Assalamualaikum..
Haritu masa ada Open House Raya Felda yang I menang
best dress tu (ehem ehem) ada baaaanyak sangat stall. This time dorang guna
konsep by negeri. Macam Office I, kitorang dapat negeri Perlis. So dekat stall
kitorang ada Laksa Perlis, Ketupat Pulut makan dengan Gulai Daging also Pulut Panggang.
Macam stall Pahang ada Ketupat Periuk Kera and many more. Stall tercantik
Negeri Sembilan menang. Other than stall dari seluruh negeri di Malaysia also
ada makanan lain macam ice cream Sangkaya, Laksa Sarawak, Air Chocolate and Air
Bandung Felda, pelbagai jenis air and many more foods. Tapi yang
paaaaaaaaaaaling I suka and asyik mengulang makan is Sengkuang Calit. Tu la
yang I asyik mengulang. Lepas muka I, muka I lagi beratur. Sebenarnya sorang
dapat separuh je sengkuang yang sekeping tu tapi I agak sebab I je namploh juta
kali beratur, kakak tu bagi I sekeping full. Hahahaha. Sapa suruh sedap sangat?
Padan la muka. Ni la Sengkuang Calit paling sedap I pernah makan dalam entire
life I. Lapis pertama yang kuah merah biasa tu, lapisan kedua dia letak yang
sos macam manis sikit tu and top ada kacang + gula. Sengkuang dia seeeeejuk
sangat and dia potong macam finger size. SEDAP GILER.
Sengkuang
Calit. Kenapa kau sangat sedap?
Actually ada banyak jenis sengkuang calit yang
korang boleh jumpa dekat mana-mana. Ada sejenis tu kuah dia merah sahaja. I tak
suka macam tu. Tak kick. If korang nak yang sedap, lapisan pertama kena kuah
merah dia sapu rata. Lapisan kedua dia letak macam kuah rojak kaler a bit dark
and taste a bit sweet. Yang tu sedap woh! Top dengan kacang+gula. Gula pon tak
banyak sangat. Just nice! I dah study dah and I dah tau Sengkuang Calit yang I
makan sedap tu nama dia ialah Old Time Sengkuang. I taknak bagi dia free
promotion dekat sini, so kalau korang nak cari Sengkuang Calit yang sedap, nama
dia Old Time Sengkuang ok? Ada banyak franchise seluruh Malaysia and Instagram
pon ada. Pepandai la korang carik.
Ada
2 jenis. Original and Spicy. RM2.50 sekeping lebar sebesar penambar buaya. Yang
I suka is Spicy. Idok la spicy mana. Spicy-spicy manja jer
Dia
potong macam ni. Makan sejuk-sejuk memang bestnyaaaa.
Actually Sengkuang ni angin tau? Pada yang kalah
memang bila makan sendawa tak lepas and pening. I masa pregnant dulu memang
mudah angin. Makan ubi-ubi and sayur yang menjalar memang confirm angin.
Merangkak la muntah masuk toilet. Memang lepak habes. Teringat masa I teringin
Popia Basah. Kan dalam dia letak sengkuang? Memang mendapat la. Makan sekeping
tapi dia punya seksa angin tak lepas sampai kemalam. Lepas dapat muntah yang
sampai keluar hijau kuning tu then only baru lega. So if korang jenis badan
berangin, try one bite dulu. If ok, baru la makan. Kalau tak, takot menyeksa
diri pulak nanti. Bila tak pregnant, badan I ok makan sengkuang. Ni dah
teringin ni. Mana nak carik?? Grrrrrrr.
I belanja la satu gambar yang menang Best Dress tu. Nak guna hashtag Sajat la. #janganmengata. Kah kah kah.
Dress by AnnySuraya RTW
Ada la orang yang tak berapa puas hati cakap nanti
mesti I poyo masukkan dalam FB sebab menang Best Dress ni. Kau dak kenapa perlu
busuk hati macam tu eh? People…. Don’t be like that. I just don’t geddit. Stop
la dengki mendengki. Best dress jer pooonnnn. Bukan dapat Merc A Class pon. Heh!
Dapat hadiah penginapan je pon. Haha. I rasa penganjur buat pon for fun. Kata
Corporate Com team, I menang sebab I ikut syarat. Kena pakai Tudung/Selendang
kaler grey. Ada ramai yang lebih meletop kebabom baju tapi tak ikut syarat sapa
suruh. Macam I kebetulan pakai baju hitam so I pakai la shawl kelabu sebab
taknak la semua hitam macam nak berkabung je. Takde pon intention sebab nak
menang ke apa.Tup tup menang. So Al-hamdulillah. Rezeki kena la terima. Ye dak?
I agak masa I ambik hadiah, ramai la yang tak puas hati. Ada eh sampai kat
telinga cakap I ‘Tak la lawa mana dia tu,
naseb je menang’. Iyer laaaaaaa. I pon tak cakap I lawa. Ni kan
pertandingan Best Dress. So muka lawa ke tak belakang cerita. Dah kata Dress
kan? Bukan pertandingan Miss World pon. Sabar je la Mak Enon.
-eNd-
6 comments:
Hehe I loveeeeeee this sengkuang too. You can get it dekat Putrajaya Central. Ada kedai dia dekat situ. Pasar Malam Putrajaya pun ada.
hahahahaha sabar je la kak su. dah kak su hot sangat. tapi baju kak su memang cantik pun. lagi2 sejak dah makin kurus ni. abaikan la mulut manusia tu kak su.
su sila pergi ke tasik sri rampai, wangsa maju..ada stall kakak melayu jual sengkuang calit tepi jalan sehedap sahangat!!!! mesti p tau su
"dia bkn lwa pon..nsb je menang"...statement dengki sgt
sonoknya menang penginapan. nanti update ye kak su. btw betul tu kalau nak menang kena ikut syarat. kalau kebaboom macam mana pun, satu benda tak ikut syarat still takkan dapat menang ;D
Post a Comment