Tuesday, September 20, 2016

Kisah Tempe Goreng



Assalamualaikum..

Dulu Kaklong ajar kalau nak buat tempe goreng sedap, kena tumbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar, bawang merah, bawang putih lebih skek dengan ikan bilis dalam bancuhan tepung + air + serbuk kunyit + garam. Kalau nak rangup, tambah tepung beras. Tempe tu hiris nipis-nipis je. Lepas tu bancuhan tepung tu jangan cair sangat, goreng garing and makan panas-panas cicah dengan sambal kicap (bawang putih + cili padi goreng and tumbuk dengan gula sesudu lepas tu kicap manis and perah limau nipis) terangkaaaat wa cakap lu. Sedap memang la sedap tapi nak menumbuk rempah tadi tupon boleh mengundang jugak. Dah la nak kena sangai la apa la memang mengidap nak prepare. M A L A S. Hari Sabtu haritu, Mak Azizah ajak lunch dekat rumah dia makan mee sup utara sebab dapat banyak daging kurban lepas tu I pon buat la tempe goreng but tak kuaseeeeer nak berempah bagai so I guna je tepung KFC segera tu. Bancuh macam biasa, celup tempe lepas tu goreng. Poooooon sedap! Hahahahaha. Punya pemalas. Tapi I buat 2 bungkus, lichen. Bapak pon suka makan. Dia cakap, I kena la buat selalu. ‘Pepetang datang rumah Bapak, hang buat la macam ni. Hang masak sedap la anak.’ Lepas tu I cakap, ‘Bak duit la Bapak. Mana boleh cakap saja’. Lepas tu Bapak kata, buat le kerja dulu baru cakap pasal upah. Hehe. Baik Boss! Bapak cakap goreng macam nip on sedap. ‘Resepi lain ka Su?’ I cakap YES! Ni resepi rahsia, sebab tu sedap. Rahsia laaaaaaaaaaaaaaaa sangat. Hahaha


Tempe Goreng and Tauhu Goreng


Tauhu tu biasa orang buat mee kari. Dulu Arwah Ayah suka makan macam ni. Pergi Tongkiat mesti beli Tauhu ni. Nanti berebut-rebut makan dengan Arwah Ayah. Bila makan haritu, teringat dekat dia. Kalau Ayah ada mesti best sebab dia kelakar. Mesti dia kawan baik sangat dengan Sazli and boleh bawak Shein ronda naik motor petang-petang. Mesti Sazli boleh lepak borak dengan Arwah Ayah and mengeteh dekat Tongkiat sama-sama. Sazli ni dia pandai bawak diri. Senang dia nak berkawan dengan sapa-sapa pon. Hope nanti Shein dah besar sama la macam perangai Abah, senang bini nak handle. Shein tu kuat merajuk ok? Pantanggggggggggg kena tegur. Hari Ahad haritu kitorang pergi Ampang Point, Sazli nak massage dekat Manja Kaki. Shein jalan tak focus, asyik pandang belakang lepas tu terlanggar la orang. I cakap kat dia, ‘You need to focus Shein. Look in front’. Terus sentap taknak kawan I sampai dalam kereta. Lepas tu entah macam mana I boleh cakap, ‘Ko ni Shein, asal tegur je merajuk. Manja sangat. Kepala angin sebijik macam Mama’. Lepas tu Sazli ketawa kuat giler. Bengang pulak I. Hahahaha. Kata Sazli, ‘I takde cakap apapa eh?’ Ahhhhhhh! SHadapyu! Hahahahahha

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...