Thursday, August 25, 2016

Dinner at Alexis BSC with Nadia xoxo

Assalamualaikum..

Last week Nadia ada balik Malaysia sekejap and dia ajak dinner. Now dia dah pindah ke Sydney ikut husband dia. Kata dia dinner will be at Alexis BSC dengan Faheem and kawan-kawan dia yang lain. I tau Fyt je. Yang lain tak kenal pun. Tapi I tak segan... Sebab I know I pandai bawak diri dengan orang yang I tak pernah jumpa. Sekarang la yang pandai bawak diri semenjak dah dewasa ni. Dulu I penyegan jugak. I rasa, Sazli beruntung dapat isteri I ni. Pandai bawak diri. So nanti takde la dia asyik nak jaga I je. I pernah jumpa isteri-isteri pemalu yang suami dia jadik spoke person untuk dia. Contoh I tanya dia, ‘Awak kerja kat mana? *dengan muka excited. Lepas tu dia senggol-senggol bahu suami dia. Cakap macam ni, ‘Abang, cakap la saya kerja mana’. Padahal aku ni ha ada depan mata. HAHAHAHAHA. Macam budak sekolah darjah 1 perangai. Comel je. Anyway tadi aci ke puji diri sendiri macam ni? Ah lantak la. So, I pon pergi la ke BSC pakai waze. Bedebar-debar takot tak sampai. Sebab biasa kita main area Ampang je, ni sampai Bangsar memalam pulak tu ada la rasa bangga dalam diri. Siap masa dekat traffic light, kereta sebelah pandang I lepas tu I angguk dekat dia macam I ni YB mana-mana. Pastu I cakap, ‘I’m from Ampang’. Beria peramah boleh tahan. Hahahahaha. Ngek.


Ni je sempat ambik gambar. I segan. Padahal order yang lain banyak je. Ada Nasik Kerabu, Peeeetzah, Laksa Sarawak, Spaghetti Vongole menda entah and many more. This one my favorite. Seafood Spaghetti.




Nadia makan Risotto. Teringat squid ink risotto dekat La Risata. Kembang tekak.

Si Faheem sangat la peramah pergi bagitau Taufik yang I ni blogger. Besungguh explain. I pon masa memula salam Fyt, ingat Taufik ni Mat Saleh mana entah. I tot Fyt punya new bf sebab dia ni bf nak Spanish and Mat Saleh je. Sekali bukan. Masa Taufiq ni cakap, ‘Wei, korang dah order ke?’ Fluent gile Malay rupanyaaaaaaaaaaaaaaa Mat Saleh celop. Haha. Taufik ada buat food delivery service. Tapi ni bukan food delivery menu yang macam biasa korang jumpa. This one is different. Macam 5 star hotel punya menu and quality. Korang boleh follow dia dekat tr_food_delivery Instagram. The food semua nampak mouthwatering. Let say la ada any corporate lunch and nak proper meal or korang nak buat birthday lunch dekat office yang exclusive siap ada meja alas lawa-lawa, candle and roses (beria sangat) sebab nak gambar yang lawa, also boleh ambik order dengan Taufik. Nanti later I buat 1 entry for him. Bagus la idea macam ni, I sangat suka. Different. Tak pernah jumpa lagi.


 Siti Nurhaliza, Fyt and Nadia


I tak ingat nama kawan Nadia ni sapa tapi dia sangat comel, sebelah tu Taufik, Nadia, Faheem, kawan Nadia (husband yang tadi tu), Siti Nurhaliza and Fyt.


Before balik, ambik gambar dulu. See you both in January! Izzat adik Nadia kawen bulan Jan so Nadia akan balik Malaysia lagi.

Time balik, confident je I pergi B1. Menggelabah carik kereta dekat bawah tengok takde. Masa tu I cakap dalam hati, ‘Habes la semua kasut 2 bakul dalam bonet, power bank lagi. Dah la 100% lagi. Huwaaaaa’. Takde pon fikir pasal kereta. Sebok fikir kasut dengan power bank. Haha. Masa I macam gelabah tu ada la mamat hensem mana entah bawak Bentley tanya, ‘Are you ok?’ I jawab, ‘I think I’ve lost my car’. Dia cakap ada tingkat satu lagi dekat atas. Maybe I park dekat situ. I pon cakap thank you. Lepas tu dia blah. Time tu I call Anny. Hahahaha gelabah je. Anny cakap, ‘Ok Suraya, kalau kereta ko confirm takde aku datang sekarang’. Bila I naik tingkat atas adaaaaaaaaaaaaaaaaaa je. Si Anny dah tuduh-tuduh cakap BSC ni bahaya sebab dulu Canny Ong pon hilang dekat sini lepas tu kena bunuh. Choi! Tapi time tu ada banyak je lagi kereta lalu lalang and guard pon ada. Selamat InsyaAllah. Dapat masuk kereta, terus lock pintu. Taaaaakot. Sampai rumah tengok Ayang Shein tak tido lagi. Bestnyaaaaaa. Rindu dia. Memula Sazli nak join dinner tapi last minute cancel sebab malas nak drag any drama dekat restaurant.


-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...