Friday, August 19, 2016

Rawatan Alternative Asthma Yang Terbukti Berkesan di One Osteo KL

Assalamualaikum..

Hari semalam I baca dalam IG Yash and Apai yang Farrel punya asthma dah hilang lepas buat rawatan dekat One Osteo. I tau yang Farrel ni mengidap asthma dah lama. Selalu la tengok Yashie masuk keluar hospital and dengan Farrel memang depa extra care. Tak bagi makan tak tentu hala, tak bagi renyah sangat. Sian kat Farrel, but dengan treatment dekat One Osteo, Farrel dah ok and I mintak Yash (Sebenarnya lebih kepada paksa) untuk share pasal Farrel punya Asthma background and experience mereka dekat One Osteo ni. Semoga bermanfaat kepada semua yang ada masalah berkenaan Asthma, Eczema and Sinus. Treatment dekat sini dari baby sampai la orang dewasa. Sila share ye dengan kawan-kawan lain yang ada masalah macam ni especially asthma. Semoga bermanfaat kepada semua and terima kasih Yash sebab berkongsi dengan readers Maksu pasal ni. Mana tau dapat tolong ramai orang yang ada masalah ni. InsyaAllah. Jom baca kisah Yash, Farrel di One Osteo.

xxxxxxxxx

Ok. Yash tak pandai sangat menulis. Kalau tak paham, boleh tanya ok? At the end of this entry, Yash provide email address yash. Ceritanya macam ni. Basically Farrel diagnosed as Asthma masa Yash dalam pantang Balqis, Farrel umur 2tahun 4bulan. Itu 1st time dia kena Asthma attack kat Kedah. Jadi bulan-bulan selepas itu, purata nya dalam setahun tiap-tiap bulan Farrel admitted sebab semput. Dan hari-hari kena pakai Flexotide 2puff a day & Ventolin bila perlu sampai umur 5tahun. EL dan unpaid leave takyah cerita la. Mmg wanted dalam office tu. Farrel banyak food allergy jugak. Sian dia.

Diperkenalan dengan One Osteo

Nicolas KL Osteopath. Click read more to continue reading.


Masa mula-mula Yash di introducekan dengan One Osteo ni oleh Ijah-wife Aspa. Ijah cakap try la bawak Farrel jumpa French guy ni, diorang boleh rawat Asthma. Yash go thru FB Page Nicolas-Founder One Osteo. Yash baca profile dia, pakar bidang tulang belakang dan tengkorak. Whattt??? Apa kena mengena dengan Asthma Farrel? Ijah must be wrong or misunderstanding of Farrel's health condition BUT I still keep the phone number save it in my phonebook--just in case. After many many many episodes of recurrent Asthma attack and in September 2015 again dikejutkan dengan Farrel ada Scoliosis lebih kurang dalam 15°. Ijah sekali lagi call suruh Yash bawak Farrel pegi jumpa Osteo. So di situ Yash tanya Ijah what is Osteo ni? Ijah pun brief la yang diorang ni pakar spine dan skeleton- where urat dan saraf connected dari spine ke seluruh organ-organ badan. If skeleton dan spine berada dalam keadaan tak mengikut posture yang betul, urat dan saraf tak supply dengan cantik ke organ-organ dalam badan. 

It will lead kepada penyakit-penyakit sebab darah tak flow cantik. Ok-make sense. So Yash lagi sekali go thru FB Nicholas dan 1 benda yang Yash eager nak bawak pi ke One Osteo tu sebab dia ada tunjuk bukti orang (budak dan dewasa) yang menghidap penyakit asthma kaki misaligned, dada tinggi sebelah dan Yash cuba kat Farrel as dia tunjuk dalam FB tu DAN ternyata BENARRRR. Sumpah Yash tekejut kaki Farrel misaligned dalam 3". Kebetulan adik Yash datang rumah malam tu dan dia adalah seorang Physiotherapist di Columbia Asia Hospital Cheras, Yash mintak dia tengokkan betul ke structure kaki Farrel ni pendek sebelah? Yes, dia mengiya kan yang structure kaki Farrel tak even. So esok nya Yash pon call la dan buat appointment dan dapat 2 bulan akan datang sebab dah penuh untyk nak book dalam masa terdekat. Untuk treat Asthma, Sinus & Eczema fall dalam ISD treatment (Immune System Disorder) so procedure dia kena block 3 hari dalam 3 minggu berturut-turut.


