Assalamualaikum..
Ada yang tanya, I ni Green House ambassador ke? Sebab
asyik share makan dekat situ je. Hahaha. Ngek betul. Takder laaaaaaa. I dulu
memang dah suka makan dekat sini, but lama-lama rasa boring taktau nak makan
apa until Shariffah bagitau I apa yang sedap and what should I order bila
datang tu yang jadik manjang nak kesini. Ada jugak rasa macam nak tuduh depa
bubuh sependa dalam sukiyaki soup sebab sedap sangat. Hahaha. Astaghfirullah
hal azzzimmmmmmm. Sebenarnya I suka la share apa yang I rasa sedap makan and
value for money. Untuk kesenangan nkorang jugak. I ni selalu ada rasa
terbangang-bangang if datang restaurant and taktau nak makan apa. Walaupon
mekap lawa tapi masa order tak confident pon tak ok jugak. Especially pergi
tempat makan baru yang bukan by recommendation dari sesiapa tapi jenis terbaca
dalam internet lepas tu nak try jer la. Nanti rasa lost masa nak order. So,
bila I share macam ni korang tau la apa nak makan, berapa harga, mana yang
sedap etc. Boleh budget awal-awal sebelum datang especially yang nak bawak
prospect GF/BF kan? Hahahaha. Nanti dia nampak kita confident masa order terus
dia tick dalam notebook ‘Consider to
second date’. Gitteewwwww. Kan? Tapi kalau nampak confident sebut salah pon
tak berapa nak ok. Miso soup jadik Mitosomo, Kakiage jadik Kamiage. Siapa lagi
kalau bukan Si Intan. Hahaha. Memang geram dengan Intan ni. Selenga.
This
one is Unagi Maki. RM27.56 untuk 6 ketul.
This one korang kena try. Sharing good for 3 kalau
perut kecik. If nak makan ini sahaja, order this one dish cukup. Sebab memang
kenyang. Dalam tu ada tamago (tulur) dengan avocado. Kata Intan Avacoda. Pon
boleh. Intan suka makan, Ellis tak berapa suka dish yang ada telur. Dyba tak
pernah try Unagi tapi bila dia cuba, dia suka. Naseb ada balance lagi dua. Kata
Dyba, tak boleh imagine rupa Unagi (Belut) ni masa hidup. Sapa suruh imagine?
Hahaha. I pon kalau teringat rasa macam tak boleh nak telan taaaaapi dah
sah-sah halal and masuk kategori ikan, apa nak fikir bukan-bukan lagi. Yang
suka Unagi ni is Kakyang and Yatie. Nak pulak Yatie, jenis makan nanti dia
pudat-pudat dalam mulut. Comel jer. Untuk Kakyang, nanti Makcik bawak you makan
dekat sini ok? You sorang la tapi. Hahahahaha.
Yang
ni pulak is Salmon Ikura Salad. Dressing dia I mintak Goma Dressing Salad –
Sesame Dressing. RM15.90
Kadang-kadang dia letak raw fish egg, kadang-kadang
takde. Sazli suka! Dia cakap sapa ajar I makan ni? I cakap takde sapa. Saja
rasa nak kurus so order la salad sebesen macam ni. Tapi kalau nak healthy and
less calories sebenarnya kena makan macam ni jer. Takyah put any dressing. I
tak sanggup pulak nak jadik kambeng. Hahaha. Kata Shariffah dekat Hok Choon ada
jual fresh salmon yang boleh buat sashimi. I ingat nanti kena pergi sana la.
Beli Salmon buat salad macam ni, buat sashimi and buat Sakae San. Cita-cita
memang tinggi. Tapi impian semua bermula dengan cita-cita dan angan-angan.
Lepas tu kalau berusaha InsyaAllah berjaya. Good luck ANS Beauty and Health SB
for upcoming Skincare project. This time kita buat betul-betul and compete
dengan Skincare product yang melambak dekat pasaran. Eh, tetiba iklan. Haha.
Sebesen
Salad ni akuuuu punya sorang. Licheeeen!
My
favorite ever. (Nabemono) Hot Pot Beef Sukiyaki. RM38.16
I dah try Spicy Kimuchi Soup and still I suka
Sukiyaki Soup more. Japanese Curry Soup pon ada. Usually I ambik Soba, but now
I love ramen more. If soba tu mee yang paling gemok. Ramen pulak yang paling
kurus. Next time order ramen. Taknak try kuah lain sebab takot tak sedap. Dish
ni good for 2 or 3 person. Complete semua dah ada dalam ni. Sayur, protein and
carbs. Complete. Korang kena try but Hot Pot ni available dari lewat petang
sampai malam. For lunch takde ok? Haritu I datang masa lunch nak makan ni,
sekali takde. Bapak la frust. Rasa macam nak mengamuk je terbalikkan aquarium
kat depan tu. Mengada je ada pulak menu siang dengan malam. BUAT JE LA SEMUA
TIME ADA!
Ellis
and her annoying terkejut face. Geghammmm nak tunjal
Dessert
ni wajib korang try. Dekat Evendough Café. Dark Chocolate Ice Soufflé. RM10.60.
Yang
ni Si Shariffah baru ajar I makan. Poooon sedap. Chocolate Cheese Pudding.
RM5.30
Dark Chocolate Soufflé ni ada dekat pintu mula-mula
masuk Green House ni yang dekat area coffee tu. Straight kedepan ada Kuroshio
Market (Japanese Restaurant) and paling hujung ada balik Evendough punya bread
area. Dekat situ la korang ambik Chocolate Cheese Pudding ni. Nak take away pon
boleh. Nanti bila nak makan, panaskan ajer atas pan. Seeeedap dia taktau la nak
cakap macam mana. I cannot brain this. White
bread dia pon sedap if korang nak buat French Toast, drizzle dengan cinnamon
and makan dengan Mapple Syrup. Kalau ada Ice Cream Vanilla pon layan. Hahaha.
Datang dah sawan makan Si Suraya ni. Ni kalau macam ni punya perangai, 2 bulan
lagi memang 70 kg balik. Hahahahahaha. Terus Anny berubah jadik naga.
Si
kecik Ellis ni dah la nak jatuh masa dekat parking. Keras perut I gelakkan dia.
Lepas tu on Monday masa I datang dengan Intan and Dyba, dorang pulak gelakkan I
sebab nak terjatuh. Hahaha. Allah bayar cash!
Greehhouse by Muir
No.1, Off Jalan Ampang, Jalan Nipah,
Kampung Berembang,
55000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
-eNd-
No comments:
Post a Comment