Monday, August 8, 2016

AYAM MASAK KICAP

Assalamualaikum..

Pagi tadi I tengok  stats segmen ‘Penulis Undangan’ dekat dashboard ada 2,500 over clicks so ok la. Anny selamat dan tidak akan digugurkan dari blog I ni. Hahah. Korang pon kemain eh support Anny siap nak tinggalkan I la apa la sebab nak follow Anny sorang. Geram jeeee tau? Tapi I nak korang tau yang apa Anny tulis, itu semua luahan hati dia. Biarlah dia nak berkongsi rasa dengan nkorang pengikut blog I ni yang bak kata Anny, ‘Acah-acah sayang Suraya’. Bongok. Kalau dia nak Mak Jemah kepochi semua tu. tu masalah dalaman dia. Kita maafkan ajer la dia. Businesswoman ni biasa memang biasa emotional. Sebab I mengamalkan konsep ‘No Drama’ dalam kehidupan and taknak ada unnecessary stressed or nak fikir menda remeh temeh.  M A L A S. I come in peace. Gittew konsep dia. So mana-mana komen yang berbentuk provokasi dan boleh menimbulkan keraguaan, tanda tanya I taknak approve la ok? Kang nanti jadik panjang cerita. Malas I. Wahahahahahah. Eh, sebenarnya tujuan entry ni sebab I nak share dengan korang gambar Ayam Masak Kicap yang Kaklong masak masa raya  haritu tetiba cerita pasal Anny dah 14 baris. Tak apa-apa dah nak overshadow I. 


Sedapnyaaaa Kak Long. This time Kaklong buat Ayam Masak Kicap dia letak semua bahagian peha, so takde la sessi sapa makan dulu, dia ambik peha/kepak and sapa last, dia makan part dada je.

Resepi Ayam Masak Kicap ni sama je dengan yang korang buat. Bawang besar, bawang kecik, bawang putih and halia blend. Panaskan minyak lepas tu letak la kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang and buah pelaga. Buah Pelaga ye Intan, bukan Buah Telaga. Dah tu masukkan la bahan blender. Lepas tu masukkan kicap manis, kicap masin sikit, sos tiram barang sesudu, air dalam setengah cawan and perasakan dengan gula+garam+serbuk perasa. Jangan lupa masukkan cuka/air asam jawa and last sekali masukkan ayam yang digoreng awal tadi. Ayam tu macam biasa garam kunyitkan. Rahsia nak sedap Ayam Masak Kicap untuk makan time raya is serbuk lada putih. Jangan lupa letak. Lassssst sekali masukkan suhun, bawang besar potong bentuk bulan, and lada besar hijau atau merah. Siap! Ayam Masak Kicap ni tak le berkuah sangat sebab suhun tu dah absorb semua liquid dalam tu. Makan dengan Nasik lawan dengan sambal tempoyak and ulam daun salad rangup-rangup. Perrrrrghhhh!!

I suka makan dengan Nasi Impit. Ni memang favorite I. Kalau umah Mak Itam I dia buat jenis rempah yang blender jintan manis, jintan putih tu. Pon sedap jugak. I ni sebetulnya hantu kicap. Amenda la masak dengan kicap, I suka. Sambal Kicap wajib ada dalam peti ais. I makan semua menda dengan kicap. Tomyam, segala mala jenis mee, nasik goreng hatta laksa pon I makan dengan kicap. I loveeee kicap so very much. Kicap manis la. Kalay kicap masin I tak suka. Kicap ABC also sedap but tak semua makanan sedap makan dengan kicap ABC. Kalau Indonesian dish, sedap makan dengan Kicap ABC macam Bakso and Ayam Penyet.


-eNd-

3 comments:

adda syuhada said...

Sedapnya....

Amanda Suria said...

Terus lapar.....sabau je la.....argh.....x keh thn sampai terbayang2 dh ni

mama tisya said...

laparrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...