Assalamualaikum..
Masa bulan puasa haritu I ada bukak puasa dekat 9 Kedondong. Ingat tak? Yang buffet murah lagi sedap tu. Korang boleh baca entry tu dekat sini. Bila tengok rumah tu, rasa macam jatuh hati pulak. Terus la I tanya dengan contact person 9 Kedondong untuk buat Majlis Aqiqah sebab tempat ni sangat convenience. Sejenis bungalow lot dekat elit area near Jalan Ampang. Situ semua bungalow lot, so nampak dia punya exclusive. I pon sempat la tinjau sekeliling rumah. Ada bilik, toilet, a big hall, laman luas and khemah yang dekat belakang tu pon cantik. Walkway cantik, bersih sangat. I jatuh cinta! Yang tanya pasal Majlis Aqiqah tu pon boleh tahan ngek. Shein tu sikit lagi nak berbulu Aqiqah celah mana. Hahaha. I ingat nanti second baby memang nak buat dekat sini la. Senang takyah kemas rumah semua. Sini pon ada je bilik tempat nak tido, selesa and feel just like home. Ni kalau tak kawen lagi, memang I buat dekat sini je ni.
Disebabkan I dah kawen, so I pon survey la untuk Kakyang punya wedding. I dah tengok package dia, memang semua bessssssst! Memang complete package siap SEMUA. Bukan makan je tapi semua la termasuk rumah, pelamin, hiasan, fotografi, Penyelaras Majlis, RELA, selawat, kompang, DJ, karaoke dan macam-macam lagi. Make up dah la lawa-lawa, pelamin pun alahaaaai meleleh air liur I tengok. Memang senang kerja kalau buat dekat sini. Bayar je ikut package mana nak, lepas tu goyang tetek je sebab yang lain semua orang buat. Best giler! Tapi tarikh yang kitorang nak tu pulak dah ada booking. Frust sangat-sangat! Seriously. I menung je bila En. Haziq cakap date tu dah fully book. So since 9 Kedondong ni sangat best and memang something yang worth to share, I nak share dengan korang semua apa yang 9 Kedondong offer untuk Wedding. Gambar dah la semua cantik-cantik. Jenuh I stalk dalam Facebook dorang. I punya study macamkan I pulak yang nak kawen. Haha. I bet, if korang tengok ni, korang pon akan jatuh hati. Tak kena gaya rasa macam nak besanding lagi sekali. Kepada readers lelaki yang dah kawen, jangan carik pasal ok? Haha.
Khemah ni dekat belakang rumah. Untuk satu rumah boleh letak khemah depan and belakang and muat up to 1,000 pax. Korang tengok la dia punya konsep putih bersih, siap ada kain kat atap tu, lawanya la... Macam Garden/English wedding kan?
Cantik sangat. Korang boleh pilih nak konsep apa. Tu semua boleh bawak bincang.
Different view. Cantik kan? Siap ada red carpet. Boleh la fe-feeling pwincess.
Ni pulak untuk meja makan beradap. Ada banyak lagi gambar yang korang boleh tengok. Nanti I share FB dekat end of the entry ok?
Ni khemah dekat bahagian depan if let say nak ambik 1,000 pax.
Cantik kan walkway ni? I sukaaaaaa
Ok meh I elaborate sikit apa yang 9 Kedondong offer kalau korang buat wedding dekat sini. Semua ni come with makan package. Maksudnya, korang pilih nak yang mana (RM40/pax 2 hari 1 malam atau RM45/pax 3 hari 2 malam). Semua ni korang akan dapat FREE ok? Maksudnya tak payah dah fikir nak bayar pelamin, baju sanding. gubahan hantaran semua dengan hiasan, sound system, fotografi dan lain lain. Kiranya bayar je package mana nak lepas tu dapat yang I senaraikan dekat bawah ni ALL TOGETHER. Berapa banyak boleh jimat. Imagine eh? Memang susah nak dapat tempat wedding yang come together with this package. This is soooo crazy.