Gambar dari FB Nicolas menunjukkan orang (budak dan dewasa) yang menghidap penyakit asthma akan ada masalah kaki misaligned.

Tak Sabar Tunggu Tarikh Appointment


Farrel's 1st appointment was on 26th July. We both went there dan sampai awal tapi sebab tak jumpa blok yang mana 1 so reach the office lewat 10minit (sepatutnya tak boleh lambat langsung, they have the right untuk cancel appointment ke tarikh lain and we have to pay for that day charges as well~~uuuuu scary) tapi baguslah ajar sket Malaysia untuk jadi punctual. But we managed to meet Mr. Pierre the handsome Osteopath Practitioner from France. Muda kacak dan ramah. (Sebab tu la ko pon sebok nak buat treatment jugak kan Yash? - NI MAKSU YANG TULIS Haha) So dia mula tanya soalan-soalan berkenaan dengan Farrel yang dia nak tahu salah silah sejarah Farrel sejak dari dalam perut sampai dah besar. Barula dia start bercerita common symptom untuk penghidap Asthma, Sinus dan Eczema.

I will attach gambarajah yang dia lukis. Dan terkejut bila dia kata orang Asthma akan ada masalah Scoliosis- whatttt? Thats what Farrel has been diagnosed last year. Yes sebab pelvic dia senget so dia tend untuk balancekan badan dengan posture yang senget so spine dia akan ikot pelvic yang senget tu. Before dia start treatment, I asked him few questions such as apa result patient-patient dia yang ada asthma sebelum datang jumpa dia, dia jawab 1 ja--their asthma GONE. Yash and Apai terpandang sesama sendiri. Okay. Amazing and I put more hope and doa for this treatment. Dia start the treatment. Farrel enjoy dan bagi cooperation walaupun malu-malu. During the treatment, I asked another questions such as if you said this treatment can cure asthma, why Paeds tak suggest treatment ni dekat pesakit? Kenapa dok bagi neb and steroids dekat anak-anak ni?


Why pengidap Asthma akan mengalami masalah kaki misaligned







Farrel during the treatment

Dia cakap dia negara dia this treatment dah common. Everywhere ada Osteopath Practitioner even dalam hospital ada their own unit. But di Malaysia Osteopath baru bertapak dan belom dikenali. Ok make sense. Before balik dia tunjuk dekat kitorang kaki Farrel yang tak even sebelum treatment dan selari seperti biasa dan Farrel diberi 2 padding kena letak kat dalam kasut untuk balance kan pelvic dia dan kena pakai kasut yg ada padding tu dalam rumah. So Farrel jadi mat saleh pakai kasut sepatu dalam rumah for 3weeks.

Farrel Demam Panas Untuk 5 Hari

After balik dari treatment, Farrel macam biasa cuma additional kasut di kaki sepanjang masa kecuali mandi dan tidur. Malam tu badan dia macam rasa dedor sket. Dan makin panas sampai 40°. And drag like sampai hari Sabtu dan kebetulan we had gathering kat rumah Shanom. Farrel memang lemah and tak da mood walaupun jumpa geng-geng dia sebab masih deman panas dan batuk-batuk. So there I met Ijah as well. Ijah cakap if dia demam after treatment bagitau la Osteo the reaction lepas treatment. I informed them and they said ini 1st case diorang dengar demam lepas treatment. We assume as Farrel demam urat sebab bila check darah no signs of infections at all. Dan for the 1st time bawak jumpa Paeds dan Paeds bagi respond yang lung Farrel clear dari kahak or lendir. Yash and Apai again pandang each other. Syukur. Demam Farrel resolved hari Isnin minggu berikutnya. Alhamdulillah.

2nd treatment.

