Assalamualaikum..
Si Intan la ni, tak habes-habes tengok Yuka
Kinoshita makan dekat Youtube. Dulu I yang ajar dia tengok, tapi I dah get over
lama, tapi Si Intan pulak tak boleh nak melepaskan Yuka Kunoshita ni. Tak boleh
nak move on ke Intaaaan? Setia betul dalam berkasih. Hari-hari dia tengok. Hahaha. Bahaya ok tengok
video-video si Yuka ni sebab dia kalau makan nampak macam sedap. First mouth je
terus cakap ‘Huuuurrrrmmmm!! Oishiiiii!!’
Macam sedap sangat je gaya. Lepas tu kalau cakap ‘Itadakimasu’ mesti suara dia gigil-gigil. Jenis akak I, Si De. Tak
boleh high pitch, nanti suara gigil. Kalau dia marah pon rasa nak gelak sebab
jerit suara ketar. Hahahaha. Si Yuka punya video ni, ada orang tengok macam nak
muntah sebab dia makan ramen sekali hadap 10 bungkus. Telur 40 biji pon dia
pernah makan. Tu kalau kentut tu bukan setakat bau tungkik, bau loji tahik kena
bom pon ada. Dah la makan banyak, tapi kurus gila ok? Ada sekali dia letak
nasik dalam 4 pot masak dalam rice cooker dengan air coke, lepas tu letak
burger dengan fries and nugget sekali. Masak sekali harung macam tu. Habes
pulak tu makan. Uweeeek nak muntah! Yang tu je I meloya tengok, yang lain I
suka. Paling terpengaruh ialah masa dia makan ramen + seaweed + telur half cook
dengan scallion. Sedapnyaaaaaa! Now, I dah jumpa Ramen sedap. Dekat Green
House! Woot woot! Rasa macam nak makan every day. Nah I belanja gambar.
Ni
nama dia Shoyu Ramen. Harga dalam RM12.00 macam tu
Sepatutnya
dalam dia ada half je telur, tapi since Shariffah dia ada ‘share’ dekat sana so dia boleh mintak tulur sebijik. Hahahaha. Thank
you darling
Makan macam ni pon dah sengkak perut. Memang
kenyang. Imagine si Yuka tu makan sampai besar besen, tak pecah ke perut dia?
Ishk, tak boleh nak imagine. Dia makan banyak giler ok? Nah korang tengok video
dia makan ramen ni. Kalau terliur padan muka. HAHAHAHAH. If makan ramen, I suka
kuah dia shoyu or sukiyaki. Tu je. Kalau kuah lain, I kurang. Masa dekat Green
House, kata staff situ sedap yang chicken base. Dia kuah macam ada santan.
Katanya menu tu paling orang suka tapi I yang hantu kicap ni, dengar ramen
dengan kuah santan rasa macam nak menyentan pulak. Kalau makan kuah santan baik
aku makan mee kari jeeee. Hahahaha.
Yuka Kinoshita
Sedap je kan nampak dia makan? Blardihel. Naseb harini
I dah berazam taknak makan banyak dah. So takde rasa teringin. Guru Besar
(Anny) dah pesan banyak kali, jangan makan banyak. I cakap sarap karipap pon
nak terkeluar bijik mata dia jeling I. Geram je nak cucuk. Hahahaha. Kepada
Intan, I TA DA KI MAS bukan I DA KA TI MAS or I TI KA DI MAS. Dia memang tau?
Suka ubah-ubah perkataan. Capricciosa pon jadik Capiosoro punya la jauh hahahahah.
Ngek Intan! Tengok hari-hari pon ITADAKIMASU tak boleh nak hafal ke? Yang pelik
pass pulak tu exam dia? Ni sebok remind dalam group untuk #intancelebration. Kata
dia tema baju putih, seluar jeans and tudung biru. Tema kena denim + putih siap
kena pakai kasut hitam. Lepas tu ada pulak rules baru keluar, Sapa paling
cantik dia yang kena belanja. Hurm… Kalau
macam tu, Kaksu la kena belanja. HAHAHAHHAHAHAH
-eNd-
1 comment:
dia ni makan ke menelan kak su???? gerun tgk..haahhahhahaaha...tetibe rase penuh j perot tgk dia makan...ahahahahahaha
Post a Comment