Monday, August 22, 2016

Girlfriend and Shell Out Home-made

Assalamualaikum..

Hari semalam I letak gambar Mak/GF dalam FB lepas tu ada yang komen cakap rindu sebab dah lama I tak cerita pasal dia. Well biasa la, I dengan Mak ni macam becinta. Ada masa kalau merajuk manja tu geram je rasa sebab dia sejenis drama kalau merajuk, lepas tu macam malas nak cerita pasal dia. Biasa la sesekali mesti ada tegang dalam percintaan. Sedangkan lidah lagi tergigit. Tapi Al-hamdulillah now kita manage to get back our rhythm and dah get back together. Macam becinta la pulak. Hahaha. Mak masih lagi solo sampai sekarang. I pesan dia takpayah la nak tido berteman ke apa. Rumah tu dah pagar keliling siap gate baru, tak payah nak takot dah. Lagipon dah tetuwe ni focus on beribadah je. I cakap pada Mak, kalau dia kawen nanti walaupon tido malam ada teman, nanti pagi nak kena siapkan sarapan, nak kena layan suami masak la apa la semua. Jenis pulak yang jenis kuat bersembang nanti dah bila masa nak nap between Zohor dengan Asar pulak kan? Tido tu penting Mak. Lepas I cakap macam tu, dia ketawa je. Haha. Alhamdulillah Mak sihat je..


I love you GF


Lately ni dia banyak la bejalan. Haritu baru je balik ke Johor dengan Mak Itam. Pergi rumah kakak dorang dekat Felda Kemelah. Rumah Ngah Yam. Lepas tu pulak pergi ke Kampung Kuala Paya, Buloh Kasap rumah Teh, kakak dorang jugak. Dekat sana, adik dorang dari Singapore pulak turun. Seronok la tu kumpul ramai-ramai. Terus buat slumber party dekat rumah Teh. Hahaha. Takyah nak party sangat la dah tetua ni. I pesan pada Mak, tu dah kumpul dengan adik beradik sekali sekala ambik gambar. Entah bila dapat jumpa lagi. Mak adik beradik dia ada 7 orang, al-hamdulillah semua sihat lagi. Abang dia sorang ada dekat Sabah, Mak and Mak Itam duduk dekat Pahang, sorang duduk dekat Singapore and yang lain duduk Johor. I ni Mak Ayah asal Johor, tapi Kaklong je yang lahir dekat sana. Arwah Kak Ngah, De dengan I semua lahir dekat Pahang sebab tu I tetiba jadik Siti Nurhaliza. Hehe.

Ni pon ada dekat KL lagi Mak. I suruh dia datang KL sebab ada wedding. Semalam kita pergi rumah De dekat Shah Alam lepas tu buat Shell Out. Dapat 4 hidangan besar Shell Out, bersila masing-masing makan. Ada ketam, udang, sotong, lala, isi ikan semua. Resepi pon dapat yang sedap and kaw sebijik rasa macam makan dekat Shell Out tu, nanti I share resepi ok? Lepas tu dorang ni sewel. De main campak je ketam dekat Kaklong, Kaklong campak dekat Sazli. Main-main dengan makanan. Sazli pulak kaut kuah dekat plastic macam wiper kereta. Hahaha. Mak pulak tak berkenan makan lapik plastic atas lantai dengan takde pinggan semua. Kata dia macam apa je makan atas plastic, memang dia tak approve makan macam ni. Dia tau tak Shell Out ni tengah trending now? Sudahnya Mak makan Nasi Goreng yang I bawak bekal dari rumah dalam pinggan. Sabar ajer la. Naseb dia takde dalam WhatsApp group, kalau tak I dah remove dia dah sebab tak dengar arahan.


Mak mana?


Sedapnyaaaaaaa!


Syukur Mak masih sihat sampai sekarang walaupon umur dah 70 tahun. I selalu pesan pada Mak, jangan lupa doakan I dilindungi Allah selalu, dijauhi dari fitnah dan dimurahkan rezeki. Bila ada rezeki lebih, I pesan pada korang, bagi la pada Mak. Tak dapat banyak, sikit tu hulur je jugak. The power of sedekah and ringan tangan hulur duit pada Ibu/Bapa ni kalau I nak cerita, memang meremang bulu ruma. Start la sikit-sikit pon takpe kalau masih ada yang tak start lagi tu. Masih tak terlambat selagi mereka masih ada. Macam Bapak tu, I tengok dia handle Tok Chak siap suap makan, mandikan, cebokkan kencing/berak semua. Duit tak payah cakap la dia bagi padahal Tok nak buat apa pon? Buat rumah semua siap. Bilik Tok pon siap ada aircond. Kalau Tok sakit, duduk ward Suite terus. Takde dah single room. Sekali keluar bill boleh beli Kancil cash. Itu impian I. One day, I nak berbakti pada Mak macam yang Bapak buat pada Tok Chak. InsyaAllah. Sazli pon cakap dia nak jadi macam Bapak so that nanti bila kitorang dah tua, Shein pulak sayang kami. Hidup ni macam roda. Macam mana kita layan Mak Bapak kita, macam tu la anak kita akan layan kita nanti.

Untuk yang ada sikit-sikit, takpe. Bagi je. Ada sikit bagi sikit, ada banyak bagi banyak. Bukan value of money tu dikira, tapi niat yang ikhlas. I dulu masa memula datang KL, selalu pon Mak and Ayah bank in duit sebab tau I struggle duduk KL ni. Sewa rumah, kereta, makan, dengan gaji ciput and takde extra income manakan nak cukup gaji RM1,500.00 sebulan. But now, bila rezeki ada lebih sikit, I kongsi dengan Mak lebih sikit. Kalau dia datang KL 4 hari, asal jumpa je I hulur. Tak banyak pon takpe. I tau pon tau Mak tu janda kaya, tak heran duit I hahaha. Tapi suka la tengok dia happy. Sekarang kalau tanya ada duit tak, manjang takde. Tapi gelang dia pakai dah macam Mami Jarum. Hahahaha.


-eNd-

2 comments:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

fuhhhh... best2 bila dpt bkumpul gini kan2...

aisha said...

nak resepppiiiiiiiii.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...