RUMAH
- Bilik Tidur Pengantin
- 2 Bilik Tidur Keluarga
- 1 Bilik Utiliti (Boleh letak barang-barang macam doorgift etc)
- 3 Bilik Air
- 1 Dapur
- 1 Ruang Keluarga
- 1 Ruang Istirehat
- Ruang Parking Tetamu
- 3 Block Marquee Tent
PELAMIN
- 1 Set Pelamin Ekslusif
- 1 Set Baju Bersanding L+P
- 1 Set Accessories L+P
- 1 Set Make Up L+P
- Gubahan Hantaran Sebelah Pihak
- Set Renjis, Payung, Kipas
- Bunga Tangan (Fresh Flowers)
HIASAN
- 1 Set Meja Makan Beradap
- 4 Set Hiasan Meja Rombongan
- 1 Pintu Gerbang
- 1 Set Laluan Pengantin
- 1 Red Carpet
SOUND SYSTEM
- Emcee
- PA System
- DJ
- Karaoke
- Live Kompang/Selawat
FOTOGRAFI
- 1 Majlis Pernikahan dan Persandingan Outdoor Shooting
- 1 Unit Custom Album 11x15
- 1 Unit thumb drive gambar
- 16R Photoframe
OTHERS
- Penyelaras Majlis
- 1 Pembantu Penyelaras
- 2 Buffet Station
- RELA
SEMUA LENGKAP! Meh I tolong calculate berapa total yang korang kena bayar let say ambik yang package RM40/pack. Jemputan 1.000 so total is RM40,000.00 sahaja! and dapat pulak semua ni sebab come together with package. Memang saaaangat memudahkan pengantin. Korang fikir sendiri la eh? Kata la ambik package makan ni dekat mana-mana tapi baju kira lain, PA System kira lain, Fotografi kira lain situ je dah makan mau dekat RM15,000 kan? Kalau dekat 9 Kedondong ni, bayar je RM40,000 semua dah dapat sekali tinggal nak sediakan Door Gift je. Yang lain setel! Let say nak fe-feeling macam dekat rumah, takde hal sebab dekat sini pon ada disediakan bilik untuk keluarga. So boleh je duduk 2/3 hari termasuk hari langsung. Kan ke best tu? Jom tengok pelamin-pelamin yang boleh dipilih. Semua cantik ok? Bukan dia bagi pelamin cap ayam sebab ada jugak sesetengah tempat yang buat catering dia come with pelamin tapi pelamin dia tu haih.... Tak sampai hati nak ambik gambar pon ada.
Cantik-cantik kan semua? Banyak lagi yang lain tapi kang kalau I bagi lain habes la entry ni panjang mencecah ke lantai
Rumah ni pulak selesa and hisan Bilik Pengantin come together with package. Cantik! Hiasan macam dekat hotel. Let say korang nak buat ada tema warna ke apa, boleh bincang dengan Pihak Pengurusan 9 Kedondong. Kata la nak buat nikah malam, kenduri siang esoknya pon boleh. Rumah ni pon sangat la luas. Yang paling best sebab feel just like home. Kenapaaaaa la dulu masa nak kawen tak jumpa package-package macam ni. Geram je! Jom tengok suasana dalam rumah pulak.
Tangga nak naik ke atas
Lantai berkilat. Bersih je...
Bilik Pengantin. Ehem ehem.
Family Area. Boleh la lepak dekat sini sesambil siapkan door gift last minute. Hahaha.
Ni acara pernikahan yang buat dekat dalam rumah. Barang hantaran untuk sebelah pihak pon tak payah fikir sebab masuk dalam package sekali. Jimat berganda-ganda ye bakal pengantin sekalian.
