Tuesday, August 2, 2016

Netccentric Raya Open House 2016

Assalamualaikum..

Jumaat malam lepas I dapat invitation dari Nuffnang untuk Netccentric Raya Open House dekat Glass House at Seputeh. Semua talent untuk Nuffnang Bloggerati dan Churpchurp Alpha dijemput untuk hadir. Ni first time I join dorang punya open house for talent, so excited la skek. Bloggerati Nuffnang ni semua cantik-cantik belaka ok? Kang I sorang je macam maid, tak ok jugak. Yang Chinese talent pon semua macam doll. Kaki kurus giler memasing ok? Kekadang I wonder, dorang ni blogger ke artis? Yang talent Melayu muda-muda macam Yuyu, Namee, Cik Epal, Syahira Zakaria, Atisha Khan kan semua cantik muda remaja belaka. Masing-masing muka dah macam level artis dah. Korang tengok la Profile Bloggerati ni, semuaaaa cantik-cantik. I menggunakan konsep walaupon kertu tapi kena melawan. Jangan kalah sebelum bertanding. Haha. Bodoh ni!



Dari kiri : Luca the handsome Italian guy, Namee Roslan, Cik Epal (pinjam handbag please), Syahira Zakaria, Siti Nurhaliza, Yaronayunu (Youtuber Hijabista) and Ellis Suraya my shadow. Haha.
Hosted by Netccentric staff yang most of them is Chinese tetiba rasa macam ni CNY ke Hari Raya open house? Haha. Tapi dorang semua pon sporting sebab ada yang pakai Baju Kurung and Baju Melayu. Time ni la I kenal dengan mereka-meraka yang I selalu deal untuk sponsored post Nuffnang and Churpchurp macam Pi Yin, Rebecca, Samantha, Ann etc. Usually WhatsApp je. Tak pernah jumpa live macam mana. Semua pon cantik-cantik and muda-muda belaka. Dah macam fashion influencer masing-masing. Semua pon baik. Kejap-kejap datang borak and tanya nak makan apa. Semua bagus PR. Rasa macam welcome sangat by them.

Basically hari ni untuk makan-makan je lepas tu ada la Smule Artist yang nyanyi lagu raya and sessi memperkenalkan Alpha Churpchurp dan talent Nuffnang untuk 2016. I dah senior sikit laaaaa kira sebab I last year punya talent. Cecece. Ada jugak yang I tak kenal and tak familiar. Punya poyo tu tak kenal talent lain yang follower 200k dekat IG. Padahal I punya follower 5,600k je. Sobs T___T 




Namee sampai lambat dengan Isham. Dia kata tak boleh lama sebab anak-anak dia ada dekat Seremban. Cik Epal datang lebih kurang I. Dia bawak husband dia Jofliam yang sekarang become Alpha Churpchup and Seketul Han. Han sekarang dah kenal orang. Dia taknak dah weh dengan orang. Dia nak Mama dia je. Dia kenal bau Mak dia. Haha.



My BFF, Ellis yang always teman I pergi event. Ellis ni la yang dulu encourage I untuk join event Nuffnang. Time tu PPP (Pay per post) je. Bayar RM150.00/entry. Haha sedih giler. Ellis cakap pergi je untuk networking. I pon pergi la (dengan perasaan tak puas hati). Until 9 PPP event, baru la Nuffnang offer untuk jadik talent. Dulu kan, I eksyen selalu reject PPP sampai Jack pesan pada Sam, 'Blogger yang nama Suraya tu tak yah invite sebab dia selalu reject'. Haha. Siot je.



Padahal Glass House at Seputih tu punya la lawa dia set up dengan all foods and stage, tapi ni je gambar yang I ambik. I suka Sambal Ikan Bilis Garing ni. Rasa macam nak mintak tapau bawak balik.



Most of the time, I banyak borak dengan bebudak ni ha. Si Luca tu umur dia 25 years old. Muda giler. Korang check out la Instagram dia dekat link atas tadi eh? Hoooooot!! Haha. (Naseb now bukan bulan puasa kalau tak kurang pahala)



Syahira ni I kenal memang through Nuffnang event tapi lama-lama jadik close. Boleh lepak, borak, gossip like nobody business. Kami bertiga mewakili peringkat umur 20an, 30an and 40an. Senang tulis macam ni kot nanti Oil of Olay nak ambik BFF masuk 1 iklan. I, Ellis and Syahira ada kbye.



Ni Manager I sekarang, Michelle nama dia. Selalu I prank dia sampai kekadang dia cakap jantung dia nak tercabut. Haha. Si Michelle ni pon satu. Dah tau I kaki menyakat, semua I game dia, semua dia boleh percaya. Kekadang dia call I tanya kat mana, dah sampai ke belum (if ada job) I cakap I terlupa la... Lepas tu dia dah suara nak nanges. 'Kakssssuuuuuu'. Lepas tu tetiba I ada dah depan mata dia. HAHAHAHA.



Ni Samantha. Sam ni Manager I yang first. I dengan Sam macam ada sentimental value sikit sebab I ialah first talent Sam. Thank you Sam sebab bawak Kaksu join Nuffnang.




I love them both (^_^)

Sebenarnya meriah je Netccentric Raya Open House ni tapi I busy chatting and makan so yeah, no gambar. If korang nak tengok gambar lain boleh tengok dekat sini. Thank you Nuffnang for having me. By event macam ni la baru boleh kenal siapa di sebalik tabir yang bekerja untuk Nuffnang. Venue sangat cantik, makanan semua pon sedap. Lain kali kalau ada makan-makan lagi, jangan lupa ajak I ok? Kalau lupakan I siap la. I terbalik kan semua meja korang dekat office. Hahahaha.

Venue :
17, Lorong Syed Putra Kiri, Taman Persiaran Desa, 
50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Malaysia

Make up : Lindaus

-eNd-

5 comments:

nadiaizzaty said...

Hi , yaya ... Bestnya dapat undangan from Nuffnang, mcm mana nak dapat join event mcm nie ? =)

Dan boleh tanya ? Alpha churp churp tue apa? Boleh share info , dear ? =)

http://lanadia-nia.blogspot.my/

FadMN said...

nak cakap banyak2 kali,dah kenapa kurus sangat ni...benciiiii.order korsettt plsss

Chooyaya! said...

nadiah izzaty : awak, dah register dengan nuffnang? if belum kena sign up dulu and letak dalam blog ok? and lepas tu boleh submit ticket pada nuffnang, tanya macam mana nak jadi a part of them.

fadMN : dah wasap ke belum? wasap nowwwwwwww

Hayati Ghazali said...

Wahhh...u dah kurusss...muka pun dah tirus...tahniah..tahniah..berjaya jugak u merealisasikan impian nak kurus...bertambah cun la awak yang dah mmg cun ni :-)...ha..lepas ni maintain je tau...katakan TIDAK untuk carbo foodddddd

nadiaizzaty said...

Oh... Saya dah register dan letak di blog ... Tapi submit ticket tue mcm enquiry ye dear ?

Churp churp tue apa pulak ye yaya ? =)

Tq sgt sudi share info