Farrel 2nd treatment on 9th Aug 2016. Masa ni suma staff termasuk Founder concern dengan Farrel sebab dia demam aritu. They said belom ada patient demam lepas treatment. Tapi so far Farrel memang ada improvement. Dulu Farrel makan chocolate like M&M yang pack sederhana tu, FOR SURE batuk nonstop dan muntah lendir lepas tu. Setiap kali makan ok? Tapi budak-budak macam mana kita nak halang secara berkala benda yang depa suka makan. So pagi before treatment, bawak dia pi office kawan Yash baru balik dari China dia belikan Farrel and Balqis M&M yang kotak panjang sebab dia tau Farrel suka M&M. Farrel makan sepanjang halfday kat office tu dan dok prepare yang dia akan muntah-tapi tak muntah pun. Ok sambung during treatment. 

Masa jumpa Pierre, dia cakap memang ada improvement on Farrel. Dan I said yes I can see that as well. Again I asked him Pierre you know this treatment can worked, kenapa you tak suggest kat Paeds or hospital treatment you ni? He smile. He just answered, I did but not in Malaysia. We tried before. Hmm. Ok. Got it. So lepas abes treatment Pierre cakap Farrel tak payah go thru 3rd treatment. Alhamdulillah Farrel dah getting better cuma Scoliosis treatment masih berlangsung kasut masih kena pakai dan next appointment in Oct. Sebelum discharge dia bagi 1 surat and mentioned kalau Farrel batuk lepas ni, amek darah on criteria mentioned in the letter dan please treat him with antibiotic kalau ada infections. Masa nak buat payment, Farrel main kat play area dan Farrel duduk bentuk M position (duduk katak) dan Pierre & Nicholas saw him and warn me jangan biar budak-budak duduk position tu akan effect structure pelvic dia. So take note mommies.


Explanation treatment yang boleh sembuhkan penyakit Asthma, Eczema and Sinus. 

Farrel Recurrent Batuk

Farrel makan macam biasa dan buat aktiviti macam biasa. Cuma bezanya dia dah tak batuk dan muntah lendir macam dulu. Alhamdulillah syukur Allah. Dia yang mencipta penyakit dan Dia juga yang menyembuhkan. Kita kena ikhtiar dan berdoa. Farrel start batuk balik masa dia dok extra hyper dan main kucing. Few times jumpa doc dan doc cakap batuk allergy but not asthma sebab lungs clear and no wheezing. After 2 minggu batuk tak hilang-hilang so pi jmpa Paeds skali lagi dan Paeds kata nak amek darah. So I requested on criteria yang Pierre mintak. Dan memang Farrel ada lung infections tapi low level Aalhamdulillah. Paeds said if low level macam ni biar badan Farrel fight dulu. Cuma kena monitor demam level dia ja. At the same time I sent email and attached the blood result to Pierre and pending his respond. Jap gi Yash pon ada treatment dengan Osteo and I will check as well on next actions to be taken. (Kirim salam please? Haha)


Kos rawatan untuk Farrel : RM358.00


Kos rawatan untuk Yash : RM318.00

Location
Nicolas KL Osteopath
Setiawalk Puchong Suite E1-02, Pusat Bandar Puchong Puchong

Enter Setiawalk ramp on the left. After passing Volkswagen showroom look for Q Bistro, Affin Bank. Enter thru Gate 5 parking, On B1 floor turn left till Zone A (red pillar) around pillar A5 – A8 Take E1 lift (with One Osteo banner ) to level 2

Tel: (+6)0 367304946
Hp: (+6)0 12 200 8254

So itulah yang Yash boleh share takat sekarang. See you next round Chooyaya Readers! Cewah. If ada further question pasal rawatan ni, korang boleh email Yash dekat daisy.yashie@gmail.com Instagram:sheloveshfb

-eNd-

5 comments:

Humaira said...

sy pun asthma gak tp opss..mesti mhlkn byrnnya

ejulz said...

kalau ada kat kuching sarawak boleh jugak bawak wife ejulz wpun x serius.. kesian tgk dia masa dia terkena sesak nafas..

ejulz said...

Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. Segmen: Blogwalking By YangBaik
2. Fresh Care Oh Fresh Care
3. Olympic Rio 2016 : Lee Chong Wei ke FINAL

Unknown said...

Terima kasih sangat sebab bg review osteopathy. Saya baru nak cuba

aiNaSha said...

Good review. Saya pun nak cuba bwk anak.