Assalamualaikum..
Ok la. Nak citer quick one pasal Arwah Ayah. Tetiba
pulak teringat dekat dia bila tengok gambar-gambar lama ni ha. Rindu Ayah! Tapi
I sure, sooner or later, InsyaAllah I akan dapat jumpa Ayah jugak sebab dunia
ni kan sementara je? Nanti kita semua akan mati. Dekat akhirat sana, dapat la
jumpa dengan family yang meninggal. Ye dak? So taknak sedih-sedih. Korang pon
mana-mana yang ada kehilangan orang yang tersayang, kena banyak bersabar ok? I
pon sebenarnya masa Arwah Ayah meninggal, I lebih prefer orang yang pegang bahu
I and biar I menanges semahunya dari yang lecture cakap, ‘Sabar la, jangan sedih. Aku
faham perasaan Kau macam mana sebab asgdhkjtucnsgeoxsnfofofo’. Not
helping ok? Nak je cakap ‘shadapyu!’ Ni I nak bagi tips, yang
sebaiknya if korang face a family member and friend yang kehilangan orang
tersayang macam Mak/Ayah/Anak/Suami, apa yang paling bagus untuk korang buat is
just hug him/her sambil gosok lembut belakang badan. Pegang tangan dia and
cakap, ‘Aku ada ok?’ Dah. Short and sweet. Yang tu lebih membantu. Tak
sesuai nak bagi motivasi ke apa time orang sedih ni. Like S E R I O S L Y. Guna
tips I ni. Ok?
Anyway back pasal Arwah Ayah. Ada orang cakap, if
kita mimpi sesiapa yang kita kenal meninggal, orang cakap nanti orang tu
panjang umur kan? Base on I punya pengalaman : Not relevant. Sebab apa? Sebab I
pernah mimpi Arwah Ayah meninggal masa 2 months before dia meninggal. Arwah
Ayah sakit sekejap je sebab lung cancer. Masa yang I mimpi dia meninggal tu,
dia tak sakit pon lagi. Malam tu I mimpi dia meninggal so I sedih giler la.
Membawak ke alam reality. Esoknya, I call la dia dengan semangat
berkobar-kobar. I nak bagitau sekali dekat dia yang I sayang dia banyak (konon)
so I pon call. Masa call tu Ayah jawab. Yay!! I pon cakap, ‘Ayah, malam tadi Not mimpi Ayah meninggal. Sedih sangat. Orang kata
kalau mimpi macam tu kena bagitau tuan punya badan sebab kalau tak pendek umur’. Beria la aku
bercerita. Sekali nak tau apa Ayah jawab?
‘Telefon
balik la. Ayah tengah tengok Bawang Putih Bawang Merah ni’. Click *dia
letak phone
T______T
Whyyyy??????? Hahahahahaha. Ayah ni memang kan? Orang
baru nak manja-manja dengan dia. Geram je! So lepas tu takde dah kesinambungan
or perbincangan pasal mimpi Ayah meninggal until 3 days before dia meninggal, I
mimpi lagi dia meninggal and this time Ayah senyum je. Dia cakap, panjang kot
umur Ayah. Padahal masa tu bangun pon dia dah tak larat. Time tu dekat Hospital
Temerloh. Haih, memory sangat bila ingat I, Mak, Kaklong and De masa jaga Arwah
Ayah dekat Hospital Temerloh. Dah la tak boleh jaga ramai-ramai kat sana, tapi
rezeki la ada kenal Doktor baik, dia bagi tumpang quarters dia. So tak payah l
berulang KL – Temerloh masa tu. Ada satu hari tu, kitorang 3 beradik beli la
makanan dekat luar hospital, lepas tu nak hantar dekat Mak. Sekali Pak Guard
tak bagi naik sampai 3 orang. Dia cakap boleh naik sorang je dekat ward. Memang
tak laaaaaaaaaaaa nak naik lift sorang sebab HOSHAS ni kan orang cakap banyak
hantu. Coi!
Lepas tu Kaklong cakap, ‘Encik kalau tak bagi kitorang naik 3 orang, Encik tolong ambik nasi
ni,hantar dekat emak saya Katil number 3, Ward Lelaki. Saya takot nak naik lift
sorang’. Last-last Pak Guard tu bagi la kitorang naik 3 beradik.
Hahahahaha. Ngek la Kaklong ni. Dia aci boleh jer. Kaklong jenis spontan je
kalau jawab. Tu kekadang geram nak tunjal. Now, ayah dah almost 9 tahun
meninggal. Lama dah. Tapi selalu je ingat dekat Ayah. Sebab dia baik, kelakar,
penyabar. Kalau lah Ayah ada sekarang, mesti lagi happy. Mesti dia paling beria
pasal all things. Mesti now dia dah tak komplen I berat masa mintak dukong
belakang dengan dia. Dulu dia cakap I berat.
Now Adik dah ringan sikit Ayah… J Mesti Ayah larat nak dukung
dah. Rindu sangat Ayah…. Nanti InsyaAllah dekat sana kita jumpa ok? Al-fatihah.
P/s: Kaklong, ko mesti rindu Ayah paling banyak kan? Huwaaaaaaaaaaa
-eNd-
3 comments:
Alfatihah. semoga arwah tenang di sana :)
alfatihah buat almarhum ayahanda su...
tacing ptg2 jumaat ni... rindu ayah .. (kat ampang).
so jawapnya kena balik ampang ur territory lah ptg ni...
al-fatihah buat arwah ayah chooyaya
Post a Comment