Assalamualaikum…
Harini ada yang bekerja lagi ke? Ke ramai yang dah
balik kampung? I pon dah balik kampung semalam. Balik kampung Bapak and Mak
Sazli dekat Sri Tanjung Ampang. Saspen jugak semalam takot ada jem teruk ke apa
sebab musim perayaan ni mana boleh kira sangat, kan? But Alhamdulillah jalan
smooth je. 5 minutes dah sampai. HAHAHAHAHA. Rumah kitorang dengan rumah Bapak
jalan kaki pon 10 minutes dah sampai, ni kan pulak naik kereta. Kitorang duduk
rumah Bapak sampai la Raya Pertama, lepas tu dalam 12.30pm macam tu gerak la
balik beraya kat Jengka sampai la cuti habes. Dulu masa mula-mula beraya di KL
ada la rasa sedih sebab Kaklong suka bakar I, kata dia kat Jengka masa malam
raya memang meriah dengan Bunga Api semua. I pon ada la rasa nak nanges sebab
tak dapat sama-sama dengan dorang kat kampung tapi Mak cakap, ‘Dari ko penat-penat masak dekat rumah ni,
baik ko balik Raya Pertama. Semua dah setel’. Ada betulnya jugak tu. I
boleh imagine macam mana bersepahnya dapur. Peeeerrrghhhh, nasib baik masa I
sampai Raya Pertama tinggal bersila je makan. Ni Kaklong baca ni, I agak dia
akan menyirap. Hahahaha.
Ikan Tenggiri Masak kicap ni walaupon simple tapi kalau makan dengan Iceberg Lettuce and Sambal Belacan, memang layan bro
Ayam Masak Bali
Peria campur telur lepas tu kidnap Ikan Bilis Goreng Mak buat tabur dekat atas. Sedap!
Ni lauk-lauk I masak ni untuk berbuka puasa
semalam. Baru ada chance nak masak banyak jenis lauk macam ni. I teringin Ayam
Masak Bali and kebetulan semua bahan ada semalam so boleh la masak. Kata Bapak,
sedap. Kalau sedap Bapak, sila la bagi duit raya lebih pada anakanda mu ini.
(Padahal semalam dah dapat banyak dah). Hehe. Resepi untuk ketiga-tiga masakan
ni, korang boleh tengok dekat sini. Semua I ada share dalam satu entry. Kalau
dah takde idea nak masak untuk berbuka petang ni, boleh try resepi ni. I ingat
today or tomorrow nak buat Mee Sup tapi kuah guna Rempah Sup and Ayam pulak nak
goreng, lepas tu hempuk dengan pisau besar and potong kecik-kecik. Ayam tu
letak garam kunyit, lepas tu tabur Serbuk Cukup Rasa. Manis je rasa ayam dia.
Nak buat Soto dengan bergedil, nasi impit semua rasa macam tak berdaya. Mee Sup
kuah pekat pon ok jugak. Kita tengok, berjaya atau pon tak mission ni nanti.
-eNd-
No comments:
Post a Comment