Monday, June 20, 2016

Jiwa Muda

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*


Assalamualaikum..

Tak sabar nak tunggu pukul 5.15pm. Jap lagi nak salin baju, lepas tu nak pergi gym dekat office ni. Dapat sejam pon cukup la. Lari dekat treadmill 1.5kilo lepas tu buat cardio exercise sikit. I suka exercise dekat gym je sebab malas nak habes masa atas jalan kalau nak pergi recreation park. Nak carik parking lagi, semua tu consume time. Time is important for me. Dapat sejam dekat gym pon dah cukup baik. Balik kang, nak kena melayan Shein pulak. Nak mandikan dia, lepas tu prepare dinner untuk family. Lepas bagi Shein makan, kena kemas sikit rumah mana yang patut. Basuh kain, lipat kain semua. Becinta habes ok? I paling malas nak lipat kain tapi nak taknak kena la buat jugak, kang kalau tak buat umah bersepah. Semenjak ada Shein ni, I memang tak tangguh dah kalau nak buat kerja apapa. Semua kena setelkan dalam masa yang ditetapkan. Kalau tak nanti jadik tak organized semua I jugak yang stressed. Dah siap kerja rumah, layan Shein kejap lepas tu put him into sleep and baru la boleh berehat and tengok apapa yang patut. Macam tu la routine I tiap-tiap malam semenjak ada Shein and as a working mom. Kerja tak henti dari siang sampai la kemalam. Siang dah dekat office, malam pulak nak handle family.


Training for company Netball Tournament lepas office hour


Now tambah lagi satu tanggungjawab as a Zenia Beauty Team.  Kepala sentiasa berfikir pasal business. Macam mana nak handle order, nak dapatkan monthly sales target, marketing plan semua. ikutkan 24 jam sehari memang tak cukup sebagai Isteri, Ibu, Petugas Syarikat dan Entrepreneur. Rasa macam tak cukup masa tapi I enjoy every part of it. I suka bila I always occupied and sentiasa on the move. I akan pastikan hari-hari I berkualiti. Kerja tak stressed sebab semua organize, jaga pemakanan dan jugak mejalani healthy lifestyle. Seminggu at least 2 kali I hit the gym and I akan pastikan I sentiasa dapat tidur dan rehat dan cukup. Semua tu untuk keep I fit dan sihat.


Bersama duta Transbella dan Partner di Zenia Beauty semasa Soft Launch Transbella di Teh Tarik Place on April


Photo-shoot untuk attire jenama sendiri - AnnySuraya RTW

Ada yang tanya I, ‘Tak penat ke jadik working mom lepas tu ada business lagi, I tengok you pon penat. Umur dah makin meningkat ni, elok la kurangkan aktiviti. Takot badan tak boleh nak handle’. I senyum je lepas tu I jawab, I doubt that. Sapa kata bila usia makin meningkat kita kena kurangkan activity? Sebenarnya activity tu la yang keeps you fit mental and physical. Kena la ‘move young’, jangan limitkan diri kita untuk kekal aktif sebab usia dah meningkat. Yang penting kena menjalani cara hidup yang sihat. Jaga pemakanan and pastikan kita ambik makanan berkhasiat setiap hari untuk kesihatan badan kita. Penting untuk pastikan badan kita dapat khasiat secukupnya untuk tulang, sendi dan otot. Sejajar dengan peningkatan usia, kalsium dalam badan akan berkurangan. Bila tak cukup kalsium dalam badan, nanti jadiklah sakit otot sendi semua lepas tu tulang akan jadi rapuh.


Semasa bercuti di Korea


Some wedding dalam dewan. Handling Shein dengan baju kurung, lari keliling dewan is no joke. Haha.

Sebab tu, setiap hari I pastikan akan minum 2 gelas Susu Anlene setiap hari untuk keperluan kalsium yang mencukupi untuk badan I. Anlene Move Max ialah formulasi terbaru daripada Anlene yang membantu kita untuk terus bergerak cerdas, menampilkan jiwa muda dan berkeyakinan kerana disetiap gelas Susu Anlene mengandungi Kolagen, Protein yang tinggi, Kalsium, Magnesium dan Zink yang tinggi serta Vitamins B2, B6, B12, C dan D dan juga rendah lemak serta rasa yang enak. Semua kandungan yang terdapat di dalam Susu Anlene adalah bagus untuk tulang, sendi dan otot. Makin berusia, maka kandungan kolagen dalam badan akan berkurangan. Jadinya amatlah penting bagi kita untuk mendapatkan bekalan kolagen yang mencukupi kerana kolagen merupakan komponen utama di dalam tulang rawan yang terdapat di sendi.


Anlene Move Max 


Bancuh 4 sudu susu Anlene dengan 200ml air suam. 


Minum 2 gelas Susu Anlene sehari untuk keperluan kalsium dan vitamin yang mencukupi bagi mengekalkan gaya hidup yang aktif dan move young!


Thank you Anlene for my healthy and active lifestyle

Tulang rawan sendi yang baik adalah amat penting untuk menyokong pergerakan yang lancar dan flexible. Kolagen ni lebih kurang macam minyak pelincir la pada rantai basikal. Kalau takde minyak, kan susah rantai tu nak bergerak? Sebab tu la, kalau kolagen tak cukup nanti kita jadik sakit sendi. Nak bersila pon payah, nak duduk pon kena perlahan-lahan sebab kalau tak jadi sakit. Dah tu acane nak keep active, ye dak? Sebab tuuuuuu la pentingnya untuk memastikan kita ambik 2 gelas Susu Anlene setiap hari untuk kekal sihat dan aktif. Korang boleh dapatkan Susu Anlene ni di Pasaraya terkemuka diseluruh Malaysia sekarang. Untuk Susu Tepung ada 2 perisa iaitu Biasa dan Chocolate serta boleh didapati dalam pek 1kg, 600 gram dan 175 gram. Anlene jugak boleh didapati dalam bentuk Yogurt. Sesuai la untuk yang tak suka minum susu tapi masih nak dapatkan segala khasiat sama macam dalam susu. Anlene Movemax  Yogurt terdiri daripada 4 perisa yang sedap iaitu plain, mango, strawberry dan berries.

Sekarang dah takde alasan dah untuk memperoleh kalsium dan khasiat lain yang terkandung didalam susu. Tak boleh minum susu, boleh makan yogurt. Kan? Anlene Move Max dirumus khas untuk orang dewasa bagi semua peringkat umur dan juga Anlene Move Max Gold bagi yang berusia 51 tahun keatas. Untuk keterangan lanjut boleh layari laman web Anlene di www.anlene.com.my atau Facebook/AnleneMalaysia.

-eNd- 

No comments: