Friday, June 17, 2016

Shein and His Very First Yellow Belt

Assalamualaikum..

Congrats to anak mama Mohamad Shein Iskandar sebab dapat his very first Yellow Belt dari White Belt semalam. Siap ada ceremony lagi by school and Grandmaster Taekwondo. I tengok muka Grandmaster tu pon I takot. I seriously macam tak percaya Shein pass test. Dia tu paham ke instruction? Hahahaha. Masa Sazli tanya Shariffah betul ke Shein lulus test, Shariffah cakap don’t underestimate Shein. Shein did follow the instruction and the Grandmaster is very serious during exam as this Taekwondo program is under WTF (World Taekwondo Federation). Shein ada kelas Taekwondo every Monday and Thursday. Seminggu 2 kali. Masa mula-mula dulu Shein tak pandai apa. Lepas dia dapat baju, semangat la skek dia nak belajar. Kata Shariffah, Shein kadang-kadang orang tak tunduk hormat lagi, dia dah dulu tunduk. Hahahaha. Pon boleh. Jom tengok gambar. Sebak pulak rasa. Shein dah besar sangat ni!


Masa majlis penyerahan belt. That one is Mr David. Alolo Shein, so cute (^_^) Sebak sebak.



Bagusnya Shein. Behave je. Congrats sayang. Yang sebelah Mr David tu is cikgu Taekwondo Shein.


Headmaster Taekwondo pakaikan belt. Baiknya dia. Ni cuba kalau I pakaikan, bersepah dia lari. 


Semua baya-baya Shein yang pass the exam.

Haritu ada ramai yang tanya kat mana I hantar Shein masuk kelas ni? Jawapan : Taekwondo Class ni termasuk dalam activity Building Blocks International. Twice a week. Pagi je, lepas tu sambung sessi belajar macam biasa. I pernah la tengok bebudak kelas Shein buat persembahan. OMG memang la comel. Ada yang combine Taekwondo dengan Ultraman. Ada yang pusing salah. Orang pusing kiri dia pusing kanan. Tapi tu semua yang baya-baya Shein la. Umur 3 tahun macam tu. Alaaaa budak 3 tahun what do you expect kan? Tak payah nak pressure sangat. Let them enjoy belajar. Nanti lagi best. Let say korang berminat nak masukkan anak korang dalam kelas Taekwondo, dekat GE Mall Ampang – Kidz Sports and Gym also ada. Tak silap I kelas dia seminggu sekali on Saturday. 3 tahun keatas yang dah pandai dengar instruction. Tu jer syarat dia. Korang kalau nak tau more details boleh call dekat number ni. 03-42572777

Or nak lagi best, boleh la join Shein dekat BBI. Sini besssssssst! Makan organic, ada banyak activity yang focus on motoring skill. Budak-budak well behave and speaks English well lepas tu bijak-bijak. Shein dalam masa 2 minggu ni I nampak banyak improvement untuk yang ada masalah speech delay macam dia. Dia nyanyi ABC song, Twinkle-twinkle Little Star, Head Shoulder Knees and Toes and many more. I suka dengar dia nyanyi walaupon tak betul 100%. Banyak sangat dah perkataan Shein boleh sebut tak larat dah nak kira. I tak sabar nak berborak dengan dia. CUMA dengan orang yang dia biasa jer dia reply. Kalau buat malu kambeng dia, tanya la apa dia memang tak jawab. DIsembamkan muka dekat celah vontot I ada la.

Untuk Shein metayang kekambeng Mama, congratulation! Now Shein dah ada Yellow Belt! But doesn’t mean that you have to kick me also. Haritu dia marah apa entah dekat Sazli, di lawannya Bapak dia macam Ultraman vs Rasaksa siap ambik lajak dari jauh lepas tu ‘hiyaaaaarkh cha cha cha!!!’ Kalau dia buat kat I, I tak layan pon. Nanti dia give up berenti la dia sebab takde respon. Hahahaha. Padan muke!


Don't Mess With Me - Abang Kawasan Ampang


-eNd-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...