. Haha. Dia punya sedap rasa macam taknak share dengan orang lain. I sebenarnya dari tahun lepas dah terjerat dengan Chocolate Chips Mak Andak ni. lepas tu terus jatuh cehenta. Banyak yang buat I suka cookies dia. Firstly I yakin sebab I tau yang Mak Andak Cookies dijamin HALAL 100%, disediakan dengan bersih menggunakan bahan-bahan yang berkualit serta keluaran Islam Bumiputera. Maksudnya kalau makan tu takde la rasa, haih ni sedap sangat ni pasai apa? Mula la tingat bukan-bukan. Ye dak? Bila makan sedap, hati yakin so dia punya kepuasan tu lain macam.



Top Seller !! Chocolate Chips Mak Andak RM20.00 (+/- 50 pcs) Berasa dia punya almonds  and chocolate chips. Hish. Menyirap pulak rasa tengok gambar ni. Disini menyesal!


Tengok pon dah tau sedap. Dia punya nuts langsung tak kedekut. Bau sedap, rasa sedap langsung tak hapak. Kalau bau hapak tu kita tau dia guna margarine timbang kati punya. Yang buat cookies ni sedap sebab mereka tak simpan stock ye? Semua cookies are freshly made each time. Takde la puasa baru sehari, dah start jual. Nak menyampai ke raya, rasa dah tak fresh. Sebab tu korang kalau nak, kena tempah awal. Order close pada 17 Jun 2016 (Jumaat) Lepas tu collection boleh dibuat pada 20 Jun 2016 (Isnin). One more, kalau korang yang lain suggest I Chocolate Chips lain, I rasa susah la skek nak beat dengan Haizan punya ni sebab harga dia murah. Cuma RM20.00 untuk +-50pcs. Mana nak dapat? Jawapan : Takkan dapat sebab dari last year I survey, chocolate chips paling koman pon harga RM26.00 sebalang. Tapi rasa dia memang tak lawan Mak Andak punya lagi. Kalau I cakap sedap tu, memang sedap. Jangan nak argue macam-macam. Tengah lapar ni biasa memang garang la kalau review pasal makan. Hahaha.


Sampan Traditional Cookies ni pon sedap jugak woi! Rasa rangup kelapa buah-buah kering memang mengundang. Lantak la kalau orang cakap kuih sampan ni kuih ongtue. Kisah pulak I? Janji bila makan muka terus senyum. Yang ni RM25.00 (+-45 pcs). Nak bagitau biskut ni limited edition ok?


Ni bunga dia pesal tembam sangat ni? Flower Tart ni pulak RM28.00 (+/- 50 pcs). Bila makan, rasa cair dalam mulut. Sekali makan, 10 bunga. Sedap dia, sampai tak kisah pon kalau aku gemok. So what????


Cukup pedas, masin dia. Rangup, rasa inti sedap langsung tak kedekut. Simpulan dia pon kemas je. Popia Simpul ni RM23.00 (+/- 500 gram)

I nak remind lagi sekali yang Mak Andak punya Cookies close order pada 17hb Jun ye? Dari korang pening kepala beli kuih entah dekat mana-mana kena pulak tak rasa tester, harap rupa je lawa tapi rasa taktau lagi macam mana baiklah korang tempah dekat Haizan je. Yang ni sah-sah la sedap. I pon dah rasa, so I tau cookies Mak Andak semua sedap dan berkualiti. Korang kena percaya tekak I ok? Self Pick up Cookies ni korang boleh buat di Lobi Menara TM, Seksyen 19 Shah Alam (Berdekatan dengan sekolah rendah) atau Bandar Putera 2, Klang. Kata la nak pick up kat tempat lain zaaaaapppp call je Haizan nanti dia advice. Dorang siap ada agent. Usually kalay biskut raya ada agent ni, kita tau la memang dia sedap.

Haizan Qaseh – 0193920057
Instagram : haizanqaseh


-eNd-

2 comments:

Nur Aishah said...

su... word DISINI MENYESAL tu..kah kah kah.. sapa yg follow p.Ramlee je yg paham i tot.. "kalau disini menyesal..pergilah balik tidur di sinun.." hahahhaa.

Si sepet said...

salam akak saya ada ss blog akaak pasal cookies nie
untuk enrty blog saya ,,,maaaf
nie entry tuh ttp://ainnurnisazul2.blogspot.my/2016/06/te.html