Jom tengok pulak Menu yang disediakan oleh pihak 9 Kedondong. Ni contoh menu but let say korang nak menu lain takper. Menda boleh bawak bincang kata En. Haziq
RM40/pax (2 hari 1 malam) 1,000 orang
Hidangan Raja Sehari
- Ayam Golek
- Udang Galah Panjat
- Ikan Siakap Sweet Sour
- Buah-Buahan
- Puding
Hidangan Tetamu
- Nasi Putih
- Nasi Minyak/Hujan Panas/Briyani
- Ayam Masak Merah/Rendang/Goreng
- Daging Masak Hitam/Rendang/Kurma
- Sambal Sotong/Ikan Dori Masam Manis
- Dalca
- Acar Rampai/Acar Timun
- Buah
- Minuman Kordial
- Teh Tarik
- Bubur Kacang/Cha-cha/Jagung
- Kek Pengantin 2 Tingkat
RM45/pax (3 hari 2 malam) 1,000 orang
Hidangan Raja Sehari
- Ayam Golek
- Udang Galah Panjat
- Ikan Siakap Sweet Sour
- Buah-Buahan
- Puding
Hidangan Tetamu
- Nasi Putih
- Nasi Minyak/Hujan Panas/Briyani
- Ayam Masak Merah/Rendang/Goreng
- Daging Masak Hitam/Rendang/Kurma
- Sambal Sotong/Ikan Dori Masam Manis
- Dalca
- Acar Rampai/Acar Timun
- Buah
- Minuman Kordial
- Teh Tarik
- Bubur Kacang/Cha-cha/Jagung
- Kek Pengantin 2 Tingkat
Hidangan Majlis Nikah
- Sarapan 50 pax
- Makanan Nikah 150 pax
Tambahan
- 2 Ekor Kambing Golek
OMG sangat la berbaloi siap ada breakfast and kambing golek dengan Kek Pengantin lagi dalam package. Memang sangat memudahkan keluarga pengantin. Korang imagine la dengan menu yang dah best ni, dapat pulak together yang I share dekat atas tadi. Seriously tak payah pening kepala dah kan? Senangnyaaaaa. Ni memang boleh goyang tetek sambil limbo rock sekali dah ni. HAHAHAHAHA. Tak payah pening kepala dah sebab semua dah disediakan sekali oleh pihak 9 Kedondong. Whyyyyy baru sekarang ada package macam ni, WHY?????
I suka la wedding dekat 9 Kedondong ni. Feel just like home kan? Bezanya bukan rumah kita la. Rumah orang lain. Haha.
Yang penting, makan sedap, tetamu selesa and tak panas.
Kata la nak bawak team marhaban ke, ghazal ke poooon boleh. PA System dah provide semua.
Ni Ghazal ni kan? Yer la ni tengok semua hensem pakai baju kurung johor. Tu bukan SM Salim ke? Memandai je ko Suraya. Haha.
Inilah 9 Kedondong pandangan dari depan. Cantik, bersih dan luas!
Kalau kata la buat wedding dekat sini, lepas habis majlis tak payah dah fikir nak kemas rumah ke apa. Balik berehat je sebab yang lain sah-sah ada orang yang akan setelkan. Badan pon tak penat. Kan? Imagine kalau buat kat rumah nanti dengan nak mengemas semua, punyalah penat. Dah la seharian melayan tetamu lepas tu nak berkemas pulak. Memang lepak la. Habes wedding, boleh relax terus. Kemas barang-barang sendiri je. Bagi I, inilah package wedding yang paling best I pernah jumpa dan paling menyenangkan keluarga pengantin. Takde extra charge kalau korang nak apa yang I state dalam entry ni unless nak bunga ros sejuta kuntum tabur dekat atas jalan raya yang tu kena la extra bayar. Hahahaha. Kalau nak tau dengan lebih detail boleh contact En. Haziq (017-2250705). Boleh la tanya dengan lebih detail. Tanya je banyak-banyak biar sampai dia sewel pon takpe. Hahahaha.
9 Jalan Kedondong of Jalan Ampang
55000 Kuala Lumpur
-eNd-
No comments:
Post a Comment