Thursday, July 21, 2016

Secretary yang LLB

Assalamualaikum..

Sekarang ni kalau dekat office ada apapa majlis, I dengan Intan dan tak jadik Mak Pengantin dah. Kuasa telah beralih kepada Kak Jue and Izzah. Sukaaaaaa!! Imagine dulu I dengan Intan memang busy dia kalau ada Birthday Office or Majlis Hari Raya mengalahkan apa je. Teringat kes ada siapa entah letak kertas dekat pintu bilik Meeting, ‘Setiausaha berkenaan sila pastikan bilik meeting bersih selepas digunakan’. Time tu masa dekat Balai Felda, kan Si Imah tak ngam dengan Intan? Padahal kerja kemas bilik meeting tu dia. Tapi nak mintak tolong dia punya kecut tetek masing-masing. Haha. Dah la dia sukaaaa tido dalam surau lepas tu kalau nak mintak tolong apapa OMG muka masam je. I dalam office, selain dari Dato’, I memang takot Imah. Memang jaga hati dia sungguh. Kalau nak mintak tolong vacuum bilik ke apa, Nanti I cakap macam ni dekat dia lembut-lembut, ‘Kak, mintak tolong vacuum bilik boss boleh? Mintak maaf ye Kak kalau susahkan. Kalau akak taknak, bagitau je vacuum kat mana, saya buat sendiri’. Itu pon cakap dengan dia, kekadang macam cakap dengan dinding. No response. Ko tak tengok masa dia buat kerja lagi menghempas macam mana. Kekadang tong sampah jatuh-jatuh time dia kutip sampah. Haram nak diangkatnya. Haha. Tapi tu duuulu. Now cleaner office ni semua baik-baik. Asal selisih tunduk kepala kat kita siap panggil ‘Miss’. Haaaa kan ke bagus macam tu?


Padahal tak terlibat tapi mesti la LLB
‘Look look busy’. Haha



Intan mintak change position sebab dia kata dia duduk nampak gemok. Baik.

Masa Majlis Hari Raya yang besar ni, I tanya Intan. Kita memang tak terlibat langsung ke? Jawapan : NO at all. Hahaha.. I tengok muka Kak Ju dari ceria masa pagi, masuk ke petang dah jadik apa je. Izzy semua pon bizi la potong-potong props. Lepas tu yang jaga gerai pulak, Kak Jue, Izzah and Shahida. I dengan Intan escort Dato’ makan je dengan CEO. Boss I pulak moody je. Taktau la kenapa weh. I agak sebab dia tak suka pakai Baju Melayu. Seronok jugak bila sesekali ada event macam ni. Macam I yang memang bekerja dengan corporate sector macam ni, tak boleh nak imagine macam mana la kalau kerja office yang dalam dia ada 5-6 orang je. Macam Klinik Dr Adrian ke? Matilah hari-hari tengok muka sama je. Unless kalau dapat Boss handsome macam Richard Gere, yang tu lain cerita. Amboi miang. Haha.


Bosses and The Secretaries
Dari kiri, Ida and boss : Encik S, Intan and boss : Dato' H, Kakju and Boss Encik K (naseb baik tak Dato' K), Siti Nurhaliza and Boss yang paaaaling best and sekepala. Encik R. OMG harini birthday dia weh! I pun lupa nak wish! No wonder dia takde mood. probably takde siapa yang wish dia kot?

-eNd- 

2 comments:

Suria Amanda said...

Mmg best kalau x terlibat..tp end up dari x terlibat tetiba terlibat..ayoooo amaaaa...sabo je lor

Cici said...

yang incharge selalu busy kan. I lagi lah, receptionist tapi kena melibatkan diri jugak -,- lagi takde kena mengena. hahaha kalau company pandai hargai takpelah kan