Tuesday, July 26, 2016

Kuroshio Market (Greenhouse by Muir) with Ellis

Assalamualaikum..

Dah lama giler tak update pasal makan-makan dalam blog ni kan? Ke sebenarnya ada je hahaha? I pon tak perasan, tapi yang I tau I dah tak larat nak mengadap rendang/ketupat and makanan Hari Raya. Seriously. Dengan Satay, Ketupat semua gua dah tak boleh blah wei. Cengginilah. Masa tak musim raya meroyan nak makan, bila dah dapat makan musim sekarang ni udah taknak pulak. Mula dah rindu balik nak makan Japanese Foods semula. So belek punya belek gambar dalam album, I found this! Ni major throwback ni. Masa I makan dengan Ellis dekat Greenhouse by Muir. Kat Greenhouse ni so far dia ada 3 section (Soon akan ada 4) Paling bawah is Kuroshio Market, 2nd Floor ada BRYCG and soon, depan dia akan bukak 1 more Japanese Restaurant and tingkat paling atas I tak ingat la apa nama dia. Haha. kitorang ada bukak puasa dekat sana masa Bulan Ramadhan lepas. The food was awesome! I rasa macam nak share dengan korang dalam blog tapi masa tu dah nak habes Ramadhan so macam no point nak share. Rasanya lagi 6 hari nak raya kot time tu? Anyway, jom tengok apa yang I makan kali ni dengan Si Ellis. This is Ellis punya first visit, terus dia suka and ajak datang sini lagi. Ok baby! Nanti kita makan dekat sini lagi, you belanja ok? Thank you Baby.


Ni Shariffah yang recommend. It’s a Hot Pots Sets For 2. Sedapnyaaaa!!

  

Kitorang ambik Beef Set. RM38.16 sen. Yang sebelah tu I ambik Salad. Salad menda entah. Seaweed kaler hijau yang macam jelly tu. Sos dia roasted sesame. Always go for that each time sebab S E D A P.


Cara dia, Memula korang pilih nak mana. Ada Mushroom Set, Chicken Set, Beef Set and Seafood Set. I ambik Beef Set. Lepas tu pilih soup dia. Last time I pilih Spicy Kimuchi Soup but I found out I lebih suka Sukiyaki Soup. Lepas tu pilih la nak Udon, Ramen, Soba or Rice. Kitorang amek Udon.


Cara makan dia sama macam Sukiyaki lain. I pernah ajar kan? Memula panaskan soup, letak segala mala tumbuh-tumbuhan lepas tu daging dia, celup sekejap je. Lepas tu celup dalam telur mentah and ngap. Rasa lemak-lemak je. Sedapnyaaaa!!


Ellis pergi order Soft Shell Crab Maki. RM19.08 harga dia.

Ni ada banyak jenis lagi Makimono. Yang Unagi tu pon sedap! I dah makan


Ellis ordered Yakiniku Beef as well. RM11.66 and memang sedap!


Kat depan Kuroshio Market tu ada jual bread and dessert. Jangan lupa ambik this Chocolate Souffle. Seeeeeedap wei! Amenda eh nama Bakery tu? Haaaa Evendough nama dia. Dessert memang semua la sedap. Ko dah kenapa semua nak sedap??



Now korang boleh chose untuk makan dekat luar. Best jugak cuma lighting je la tak berapa nak bagus. Lampu macam suram-suram. Tak dapat la nak menikmati pemandangan makanan sangat. Haritu beria kitorang suluh dengan lampu henpon. Haha



Lepas makan, layan coffee and dessert dekat luar ni. Ada kerusi so boleh la sapkok luuuuu. (Kalau suami/partner korang sapkok la. I tak)

Greenhouse ni bagi I, makin lama makin best dah. Dulu rasa macam menu dia limited and tak banyak, tapi sebenarnya TAK PANDAI nak order apa. Biasa kan kalau pergi Japanese Restaurant, nampak sushi atas belt kira banyak la choices. Padahal bukan makan semua. Korang nanti datang sini ok? Tempat dia pon lawa. Bila malam banyak lampu and rasa macam best sangat! Parking, korang parking kat sebelah Greenhouse building yang ada parking space tu. Baru RM5.00 je pon. Bebudak pon boleh lari-lari and Guard ada always. So selamat la. Guard dia pon dah terror tolong ambikkan gambar. Suruh snap sekali, dia snap sampai 30 kali. Hahaha. Untuk Menu, korang tengok dekat Kuroshio Market Facebook. Semua ada dekat situ. OK?

Greehhouse by Muir 
No.1, Off Jalan Ampang, Jalan Nipah, 
Kampung Berembang,
55000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
HoursOpen today · 10AM–10PM

-eNd-

1 comment:

Ibu Ilyanie(s) said...

BW di sini... jemput ke blog..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...