Tuesday, August 16, 2016

Nasi Goreng Tomyam Bodoh

Assalamualaikum..

Dah lama dah tak masak-masak dekat rumah sebab yang pertama, I dengan Sazli memang tak makan malam so no point untuk masak sebab kalau dah masak, kena la makan takkan nak tengok je? Sebab yang kedua dan utama MALAS. Hahaha. Yang paling tahan godaan and very konsisten ialah Sazli ni. Ko paksa la dia macam mana, takde der dia nak makan except kalau dia lapar sangat. Tu pon dia makan before 7 but I tengok, since Raya ni banyak jugak badan dia naik. Hahah. Dah gemok dah sikit. Tu la, sapa suruh banyak sangat makan dekat open house? Ahad lepas, I sempat la buat Nasi Goreng Bodoh version up sebab ada rasa tomyam sikit-sikit. Senang buat sejenis je untuk satu rumah. I pon kena la sacrifice Nasi Goreng Air Mata Berdarah sebab kang nanti Shein tak boleh nak makan. Kali ni I improvise sikit resepi Nasi Goreng Bodoh I. Sazli memang my no. 1 fan of Nasi Goreng, number 2 si Yatie Yahya. Rahsia nasi goreng sedap senang je. Nasi kena guna nasi sejuk and jangan yang jenis lembik. Jangan guna beras wangi sebab nanti lembik and berkanji sangat, nanti masak pon melekat dekat kuali. Geram jer. Masak keras sikit tapi jangan la mentah. I memang major turn off nasi lembik. Memang tak sukaaaa. Kalau kat kampung, Mak akan masak nasik peroi-peroi sebab kalau lembik, muncung I boleh ikat. Kata Orang Jawa, kalau nasi keras nanti terlekat dekat tekak ‘keseret’. ‘Mak ni kalau makan nasik yang macam Dik Chik (I ler tu) suka, keseret!’ Nanti semua orang tak puas hati nasik peroi but well, 1 lawan 8, I tetap menang. OMG banyak dosa dengan keluarga. HAHAHAHA.



Ni la Nasi Goreng Bodoh Tomyam Sipi-sipi. Hahaha. Tomyam sipi-sipi sebab rasa Tomyam tu ada takde jer. Macam eh, ni macam ada rasa tomyam tapi too light. EH, macam mana boleh sedap ni? Kah kah kah. Sendiri masak sendiri puji pon boleh jer.


Bahan-Bahan
  • 2 pot kecik nasi sejuk. Lerai-leraikan jangan berketul
  • Bawang putih 6, bawang merah 3 ditumbuk dengan garam halus
  • 2 bijik telur buat scramble egg
  • Semangkok ikan bilis goreng garing
  • Satu sudu kecik pes tomyam
  • Minyak untuk menumis.


Cara Membuatnya
  1. Memula tumis la bahan tumbuk. Sampai kuning. I suka garing sikit sebab ada rasa smoky.
  2. Masukkan pes tomyam dan serbuk perasa. Ikut la nak letak serbuk ikan bilis pon boleh.
  3. Lepas tu masukkan nasik. Gaul gaul gaul sampai kuali sikit lagi nak terbalik, tapi Alhamdulillah dapat cover. Hahaha
  4. Last sekali masukkan scramble egg dengan ikan bilis goreng. Siaaaap!


Macam I suka tumbuk bawang dengan garam sekali sebab I suka rasa bawang tu nanti masin-masin sikit. Kalau Kaklong, dia suka letak garam atas nasik so nanti rasa garam dia rata and takde la masin dekat bawang je. Sebab I suka bawang tu ada la yang kasar-kasar sikit. If korang masuk garam awal, telur tak boleh masukkan sebab nanti telur akan masin. Sebab tu kena buat scramble egg asing. Ikan bilis ada masa I suka tumbuk sekali, but ada masa I suka goreng garing and masukkan kemudian. Ikut suka hati engkau. Nak masuk tumbuh-tumbuhan pon boleh, tapi dekat rumah I takde so tak masukkan. Carrot sedap kalau masukkan. Mayang halus-halus. Seeeedap! Nasik goreng simple macam ni pon kadang-kadang selera. Murah pon murah. Sapa pon boleh buat sebab basic thing macam ni semua ada dekat dapur kan? I tak suka nasi goreng lembik atau nasi goreng yang letak air. Unless nak masak big portion kena blender semua bahan (sebab tak merajin nak tumbuk) Yang tu kena tunggu sampai air kering then only masukkan nasik.

Gittew dia punya explanation walau masak nasik gorengggggg je pon! Hahahahaha. Sazli cakap sedap! Dia apa pon I masak sedap. Tak pernah komplen. Kekadang masin pon bila tanya, ‘Sedap Mama! Thank you!’ Hahahaha. Shein pon suka. Pagi dia dah makan. Malam balik dari jalan, I panaskan ada sikit belen. Sepinggan penuh habes dia makan, so ada la belen 5-6 sudu dalam kuali I habeskan sebab tak sampai hati nak buang. Elok I suap sesudu, dia tengok pinggan lepas tu cakap, ‘More more?’ Dahhhhh nak sambung makan semula. Dah tu Mama acane? Mama pon suap la Shein dengan air mata yang berlinangan. Haha. Dah habes semua dia cakap more lagi. Lepas tu I cakap, ‘It’s finish Shein.. Finishhhhhhhh’ Maka terus pinggan kena smack down dek Shein. HAHAHAHAHA. Dia ni memang beremosi sikit pasal makan. Sama la macam Mama. Haha.

-eNd-


2 comments:

Ain Syafieqa said...

masak simple pon sodap...

Nurul Nadila said...

selalunye memang tau..yang simple tu lah yang sodappp..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...