Tuesday, June 28, 2016

Rosalinda Ayamor!

Assalamualaikum..

Kalau korang perasan, I memang jarang la pakai shawl yang bercorak. Usually I pakai plain je. Plain pulak kaler dia mestilah hitam, dark coklat, dark purple, emerald green. Kalau warna lain memang jarang la nak pakai. Beli suka, pakai tak suka sebab kalau pakai kaler lain atau yang corak-corak I rasa macam muka I buruks dan tersangat kasihan. I memang selalu tak confident bila pakai shawl. Macam Anny and Ellis, shawl dorang jarang-jarang nak iron. Stok jenis tak iron shawl. Pemalas ke apa I taktau la. Haha. Konsep dia, ambik je shawl lepas tu zaaaappp pakai terus. Takyah cermin apa. Elok je pulak. Yerla orang kurus and cantik pakai apa pon cantik. Ye dak? T___T Padahal shawl kat rumah I tu berbakol (nampak sangat tak hanger) Hahahahaha. Tapi ulang-ulang pakai warna yang sama. Shawl hitam I ada banyak ok? I memang beli banyak kaler hitam senang nak menurun jadik Tok Bomoh hahaha. Sebab hitam ni apa kaler semua masuk. Senang. Lagipon kalau pakai tudung hitam, I tak mengantuk and confident lebih. Apa kena mengena dia pun aku pon taktau la. Sehingggaaaaalahh jeng jeng jeng! Rizqin Shawl offer nak bagi I Bubble Printed Shawl. Dia suruh I pilih yang mana nak. Memang pandai la sangat I pilih shawl bercorak kan? So, I suruh je Nadya pilihkan and dia chose this untuk I.



Bubble Printed Shawl yang Nadya pilihkan untuk I. Bunga besar kemain macam Rosalinda Ayamor.  Cantik ke tak I pakai? Ok takyah jawab


I memang takde confident langsung nak pakai printed shawl. Nak pulak jenis yang lembik susah nak jadik dekat depan dia memang I nak amukan ablasa je rasa. Tapi Rizqin Shawl ni memang best! Masa iron pon I dah tau yang shawl ni senang nak jadik. I tak suka shawl yang lembik-lembik macam puasa 2 hari tak berbuka tu. Ni letak je atas kepala terus boleh style. I pakai shawl memang jenis bercantik-cantik lipat kemas pakai pin kerongsang semua. Macam Anny and Ellis jenis effortless beauty. I tak boleh, nanti rasa macam selekeh. Nak pakai punya la senang. Kain dia jenis berat so molek je jatuh. Ukuran pon just nice untuk yang tak pakai very wide shawl macam I ni. Yang penting depan tu mudah je terbentuk. I sukaaaaaaa!!


Nah I belanja lagi sekeping (^_^)

Konsep Rizqin Shawl ni ala-ala Trivago (Amboi). 'Hotel yang sama, bilik yang sama, Tapi 2 harga berbeza... Kenapa bayar lebih???' Gittewww. Kata Nadya, banyak shawl kat luar sana yang simple tapi harga punya la mahal especially yang celebrity jual. Berebut-rebut orang nak beli tapi of coz la harga mahal kan? Macam Rizqin Shawl, harga murah dan berbaloi-baloi. Kualiti pon best setanding dengan shawl yang dijual sampai RM50/RM60 sehelai tu.  Dengan harga mereka yang murah so korang boleh la buat koleksi semua warna. Senang kalau nak pergi kerja or any function. Ambik je tudung mana nak zaaaaappppp boleh pakai terus sebab semua kaler ada so senang nak match dengan mana-mana baju pon. Yang Bubble Printed Shawl, mereka akan update corak apa yang available dari masa ke semasa. Untuk return customer boleh dapat Special Price.


OMG cantiknya kaler kuning ni. Nadya, naaaaaak! 


Yang ni pon semua cantik kan? Harga Chiffon Shawl (Plain) ni cuma RM12.00 sehelai exclude postage

Bubble Printed Shawl ni la yang I pakai dalam gambar atas. Memang best! RM17.00 exclude postage

Cantik warna ni. Soft jer,

Black. My favorite.


Shawl Rosalinda Ayamor ni pon cantik. Eh, memandai I bagi nama. Haha.

If korang nak, boleh la order sekarang. Sempat lagi nak postage esok. Or if nak COD also boleh dekat area PJ, Shah Alam and KL tapi only available on weekend with RM10.00 COD charge. If korang tanya I personally, YAISSSS I REALLY LIKE THIS SHAWL. I suka material dia yang berat and tak la licin tak tentu hala. I don’t like licin shawl. Shawl dari Rizqin Shawl menggunakan chiffon yang berkualiti tinggi, senang dibentuk, tak jarang and paling sesuai untuk orang macam Anny and Ellis yang malas tak suka iron tudung sebab ianya sejenis iron-less. Selesa and tak panas dan most important adjustable (boleh nak pakai long or short). Ukuran 1.8m x 0.75m, straigh cut and jahitan kelim yang kemas.

Instagram
WhatsApp : +60 17 8486436

-eNd-

2 comments:

Zarina said...

Su...buat la video tutorial pakai shawl...

Sare said...

Sokong...I boleh je part timer pegang back drop. Kalau nak la..hehe