Tuesday, July 5, 2016

Apa Yang Sedap Di Secret Recipe?

Assalamualaikum..

I kan, kalau teringin nak makan Curry Seafood Laksa memang akan pergi Secret Recipe je. Memang la harga dia RM24.50 dah sekarang tapi bila makan tu puas hati dia memang beyond any words can describe la. Nampak macam mahal kan RM24.50? Tapi sebenarnya murah tu kalau nak dibandingkan kita nak beli bahan and buat sendiri dekat rumah. Dah la penat nak masak semua lepas tu makan pon sorang jer memang menyirap je rasa. If I do the marketing for Seafood Curry Laksa mana cukup RM100.00 untuk beli shrimp, calamari and bahan-bahan lain. Nak pulak jenis I kalau Mee Curry kena perfect complete bahan dia baru puas hati. So lebih baik la makan je dekat Secret Recipe. Unless kalau nak makan satu keluarga baru la berbaloi kalau masak sendiri dekat rumah. Ye dak? Masa bukak puasa dengan Sazli Sabtu lepas, dia order pulak Golden Crispy Chicken. Pooonnn sedap woi! Lepas ni kalau datang Secret Recipe, I dah tau dah nak makan apa selain dr Curry Seafood Laksa. Yesss!!


Golden Crispy Chicken – Secret Recipe. RM20.00 sahaja. Padan la dengan harga dia punya kesedapan.

Sazli memang suka la dish yang kering takde gravy macam ni. Ayam dia memang sedap, perfect dengan mayonnaise and paprika atas ayam tu. Paprika ke? Memandai je I. Haha. Tapi rasa pedas-pedas la. Match dengan salad and fries. Seeeedapnyaaaaaa. Nampak gambar macam tak bernafsu, tapi korang try la makan ni one day. Memang sedap. Ishk, rasa macam nak makan petang ni la. Takper la, boleh singgah Ampang Point punya Secret Recipe lepas tu tapau bukak puasa dekat rumah. Seeeedapnyaaaaaa!!



Yang ni pulak Curry Seafood Laksa. Ada shrimp, calamari, egg, tauhu semua. Sedapnya lahai. RM24.50

I if makan Curry Laksa suka makan dengan spaghetti. Lepas tu kuah kena masam. I suka letak lemon/limau nipis banyak-banyak. Lepas tuuuuu kalau ada Sambal Kicap lagi la I suka. Kata Kaklong, if Curry Seafood laksa ni, nak sedap korang guna shrimp and calamari yang frozen tu. Sebab texture dia macam kenyal-kenyal sikit. Sedap! If yang fresh tu dia macam tak berapa kaw. If korang nak beli, beli kat dalam bahagian frozen. Ada banyak size. Dari S ke XL semua ada. Sediakan ajer ongkosnya… Lepas tu kalau ada kerang pon best. Tapi kalau kerang, I suka yang dah siap kupas tu. If dengan cengkerang dia sekali takper la, fogedid. Merajin pulak I nak rebus, lepas tu kopek semua. M A L A S. Hahaha.

Notakaki : Gambar from Google

-eNd-

No comments: