Assalamualaikum..
BLVD House ni, makin selalu datang, makan sedap
pulak kau eh? Tu pon most of the time, I makan menda yang sama jer. Macam
Truffle Fries. Wajib makan. Fries tu, dia tabur dengan Truffle and dip dengan
dia punya Truffle Dip (Probably Mayonnaise + Shredded Truffle) perrrrrrghhhhh
syaiton punya sedap. Ni kalau gemok balik pon konsep dia redha sebab sedap sangat.
First time makan masa dengan Nadia dulu. Lepas tu second time makan, I pergi
order half size. Memang tak habes la. Dah la RM50++ sebekas. Palotak dia la
fries RM50.00? Dah masuk 3 4 5 kali pergi ni I pon dah pandai. Ambik yang side
dish punya size baru RM15.00. I memang eager to try Truffle ni semenjak tengok
dalam AFC pasal macam mana nak dapatkan Truffle ni. Tengok kemain payah siap
guna special train dog untuk hidu dalam tanah then only orang kena korek tanah
dalam-dalam untuk dapatkan Truffle ni. (Tapi the dog didn’t touch the Truffle
of coz for hygienic purpose and handle with care). Kena asingkan ikut grade,
melalui proses kawalan kualiti yang tinggi then only baru boleh jual.
Truffle
ni tersenarai diantara makanan termahal di donia (ini semua laghooo). French Gourmet, Jean Anthelme
Brillant-Savarin menggelar Truffle sebagai ‘The Diamond of the Kitchen’ dan hanya boleh di dapati di Croatian,
French, Georgian, Middle Eastern dan dikategorikan sebagai makanan
international haute cuisine. Dah tetiba rasa macam pengacara dalam AFC pulak dah.
Kah kah kah. Memang I teringin sangat-sangat nak makan Truffle and since BLVD House
memang ada variety of Truffle menu, so I try yang paling murah la. Fries dia
laaaa. Tu pon ada la 2 3 renjis Truffle dia letak.
Kah kah kah. Yang lain dah hundred over harga. Jadiklaaaaa. Janji dapat merasa. Baca
dekat sini untuk info pasal Truffle. Anyway, Truffle ialah sejenis fungus (kulat).
Pung
pang cerita pasal Truffle tapi gambar paling atas is this insanely delicious
Roasted Bone Marrow and Oxtail Marmalade. RM35.00 sahaja.
Dia punya side dish is Parsley Salad combine dengan
salad dressing dia yang masam tu (I agak maybe balsamic vinegar + olive oil)
lawan dengan fried garlic. Perfectly match! Makan dengan roti home-made. Ponn sedap
wei. Roti dia garing, daging dia lembut and dalam tulang tu ada macam
jelly-jelly lemak. Aduhai. Kenapa la sedap sangat? Masa makan kali kedua ni (I
combine 2 kali visit dalam 1 entry) Masa first dapat tu, Any punya macam tak
berapa masak, so the Chef tukar lain and dedua ni dapat FREE. Tenkiu Chef! Yang
kedua tu idok la habes makan sebab dah kekenyangan. Sekarang dah ada rasa
menyesal.
Nah
I belanja lagi sekeping. Memang sedap. If korang first time makan dekat sini,
order this one ok?
Yang
ni pulak Clam Chowder. Dia serve dalam roti macam ni. So boleh buat cicah.
Ongkampung giler. Ingat apa? Biskut cicah kopi ke? Haha. Pooon sedap. RM25.00
If soup, I suka either wild mushroom soup dengan
roasted tomato soup or onion soup tapi susah nak dapat menu ni dalam ‘soup of
the day’. Maybe next time InsyaAllah. Yang Clam Chowder ni rasa dia tak la
terlalu strong. I kalau makan clam banyak sangat, macam ada rasa pening pon
ada. Macam feeling lepas makan kambeng.
This
is my favorite ever. I memang suka Chicken Boxing. I suka rasa masam-masam
macam ni. This one is Spicy Chicken Boxing. Small. RM15.00 ada 4 ketul. Sorang
dua makan. Tak gaduh sebab adil.
