Thursday, June 16, 2016

Lalina Cookies Belaka Pon Sedap

Assalamualaikum..

Hari Isnin Lalina Bakery bagi I rasa dua jenis Cookies. Choc Chips Cookies dengan Almond Square. Macam biasa la kalau cookies sedap ni, sekejapan dah gone dikerjakan dek Shein. Memang sedap! Thank you Lalina. Lain kali jangan la bagi 2, bagi 10 terus. Ok? Hahaha. Selain dari 2 jenis Cookies ni, dorang ada 6 jenis cookies lain. Ada Crunchy Cornflakes, Semperit, Suji Brunei, Tart Nenas, Dahlia dan Cheese Bangkit. Ada kuih modern and ada yang classic so balance dunia akhirat. Balance dunia akhirat Waklu? Ni balance citarasa la. Ada cookies yang orang muda suka, ada yang ongtue suka. Kata la korang nak belikan Mak korang kan, lepas tu dia kata ‘Mak taknak biskut modern, Mak nak kuih bangkit’. Jangan gelabah sebab Lalina ada jugak kuih Malar Segar (Popular sepanjang zaman. Ingat lagu je ada Malar Segar? Kuih pon ada ok?). Zaaaappppp ambik ko Semperit dengan Kuih Bangkit. Setel problem. Kuih Bangkit Lalina pon jenis up skek sebab ada cheese. Haaaaa. Jom tengok gambar-gambar Cookies Beliau.


Hi Crunchy Cornflakes. Sedapnya awak kelihatan!




Almond Square Normal and Special Packaging




Dari Kiri ke kanan : Dahlia, Tart Nenas,  Almond Square. Crunchy Cornflakes, Bangkit Cheese, Semperit, Suji Brunei dan Choc Chips Cookies,


Specialnya Cookies dari Lalina ni sebab dia ada 2 jenis packaging. Kata la korang beli and nak masukkan dalam bekas raya sendiri boleh beli Normal Packaging tapi kalau rasa macam nak letak terus atas meja malas nak alih-alih dalam bekas lain atau nak bagi hadiah pada sabahat handai dan buat hamper ambik la Special Packaging. Senang sebab dah cantik. Harga untuk semua kuih ni sama je. Normal Packaging RM23.00 sebotol (Beli 5 dapat RM110.00) and Special Packaging RM30.00 sebotol tapi cuma available untuk Chocolate Chips, Almond Square dengan Crunchy Cornflakes je. Berat approximate dalam 300 gram untuk 3 jenis cookies Special Packaging. Detail cookies lain korang boleh check out jadual dekat bawah ni.




Detail Lalina Cookies


Kalau korang nak jadik Agent/Distributor pon boleh. Minimum order 20 botol. Mana-mana yang kerja office tu collect la order lepas tu dapat 20 botol dah boleh jadik Agent. Dapat jugak duit upah kan? Kalau nak jadik Agent pon tak susah sebab dorang punya konsep ‘Pre-Order’ so tak payah bagi deposit. Maksudnya macam I cakap tadi la, korang bagitau je sanak saudara ketua kampung belaka serta jiran tetangga dan kawan office lepas tu nanti if order banyak korang dah dapat special price. Kira upah la bersusah payah collect order. Dapat la komisen untuk setiap botol yang terjual. Kata la sebotol dapat RM4.00 pon, 30 botol dah RM120.00 kan? Sapa nak bagi? Haaaaa. RM120.00 tu dapat 5 balang kuih terus. Dah jimat budget untuk Kuih Raya nak bagi kat Mak Mertua. Ye dak?

Kalau korang nak, order sebelum 15hb (Rabu). Maksudnya apeni? Semalam la eh? Hahahahah. Yang ni I pon taktau. Korang deal la dengan owner. (LALINA BAKERY CAKAP CLOSING DATE IS EXTEND - Please contact them) Self-Collect dekat Shah Alam, COD pulak dekat area Klang Valley tapi minimum order mestilah 10 balang. Masa and tempat kata Lalina boleh dibawak berbincang. Takde hal. Menda boleh setel. Kata la kalau nak Pos, hanya boleh untuk kuih Chocolate Chips and Almond Square je. Yang ni je selamat with minimum damage tapi no 100% guarantee ye? Kiranya kalau rosak at your own risk la. Gittewwwww. Kalau kuih lain, dikuathiri akan berubah menjadik serbuk masa sampai kat tangan nkorang if guna post. Delivery dan Pick-up akan mula dibuat pada 20 Jun 2016 ye?

Nama Bizz: Lalina Bakery
Ig: @lalinabakery

Contact: 017 604 2656 or lalinabakery@gmail.com

-eNd-

No comments: