Assalamualaikum…
Sebelum Intan pressure I bila nak letak entry #IntanCelebration Vol 3 (Sempena dia lulus
exam) ni baik I update now. Dia tu bukan boleh kira. Hari Jumaat tu I
peratikan ajer perangai dia masa dari office sampai la ke Tony Roma’s, asyik la
amek gambar dengan Kaklong semua dekat seat belakang kemain begembira bergelak
ketawa like a bausssss. I pon cakap, ‘Ambik
gambar beria buat apa? Kalau Intan cantik tapi Kaksu nampak gemok, Kaksu tak
masukkan jugak dalam IG or Blog Kaksu’. Lepas tu Intan ketar-ketar suara
tanya, ‘Tapi kenapa???’ I kata ada IG
dengan blog sendiri kan? Buat apa nak sebok dekat Kaksu? Hahaha. Down terus member.
Masa sampai dekat Tony Roma’s kan, kitorang duduk dekat seat 6 orang. Tapi
hujung both side ada kerusi so table for 8 la. Si Intan boleh duduk dekat
kerusi chairman. I tanya dia, ‘Intan
macam mana eh boleh fikir nak duduk kerusi tu sorang-sorang jadik Chairman, kan
kita 6 orang ni?’ Lepas tu dia menjawab. ‘Ni kan Intan Celebration? Biar la Intan jadik Chairman’. Lepas tu
I jeling dia sampai pening kepala sebab beria sangat lantas Intan pon bangun
hentak kaki duduk dekat kerusi belah sana. Hahahaha. This time kitorang order
je makanan and share ramai-ramai. Senang nak kira nanti bill divide je by
6.00pm. Tapi Intan punya majlis tapi go dutch. Aku pon tak paham kenapa.
Kick
Shrimp ni memang sedap. RM28.90 harga dia.
Apapa makanan semua kita bahagi enam. Udang ni
beria la kira sorang 4 ekor. Hahaha. Ada balance 2 ekor, I bagi Kaklong satu,
Dyba satu. Intan tanya I kenapa Dyba and Kaklong dapat lebih? I cakap sebab
tadi Intan makan roti dah banyak kan? Bagi la orang lain pulak. Lepas tu dia
buat muka. I memang tak puas hati dengan Intan dari Khamis lagi sebab seminggu
ok dia remind suruh pakai white shirt, denim pants dengan blue shawl? Paksa
pulak tu. I dah la tak suka pakai pants. Masa I cakap I pakai denim tapi
jacket, Intan muka dah sedih. OMG kenapaaaaa la ada manusia sejenis ni. Orang
punya birthday dia decide nak makan kat mana and tema kaler apa, dia punya
apatah lagi. Ni Izzy nak buat Bachelorate Brunch pooooon dia sebok nak decide
theme apa, makan kat mana. Geram je! E!
Menghampakan
la Hot Wing ni. Tak sesedap dekat Chili’s and BLVD House. Masam sangat and
keras. Tak juicy. Bak balik duit aku! RM23.90 harga dia.
Kitorang adjust Hot Wing ni makan dengan honey
mustard so ok la. Sedap jugak. Banyak order makanan harini. Apa nak jadik la
hahahaha. Ada dish yang Izzah tak makan lepas tu Intan cakap, ‘Spaghetti Izzah takyah bayar’. Hahahah.
Ngek Intan! Masa nak order air pon dah pesan. Air sejuk je ok? Jangan order air
sedap. Ni kalau ada Sarah, dia peduli apa orang tak bagi order air sedap. Dia
tetap order je. Dia tu pelik suka minum air sayur-sayuran. Teringat lagi dulu
kes I minum air celery + carrots + green apple dekat O’Briens. Uweeeeek!! Tak
seeeedap! Semua kes terpengaruh dengan cerita orang la ni. I beli size small,
blakang Intan lagi tamak order large terus. Kitorang pergi hari Ahad. Isnin tu
bercerita la dekat Intan yang I pergi O’Briens beli air tu, sekali Intan gelak.
Rupanya dia lagi upgrade, order large terus. Eeee rasa minum air sayur. Tak
seeedap
Wei
korang, bawang goreng ni tak masuk bill la. Hahaha. Kira halal ke tak ni? Nanti
kena datang Tony Roma’s and bagitau mereka tak put dalam bill. Ok? Kalau Tony Roma’s
tak halal, next exam takot Intan fail pulak. Haha.
Roma
Sampler, RM39.90. Dalam dia ada potato skin, hot wings dengan bawang goreng tu
jugak. Potato Skin dia sedap!
Tak
sempat ambik gambar lagi ada yang tak sesabar nak makan. Yang ni Chicken
Flatbread. RM25.90
Shrimp Pasta, RM38.90. Dia guna fettuccini, I tak suka. I prefer spaghetti. Tapi kira boleh laaaaa
Chicken Salad, RM29.90
Steak
Flatbread. RM35.90
Yang
ni lagi sedap dari Chicken.
Tak habes pon salad ni sebab memasing dah
kekenyangan. Yang habes dia punya cheese bread tu je. Yang ni Intan berebut
dengan Kaklong. I peratikan aje dua orang tu berebut. Sorang guna garpu, sorang
guna chopstick yang dapat dari Kick Shrimp tu. Geram je I tengok sampai
terpelanting salad ke luar. Tak nak mengalah masing-masing. Nak marah Intan tu
takper lagi, yang Kaklong tu dah bercucu tu apa kes? Hahah. I makan memang tak
boleh duduk sebelah Intan sebab nanti gaduh. Dia suka berebut makanan dengan I.
Kata la depan tu ada 4 lauk kan? Yang I ambik dengan sudu I, yang tuuuuuu lah
dia nak. Ada sekali gaduh jugak dulu masa dekat Bawang Kecik JJ AU. Hahaha.
Intan memang suka cari pasal. I pulak bab makan kan serious. Jangan
sekali-sekali nak cuba ambik makanan I, kalau tak nanti I marah. Foods is
serious business ok?
Sebenarnya
Intan suruh ambik gambar banyak kali. Tapi I tak layan. Hahaha. Gambar bawah ni
proper la sebab meja tak penuh lagi. Yang meja huru-hara malas I nak masukkan
dalam blog. Huru hara ok?
Suka
la kau Intan? Lepas dia, dia.
Gambar
ni agak kelakar. Kitorang mintak Waiter ambikkan sebab nampak dorang berkumpul
dekat tepi meja belah sana. Dah la nak memacam gaya kitorang nak siap change
position semua, rupanya semua orang dok tunggu waiter tu sebab nak surprise
meja sebelah celebrate birthday. Hahahaha. Mesti bebulu je meja sebelah tengok
kitorang.
Dah siap makan semua, kitorang pergi ke Breadtalk
sebab tadi masa Izzy beli dia punya Salted Egg croissant bapak laaaaaa sedap
wei. Sumpah sedap! So berderu la kesana pulak macamkan tadi tak kenyang makan.
Si Intan pon as a pwincess request la nak ambik gambar tetengah jalan raya ni
ha. Kata Intan Celebration? *rolling eyes. Dah tu sapa yang nak ambikkan
gambar? Haha. Last-last mintak Kakak Indon jaga Breadtalk tu untuk snap gambar.
Dia kan cakap jawa pekat? Kata dia, ‘Krozon
tu sedap dek!’ Krozon pon boleh. Hahahaha, TQ Kakak Indon tolong ambik
gambar Intan Pwincess and the gang. Malu kat oghang haih posing tetengah jalan
macam ni. Intaaaaaaaaaaaaaannnnn!!
Salted Egg Croissant from Bread Talk. Sedap menggila bak ang!
Semua orang cakap Kaklong yang paling sebab baju dia lawa. Ok kak, today I kasik u chance.
Lepas ambik semua gambar berangan posing tepi highway, kitorang pon check gambar. Sekali slide, tengok ada gambar ni.
Muaahahahahahah Kakak Indon ni tersnap gambar dia kot? Masa berenti dekat gambar dia, memasing terkejut diam and lepas 2 saat baru gelak macam nak pecah perut! Hahahahah. Ok la kakak, saya up gambar akak dekat sini kasik akak glemer sikit ok? Tenkiu layan kitorang ambik gambar ye? Semoga Allah balas yang baik-baik untuk kakak sebab bagi Intan happy haritu (^_^). Untuk Intan, congratulation sayang! You made it! Walaupon hampir sewel baca buku finally Intan lulus exam. Kesian dia tak tido nak tunggu result haritu. Macam cacing kepanasan dah I tengok dia. InsyaAllah Intan akan berjaya dapat segenggam Ijazah lepas ni. Tapi Kaksu rasa, towards the end, Intan akan sewel kot? Hahahaha.
Tony Roma's Pavilion
Lot No LG1.15, Level 1
Pavilion Kuala Lumpur
03-21433278
-eNd-
1 comment:
hehe i pun terkejut tengok gambo yang last tu.
mencabar iman lah scroll blog kaksu time dalam pantang T_T tapi nak scroll jugak. dulu aktiviti wajib kat opis. hehehe
Post a Comment