Yang
ni pulak Anny punya favorite. Dia makan sorang 2 bekas pon relax je. Nama
beliau ialah Crispy Baby Prawn. RM18.00 untuk small size macam ni. Baby Prawn
goreng rangup top with cheese.
My
all-time favorite. Truffle Fries. Side Dish size macam ni good for 2 person.
RM15.00 sahaja. Nak extra dip kena RM5.00 charge. Tu yang hitam dia renjis tu, tu la Truffle. Cinonet je dia letak tapi rasa Truffle ni sangat strong.
Ni la rupa Truffle. Berharga diantara AUD2,000 - 3,000 untuk Truffle seberat 2-3/4 pounds sahaja. Ni dekat Australia harga dia. Pernah ada orang China bid Truffles ni sampai $61,250 untuk truffle seberat 4.16 pounds. Lebih mahal dari emas ye? Bukan RM but Dollar. Kira la sendiri berapa. Boleh beli BMW sebijik. 4.16 pounds besar mana je pon?
Pizza
pon sedap jugak. Flatbread Pizza ni nama dia ialah Mexicana Chicken Sausage.
RM35.00. I suka sebab dia thin crust. Baru rasa makan pizza. Kalau pizza hut tu
crust dia tebal I don’t like you!
One
of the best Hot Chocolate is dekat BLVD House la. RM14.00
Perkenalkan
your 007 Agent, Miss Anny. Tengok la dia punya Truffle Dip sampai 2. Anny suka!
Lepas makan dia cakap rasa berdosa sebab mesti menggemokkan. Dah terlambat
Anny. Jangan menyesal.
Ramai
komen cakap I macam Geisha. Geisha tu tau tak apa dia sebenarnya T____T
Now, rasa macam tak boleh get over dengan semua
makanan yang I pernah makan dekat BLVD House ni. Ingat nanti nak try yang lain
pulak. Norwegian Salmon, Mac and Cheese pon I pernah makan. Cuma pasta je I tak
pernah try lagi sebab dekat sini ada linguini je. I tak suka linguini, I suka
spaghetti. Lepas tu ada masa I suka Bolognese tapi dekat BLVD House ni most of
dia punya pasta is creamy sauce tu. Macam muak la rasa sebab ehem-ehem kekonon
orang tengah diet ni, taknak la makan yang belemak kan? Pui! Yang fries dia ko
belasah sampai sebesen tu apa dia pulak? Hahaha. Anyway, TQ BLVD sebab ada
dekat sebelah office I je. Senang la nak datang selalu. Ada orang cakap sini
mahal, tak laaaaaaaaaaaaa. Datang la dulu. Tapi I nak bagi tips, kalau dia
tanya nak still water or sparkling water, korang cakap nak house water je.
Sebab yang tu sebotol RM5.00, kalau still water tu dia guna Evian RM18.00
sebotol. Paham? House water. Ingat tu. Air minum air kosong, main dish amek
satu sorang. Makan 2 main dish tak sampai RM100.00 pon. Tapi takyah la beria nak
appetizer sampai 3 4 jenis lepas tu dessert lagi bagai siap coffee. Memang la mahal. Tapi jap. Tu aku!
Hahahahahahha.
BLVD House
Ground Floor, NAZA TOWER
Platinum Park, No 11 Persiaran KLCC
50088 Kuala Lumpur
03-26309999 (Call for reservation)
-eNd-
2 comments:
kaksuuuuu..dah kurus Nampak cantik!!!
ok bye :D
To cultivate truffles, inoculated truffle trees are planted in orchards much like those for fruits and nuts, except that the crop appears below ground and is usually harvested with the help of trained dogs or pigs that can smell the truffles through a layer of earth. Truffles begin to appear several years after the inoculated seedlings are planted and production can continue for decades.** The female pig's natural truffle-seeking, as well as her usual intent to eat the truffle, is due to a compound within the truffle similar to androstenol, the sex pheromone of boar saliva, to which the sow is keenly attracted. so halal ke idok truffle ni?????
Post a Comment